Tempat Menarik Di Johor (TERBARU 2022)

  • 4 min read
  • Sep 28, 2022
menarik di johor
tempat menarik di ipoh 1
Tempat menarik di Johor

Johor atau lebih dikenali sebagai Johor Darul Ta’zim merupakan sebuah negeri Malaysia yang berada di selatan Semenanjung Malaysia.

Johor Bahru merupakan ibu negeri untuk negeri Johor yang terletak berhampiran dengan negara jiran iaitu Singapura.

Johor terkenal dengan kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa. Zapin merupakan tarian tradisional yang paling dikenali di seluruh Malaysia.

Bukan itu sahaja, malah terdapat banyak tempat menarik di Johor juga yang sering dikunjungi dan dilawati dari orang luar negeri mahupun dari luar negara.

Senarai Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Johor

1. Zoo Johor

tempat menarik di johor zoo
Tempat menarik di Johor (Zoo Johor)

Zoo Johor merupakan zoo pertama yang dibina di Asia Tenggara di mana ia telah dibina pada tahun 1928.

Terdapat lebih 100 spesies haiwan yang ditempatkan di zoo ini. Antara yang ada di sini adalah singa, harimau, burung bangau dan sebagainya.

Apa yang menarik di sini adalah anda boleh bertemu dengan gorilla di mana ia jarang dijumpai di zoo lain.

Ada juga beberapa haiwan jinak yang pengunjung boleh berinteraksi bersama seperti rusa, unta, burung kawasaki da sebgainya.

Harga tiket untuk masuk ke sini adalah sangat berpatutan. Harga tiket untuk golongan dewasa adalah serendah RM2.00 dan kanak-kanak RM1.00

2. Muzium Nanas

Muzium nanas ini mempamerkan segala tentang buah tropika yang terkenal di Johor ini iaitu nanas. Di dalam muzium ini terdapat pameran yang menarik mengenai nenas, artifak, penerbitan dan informasi mengenai industri nenas di Malaysia.

Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifak mengenai penanaman dan industri nanas di Malaysia sejak nanas mula ditanam di Malaysia hingga sekarang.

Selain itu, tempat menarik di Johor ini juga turut mempamerkan pelbagai informasi seperti kaedah penanaman nanas, pengawalan serangga perosak, pengawetan jem nanas dan juga lain-lain.

Pengunjung juga berpeluang untuk mempelajari teknik menghasilkan benang menggunakan daun nanas yang digunakan untuk membuat baju.

3. Legoland

tempat menarik di johor legoland
Tempat menarik di Johor (Legoland)

Bagi sesiapa yang yang datang berkunjung ke Johor, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Legoland Malaysia.

Tempat ini telah dibuka pada tahun 2012. Legoland Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang sesuai dengan had umur.

Jika anda ingin mambawa anak-anak anda melawat seluruh tempat ini, anda bolehlah menginap di situ supaya mereka boleh menghabiskan masa dengan lebih lama di situ.

Waktu operasi untuk masuk ke sini adalah bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Anda boleh survey harga tiket untuk ke Legoland Malaysia di sini.

4. Masjid Sultan Abu Bakar

tempat menarik di johor masjid
Tempat menarik di Johor (Masjid Abu Bakar)

Masjid Sultan Abu Bakar telah dibina pada tahun 1892 dan mempunyai campuran seni bina kolonial British dan Islam tradisional.

Salah satu ciri khas di masjid ini adalah empat minaret yang terletak di bahagian atas yang bertujuan untuk kelihatan seperti menara jam Birch.

Kebanyakan senireka pada bahagian dalamnya dilitupi dengan marmar putih. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 jemaah dalam satu masa.

5. Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman

tempat menarik di johor kuil
Tempat menarik di Johor (Kuil Sri Rajakaliamman)

Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman merupakan salah satu banggunan penting bagi penduduk Hindu di Johor.

Kuil ini juga merupakan kuil Hindu pertama di dunia yang dibina menggunakan kaca. Kedua-dua bahagin luar dan dalam kuil semua diperbuat daripada kaca.

Apabila cahaya matahari memancarkan sinarnya ke kuil tersebut, ia akan berkilauan dan anda berpeluang meihat patung-patung Buddha di dalamnya.

6. Bakeri Salahuddin

tempat menarik di johor karipap
Tempat menarik di Johor (Bakeri Salahuddin)

Tempat menarik di Johor yang lain adalah Bakeri Salahuddin. Ia mula dibuka pada tahun 1937 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Anda akan menjumpai kepelbagain kuih-muih yang dibakar, tetapi apa yang paling popular di sini adalah karipapnya.

