Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Bahasa Arab Dan Rumi

  • 2 min read
  • Jun 13, 2023
Bacaan Tahiyat Akhir (1)

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang antara 13 rukun Islam yang wajib kita turuti iaitu Tahiyat Akhir.

Solat merupakan rukun Islam kedua dan ia juga adalah kewajipan yang sangat penting bagi mereka yang beragama Islam.

Solat juga adalah tiang agama untuk umat Islam dan ia menjadi amalan yang wajib dilakukan kerana ia menjadi amalan pertama yang akan dihisap di akhirat kelak.

Bagaimana cara bacaan Tahiyat Akhir serta apakah kepentingan dan manfaatnya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Apakah Tahiyat Akhir?

Tahiyat akhir merupakan rukun solat yang wajib buat untuk melengkapkan solat kita. Tahiyat bermaksud ucapan dan doa yang merangkumi pujian kepada Allah SWT.

Duduk tahiyat akhir adalah rukun fie’li manakala bacaan tahiyat akhir pula adalah rukun qauli dimana ia perlu dibaca pada rakaat terakhir dalam setiap solat.

Syarat-syarat Tahiyat Akhir

  1. Dibaca dalam keadaan duduk dan diikuti dengan salam.
  2. Duduk adalah dengan meletakkan punggung atas kaki kiri manakala jari tapak kaki kanan perlu ditegakkan menghadap kiblat.
  3. Dibaca sehingga boleh didengar oleh telinga sendiri.
  4. Dibaca dan dilafazkan mengikut turutan dalam tasyahud.
  5. Mesti dilafazkan dalam bahasa Arab.
  6. Menjaga bacaan makhraj huruf tasyahud.
  7. Menjaga baris-baris sabdu dalam tasyahud.
  8. Perlu membaca dalam keadaan tertib atau ia akan mengubah makna itu sendiri.

Bacaan Tahiyat Akhir Beserta Maksudnya

tahiyat akhir removebg preview

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anlaa illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala saidina Muhammad wa’ala ali saidina Muhammad. Kama sollaita’ala saidina Ibrahim wa’ala ali saidina Ibrahim. Wabarik ‘ala saidina Muhammad wa’ala ali saidina Muhammad. Kama barakta ‘ala saidina Ibrahim wa’ala ali saidina Ibrahim. Fil ‘alamin innaka hamidummajid

Maksudnya:

"Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkahilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Sebagaimana Engkau memberhati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”

Kelebihan Dalam Bertahiyat

  • Penghormatan kepada Allah SWT dengan puji-pujian kepada Nya.
  • Penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengucapkan salam kepada baginda.
  • Penghormatan dan kesejahteraan kepada diri dengan ucapan salam.
  • Penghormatan dan kesejahteraan kepada seluruh hamba-hamba Allah SWT yang lain di atas muka bumi ini.

Penutup

Bagaimanapun solat adalah wajib bagi kita yang bergelar umat Islam kerana ia terdapat dalam rukun Islam. Semoga artikel ini dapat membantu pembaca untuk lebih peka dalam membaca tahiyat akhir dengan betul supaya solat kita diterima Allah SWT, In Sha Allah.

0 thoughts on “Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Bahasa Arab Dan Rumi

  1. Duduk tahiyat akhir adalah rukun fie’li manakala bacaan tahiyat akhir pula adalah rukun qauli dimana ia perlu dibaca pada rakaat terakhir dalam setiap solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *