Stadium Bukit Jalil merupakan stadium serbaguna di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Ia adalah stadium terbesar dalam Malaysia dan Asia Tenggara dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 85,000.
Stadium ini adalah tempat bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan telah menjadi tuan rumah final Piala Suzuki AFF sebanyak tiga kali pada tahun 2004, 2014 dan 2016. Stadium ini juga pernah menjadi tuan rumah final Piala Asia AFC pada tahun 2007.

ISI KANDUNGAN (Klik untuk terus kepada tajuk).
Sejarah Stadium Bukit Jalil
Pembinaan Stadium Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994.
Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit.
Stadium ini dibina pada tahun 1998 untuk sukan Komanwel 1998. Ia adalah venue utama untuk permainan dan telah menjadi tuan rumah upacara pembukaan dan penutupan, serta acara olahraga, bola sepak dan ragbi tujuh.
Stadium ini telah diubah suai dua kali, pada tahun 1998 dan 2015-2017. Renovation yang paling baru menyaksikan kapasiti stadium meningkat dari 80,000 kepada 85,000.
Ia telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1998 oleh Perdana Menteri Malaysia saat itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Acara Yang Diadakan Di Stadium Bukit Jalil

Stadium Bukit Jalil telah menjadi tuan rumah dalam pelbagai acara olahraga dan hiburan yang penting sejak pembukaannya pada tahun 1998. Berikut adalah beberapa acara terkenal yang pernah diadakan di stadium ini:
- Sukan Komanwel 1998
- Stadium Bukit Jalil telah dibina khusus sebagai tuan rumah untuk Sukan Komanwel pada tahun 1998.
- Acara ini melibatkan atlet dari beberapa negara Komanwel dengan pelbagai jenis sukan seperti olahraga, bola sepak, renang dan lain-lain.
- Sukan SEA Games
- Stadium ini juga telah menjadi tempat Festival Sukan SEA yang merupakan pertandingan sukan antara negara di rantau Asia Tenggara.
- Sukan SEA pada tahun 2001 dan juga pada tahun 2007 adalah antara yang telah diadakan di stadium terbesar negara ini.
- Konsert Muzik Antarabangsa
- Antara yang menarik adalah stadium ini sering dijadikan sebagai tempat untuk penyanyi terkenal dari luar negara dari seluruh dunia membuat persembahan.
- Antara artis yang pernah membuat persembahan di sini termasuklah Billie Eilish, Coldplay, Black Pink, Justin Bieber, One Direction dan ramai lagi.
- Perlawanan Bola Sepak Antarabangsa
- Stadium Bukit Jalil telah menjadi tuan rumah bagi pasukan bola sepak Malaysia dan telah menjadi tempat untuk perlawanan bola sepak antarabangsa yang penting.
- Pertandingan yang penting seperti perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA, Piala Asia AFC dan perlawanan persahabatan antarabangsa yang sering diadakan di sini.
- Pertandingan Final Piala AFF Suzuki
- Piala AFF Suzuki merupakan pertandingan bola sepak antara negara-negara dalam Asia Tenggara.
- Ia sering menjadi lokasi pertandingan akhir termasuklah Final Piala AFF Suzuki pada tahun 2018.