Apa yang membuatkan ramai orang beratur untuk ke bakeri ini adalah kerana karipap, di mana ianya merupakan kuih tradisional untuk rakyat Malaysia.

7. Istana Bukit Serene

tempat menarik di ipoh serene
Tempat menarik di Johor (Istana Bukit Serene)

Istana Bukit Serene kini telah menjadi penempatan tetap Sultan Johor dan ianya tidak dibuka kepada orang awam.

Walau bagaimanapun masih ramai yang datang singgah ke sini untuk melihat bahagian luar istana di mana anda akan menemui model mahkota sultan yang besar.

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini dengan hadapan landskap yang menarik dan luar halaman yang dijaga rapi.

8. Danga Bay

tempat menarik di ipoh danga bay
Tempat menarik di Johor (Danga Bay)

Danga Bay merupakan tempat yang menjadi kunjungan ramai lagi-lagi pada waktu malam. Lokasinya yang terletak di tepi selat membuatkan ia nampak lebih menarik apabila tiba waktu malam.

Berdekatan dengan Danga Bay juga ada beberapa buah restoren yang terkenal dengan menu ikan bakar dan juga seafood untuk makan malam.

Di Danga Bay juga terdapat sebuah taman mini hiburan iaitu dikenal sebagai Danga World Petting Zoo di mana ia lebih kecil dari zoo di Johor.

Anda boleh membawa anak-anak anda untuk menikmati persembahan haiwan di mana kanak-kanak ini boleh berdiri dekat dengan haiwan tersebut.

9. Taman Negara Endau-Rompin

Taman negara ini merupakan hutan simpan kedua terbesar selepas taman negara di Pahang. Hutan ini terletak bersempadan dengan negeri Pahang.

Ia antara hutan yang kaya dengan flora dan fauna yang masih terjaga dan di sini juga terdapat spesies hidupan liar yang semakin pupus iaitu badak sumbu Sumatera.

Destinasi ini menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepert night walk,night track,jungle trecking dan sebagainya.

10. Mee Bandung Johor 

tempat menarik di ipoh mee bandung
Tempat menarik di Johor (Mee Bandung)

Makanan ini adalah makanan yang paling famous di Johor sebab kalau sebut tentang Johor pasti akan teringat tentang Mee Bandung Muor.

Mee bandung di sini berbeza rasanya jika dibandingkan dengan mee bandung yang kita makan di tempat lain.

Rasa mee bandung ini sangat kaya dengan rasa bahan utamanya iaitu udang dan kuahnya juga sungguh likat dan pekat.

Mee bandung Muor yang paling terkenal di sini adalah di Restoren Mee Bandung Abu Bakar Hanifah. Harga yang ditawarkan di sini sangat berpatutan dan murah.

Waktu operasi ke kedai ini adalah setiap hari kecuali hari Jumaat dan dibuka bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

11. Pasar Karat

Pasar Karat adalah salah satu tempat menarik yang anda harus pergi kerana ia ada menjual pelbagai barang-barangan dari baju, makanan hingga ke kasut.

Pasar Karat ini terletak di Jalan Segget, Johor Bahru dan ia dikenali sebagai pasar segget oleh rakyat tempatan.

Anda tidak perlu khuatir untuk pergi ke sini kerana pasar ini dibuka pada setiap hari tetapi berbeza pula waktu pada hari biasa dan hari minggu.

Pada hari Isnin hingga Jumaat, pasar ini akan dibuka bermula jam 6 petang hingga 12 malam manakala pada hari sabtu dan ahad akan dibuka bermula jam 7 petang hingga 2 pagi.

12. Muzium Layang-layang

tempat menarik di ipoh layang layang
sumber: Muzium layang-layang

Muzium ini dibuka pada tahun 2002 yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Banggunan ini dipercayai dibina di atas runtuhan banggunan Belanda.

Muzium ini mempamerkan sejarah tentang permulaan bermain layang-layang di seluruh dunia yang digunakan sebagai alat komunikasi pada zaman dahulu.

Di sini juga ada mempamerkan pelbagai jenis layang-layang tradisi dan moden termasuklah wau dengan pelbagai saiz yang berlainan.

Di kawasan luar muzium ini terdapat taman dengan padang yang luas dan pengunjung boleh bermain layang-layang di kawasan padang tersebut.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *