Tempat Menarik Di Kelantan (TERKINI 2023)

  • 9 min read
  • Jun 27, 2022
menarik di kelantan

Kelantan Darul Naim atau lebih dikenali sebagai Kelantan merupakan salah satu negeri yang berada di Pantai Timur selain Pahang dan Terengganu.

Kelantan mempunyai keluasan lebih kurang 14,922km persegi dan ia merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil pertanian.

Negeri Kelantan ini terkenal dengan barang-barang dan makanan yang dijual dengan harga yang rendah berbanding dengan negeri lain.

Di samping barangan dan makanan yang murah, banyak juga aktiviti dan tempat menarik di Kelantan yang boleh ditelajahi.

Mari kita terokai semua tempat pelancongan yang menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan apabila sampai ke negeri Che Siti Wan Kembang ini.

Senarai Tempat Menarik Di Kelantan Negeri Che Siti Wan Kembang

1. Pasar Siti Khadijah

Salah satu tempat menarik di Kelantan yang sangat terkenal dalam kalangan “ibu-ibu” adalah Pasar Siti Khadijah.

Apa yang menarik di sini adalah pelbagai barang dan makanan yang ada dijual di sini tidak kira dari barang basah sehinggalah barang yang kering.

Pastinya apabila sudah masuk anda akan mengahabiskan masa untuk membeli belah dengan sakan sampai membuatkan sang suami “ketat muka” menunggu.

Terdapat pelbagai makanan tradisonal di Kelantan yang jarang dijumpai dijual di sini seperti nasi tumpang, etok salai, kuih akok dan lain-lain.

Pakaian, kain wanita, baju pasang juga banyak dijual di sini dengan harga yang lebih rendah berbanding di tempat lain.

AlamatJalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari (7.00 am – 6.00 pm)
Harga TiketKawasan pasar & membeli belah

2. Wakaf Che Yeh

Terdapat dua konsep yang dijalankan di Wakaf Che Yeh iaitu ia dibuka pada siang hari dan juga pada waktu malam.

Pada waktu siang, pasar ini menjual barangan seperti keperluan asas dan juga basah. Untuk mendapatkan lauk basah yang segar boleh lah berkunjung ke sini.

Belah malam pula lebih banyak yang berniaga dan barang yang dijual seperti kain pasang, tudung, baju-baju dan lain-lain.

Wakaf Che Yeh ini lebih meriah pada waktu malam berbanding pada waktu siang kerana lebih ramai yang datang membeli pada waktu malam.

Alamat2028, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 3.00 am)
Harga TiketKawasan pasar & membeli belah

3. Pantai Senok Bachok (Pantai Nami)

Pantai Senok atau lebih mesra dikenali sebagai Pantai Nami merupakan salah satu tempat menarik di Kelantan yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

Ia dipanggil Pantai Nami kerana keindahan landsakpnya tak ubah seperti di kepulauan Nami, Korea yang ditayangkan dalam filem Winter Sonata.

Pokok-pokok ru yang tersusun indah ini lebih menarik perhatian sesiapa yang datang ke sini dengan ditemani angin yang sentiasa bertiupan dari kawasan pantai.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bergambar di sini bersama-sama keluarga atau sahabat anda. Boleh la anda “acah-acah” seperti bergambar di pantai Nami, Korea.

Alamat16020 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi24 jam dibuka kepada orang ramai
Harga TiketPercuma

4. Muzium Wau

Tempat menarik di Kelantan yang boleh anda kunjungi adalah Muzium Wau. Jika ingin menambah pengetahuan tentang wau boleh lah datang berkunjung ke sini.

Tempat ini telah dibina sejak tahun 2008 dan ia merupakan muzium wau pertama di Kelantan dan kedua yang ada di Malaysia selepas Muzium Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor.

Anda boleh melihat pelbagai jenis wau tradisi yang ada di Malaysia seperti Wau Bulan, Wau Kucing, Wau Jala Budi dan sebagainya.

Muzium Wau di sini juga tidak hanya menempatkan wau yang ada di Malaysia, malah ia juga ada mempamerkan wau dari luar negara seperti dari negara Jepun, Korea, Thailand dan banyak lagi.

Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman membuat wau sendiri. Pembuat wau sendiri akan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anda yang terlibat dengan aktiviti ini.

AlamatPantai Sri Tujoh, 16200, Tumpat, 16200 Tumpat, Kelantan
Waktu Operasi8.30 am – 4.45 pm ( Sabtu-Rabu)
8.30 am – 3.30 pm ( Khamis)
Jumaat tutup
Harga TiketWarganegara (Dewasa): RM 2.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 1.00
Pelancong Asing (Dewasa): RM 4.00
Pelancong Asing (Kanak-kanak): RM 2.00

5. Pasar Terapung Pulau Suri

Pasar Terapung yang bertempat di Pulau Suri, Tumpat di mana ia adalah tarikan baru yang ada di Kelantan sejak tahun September 2016.

Biasanya kita cuma lihat pasar terapung ini di Thailand sahaja kan? Sekarang pasar terapung ini telah diwujudkan di Kelantan.

Tak payah pergi jauh sampai Thailand dah, anda boleh merasa pengalaman membeli-belah di sini dengan dikelilingi oleh perairan Pasar Terapung Pulau Suri.

AlamatPulau Suri, Tumpat, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Sabtu (8.00 am – 2.00 pm)
Harga TiketBot: RM2 Sehala
Pulau: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM2

6. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail (Masjid Beijing)

Masjid ini dikenali sebagai Masjid Beijing oleh pelancong-pelancong kerana senibina yang berunsurkan seperti cina purba.

Senibina reka bentuk masjid ini meneyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih dari 1000 tahun yang berada di Beijing, China.

Masjid ini terletak 2km dari kawasan bebas cukai Rantau Panjang. Jika anda pergi ke kawasan bebas cukai Rantau Panjang, anda akan bertemu dengan masjid ini.

AlamatJalan Kampung Rantau Panjang, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu OperasiSubuh – Isyak
Harga TiketPercuma ( kawasan ibadah orang Islam)
Derma ikhlas masuk tabung masjid digalakkan

7. Rainbow Village Kampung Sungai Budor

Rumah Pelangi di Kampung Sungai Budor ini adalah tempat menarik di Kelantan yang terbaru. Kampung Sungai Budor ini terletak di daerah Kota Bharu.

Tempat ini yang dahulunya sebuah kampung yang usang dan suram kini telah menanjadi ceria selepas dicat dengan warna pelangi sehingga menjadi tarikan pelancong.

Deretan rumah pelangi yang unik dan cantik ini sering menjadi port untuk pelancong tempatan dan luar negara untuk bergambar.

8. Pasir Belanda

Anda ingin merasakan berada di suasana kampung? Mari singgah dan menginap di Resort Pasir Belanda ini kerana anda akan merasai pengalaman kehidupan di kampung.

Destinasi ini terletak di sebuah perkampungan damai yang jauh dari kesibukan kota. Pasir Belanda ini berada di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Baharu.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti kelas memasak, menghadiri bengkel batik, bermain basikal dan banyak lagi.

Anda boleh melawat laman web Pasir Belanda untuk keterangan lanjut berkaitan tempat ini.

9. Air Terjun Jeram Linang

Air Terjun Jeram Linang merupakan air terjun terawal yang dibina oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan.

Ia adalah tempat menarik di Kelantan yang anda harus cuba kerana persekitaran yang bersih dan anda juga boleh berkelah bersama keluarga dan kawan-kawan.

Bulan April hingga September adalah bulan terbaik untuk anda mengunjungi tempat ini kerana cuaca yang cerah.

AlamatLata Jeram Linang, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari (7.00 am – 6.00 pm)
Harga TiketPercuma

10. Min House Camp

Min House merupakan satu tempat yang terkenal dan menarik di Kelantan. Min House menawarkan pakej yang menarik untuk anda merasakan pengalaman baru di sini.

Destinasi ini menawarkan rumah dan dorm yang dilengkapi dengan dapur dan pendingin hawa. Min House Camp terletak tidak jauh dari bandar Kota Bharu.

Ia terletak bersebelahan dengan sungai dan dari situ banyak aktiviti yang berasaskan sungai diwujudkan di situ.

Min House Camp ini juga terletak tidak jauh dari Hospital Universiti Sains Malaysia, jadi anda tidak perlu bimbang jika ada kecederaan yang berlaku.

Terdapat pelbagai aktivit menarik di sini daripada aktiviti yang sesuai dengan kanak-kanak sehinggalah ke dewasa dan juga untuk golongan ibu bapa.

Antara aktiviti yang menarik di disini adalah berkayak, memanah, mencari lokan, melihat kelip-kelip, membuat kuih tradisional dan banyak lagi.

11. Istana Jahar

Istana Jahar merupakan tempat bersejarah yang mesti anda lawati bersama-sama keluarga setibanya anda ke Kelantan.

Sebab apa? Haa! Istana Jahar ini merupakan sebuah banggunan khas yang direka tanpa menggunakan sebatang paku atau skrew.

Banggunan yang ini dibina pada tahun 1887 dan dahulunya ia merupakan sebuah istana Raja Bendahara Long Kundur bin Sultan Ahmad sebelum menjadi muzium pada masa kini.

Pelbagai barangan berkaitan Adat Istiadat Diraja Kelantan yang ditempatkan di sini seperti adat perkahwinan, pertunangan, melenggang perut dan sebagainya.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pelbagai alat-alat senjata lama seperti keris, lembing, badik, keleweng dan lain-lain yang bertempat di belakang banggunan istana.

AlamatJalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari Kecuali Jumaat (8.30 am – 4.45 pm)
Harga TiketWarganegara (Dewasa): RM 2.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 1.00
Pelancong Asing (Dewasa): RM 4.00
Pelancong Asing (Kanak-kanak): RM 2.00

12. Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan merupakan pantai yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu. Ia menjadi tempat menarik di Kelantan yang selalu dikunjungi oleh orang ramai.

Tidak kira lah dari luar negeri Kelantan atau penduduk setempat sendiri. Pantai ini dikenali sebagai PCB untuk singkatan kepada Pantai Cahaya Bulan oleh penduduk tempatan di situ.

Jika anda berkunjung ke Kelantan, boleh lah pergi ke PCB ini kerana ia merupakan salah satu pantai yang terkenal dengan pemandangan yang menarik dan makanan-makanan yang dijual di situ.

Boleh lah anda bersantai atau mengambil angin di sini pada waktu petang setelah penat berjalan-jalan di serata tempat menarik yang lain.

AlamatBanggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi24 jam dibuka kepada orang ramai
Harga TiketPercuma

13. Muzium Islam

Apa yang menarik di Muzium Islam adalah senibina banggunannya diperbuat dari kayu yang indah di tengah Kota Bharu.

Banggunan ini dahulunya adalah sebuah rumah kediaman Ketua Menteri Kelantan yang dibina pada tahun 1902.

Rumah ini dibina dengan menggunakan spesies kayu tropika yang yang berkualiti tinggi atau lebih dikenali sebagai kayu cengal.

AlamatJalan Masjid, Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi Setiap hari kecuali Jumaat (8.30 am – 4.45 pm)
Harga TiketWarganegara (Dewasa): RM 2.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 1.00
Pelancong Asing (Dewasa): RM 4.00
Pelancong Asing (Kanak-kanak): RM 2.00

14. Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah

Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah bukanlah tempat menarik yang baru diwujudkan di Kelantan ini.

Apa yang menarik di sini adalah rumah agam yang dimiliki oleh pengasas dodol dan serunding ini. Rumahnya yang unik dan menarik ini mendapat kunjungan orang ramai khususnya penduduk tempatan.

Kediaman itu dibina pada tahun 1987 selepas 40 tahun mengerah tenaga menjual dodol dan serunding.

Keunikan rumah itu menyebabkan ramai orang terutama pelancong yang datang mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan rumah tersebut.

Bagi sesiapa yang datang ke sini boleh lah membeli dodol dan serunding yang dijual di hadapan rumah agam ini dengan harga yang berpatutan.

Alamat17000 Pasir Mas, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari (7.00 am – 6.00 am)
Harga TiketPercuma (cuma bayar untuk membeli dodol dan serunding)

15. Bazar Tok Guru

Selain Pasar Siti Khadijah, pasar yang paling besar dan terkenal di Kelantan untuk membeli-belah adalah Bazar Tok Guru.

Bazar Tok Guru ini terletak betul-betul di tengah bandar Kota Bharu, jadi ianya sangat mudah untuk diakses kepada sesiapa yang bercuti atau berkunjung ke sini.

Bazar ini terkenal khususnya kepada kaum wanita untuk membeli belah barangan islamik seperti tudung, telekung, kelengkapan umrah serta haji dan banyak lagi.

Bazar ini mula dibuka pada tahun 2011 dengan menempatkan sebanyak lebih kurang 300 lot kedai.

Bazar ini bukan sahaja menawarkan banyak barangan pilihan, namun ia juga ada menyediakan pelbagai kemudahan seperti kaunter ATM, lif, medan selera, surau dan banyak lagi.

AlamatJalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
Harga TiketKawasan pasar & membeli belah

16. Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Tempat menarik di Kelantan yang terkenal dalam kalangan pengunjung atau penduduk setempat adalah di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

Pengkalan Kubor telah diwartakan sebagai zon bebas cukai dan ia juga merupakan tempat membeli belah terbesar di Tumpat, Kelantan.

Apa yang menarik di sini adalah anda dapat mendapatkan barangan seperti periuk belanga, coklat, tilam dan pelbagai lagi dengan harga yang murah.

AlamatTumpat, 16080, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)
Harga TiketKawasan pasar & membeli belah

17. Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu

Tempat menarik di Kelantan yang menjadi tarikan baru kepada pengunjung serta warga tempatan sendiri adalah di Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu.

Selain Pasar Terapung Pulau Suri yang terletak di Tumpat, di Kota Bharu juga ada pasar terapung dan ini lebih memudahkan penduduk atau pengunjung untuk berkunjung kerana terletak dekat dengan bandar Kota Bharu.

Pasar Terapung Pengkalan Datu beroperasi sama seperti Pasar Terapung Pulau Suri iaitu hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja.

Pengunjung yang datang ke sini berpeluang mendapatkan tangkapan laut yang segar daripada nelayan setempat selain membeli pelbagai juadah dan barangan tradisional.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai makanan yang terkenal di Kelantan seperti nasi kerabu, kerabu maggi serta kuih-kuih tradisional Kelantan.

Apa yag menarik di sini adalah sambil anda membeli belah, anda juga berpeluang untuk menonton persembahan kebudayaan dan aktiviti yang menarik.

Tidak perlu pergi jauh seperti ke luar negara untuk merasai pengalaman membeli belah di pasar terapung kerana di negara kita juga ada semuanya.

Alamat16150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu OperasiSetiap Sabtu (8.00 am – 2.00 pm)
Harga TiketKawasan pasar & membeli belah

18. Jambatan Keretapi Guillemard

Satu lagi tempat menarik yang ada di Kelantan dan ia boleh dikategorikan sebagai tempat bersejarah juga iaitu Jambatan Keretapi Guillemard.

Jambatan berwarna hitam ini dibina pada tahun 1940 dan merupakan jambatan keretapi terpanjang yang ada di Malaysia.

Jika anda adalah seorang photographer dan mencari tempat yang berlatarkan belakang menarik dan cantik, di sini lah tempat yang sesuai.

Ramai juga orang yang datang ke sini untuk bergambar dan ia juga boleh dijadikan tempat photoshoot pengantin atau apa sahaja.

AlamatJalan Kampung Kursial, 17500, Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Waktu OperasiKawasan terbuka ( 24jam)
Harga TiketPercuma

19. Muzium Kraftangan

Muzium Kraftangan di Kelantan ini terletak di pusat Kota Bharu. Jadi jika anda bercuti ke Kelantan, singgah lah di muzium ini dahulu untuk meluaskan pengetahuan tentang negeri ini.

Di sini anda berpeluang untuk melihat pelbagai jenis hasil kraftangan yang kreatif dan pelbagai barangan tradisional Kelantan yang ditempatkan di muzium ini.

Apa yang istimewa di muzium ini adalah rekabentuk tradisi yang dibina menggunakan ukiran-ukiran bunga tempatan.

Jika anda berasa lapar dan inginkan masakan kampung semasa berjalan di muzium ini, anda boleh singgah ke Kedai Makan Cikgu yang terletak tidak jauh dari muzium tersebut.

Anda juga boleh berjalan kaki sahaj untuk ke kedai makan tersebut. Pelbagai lauk-lauk kampung yang ada dijual di situ dengan harga yang berpatutan.

AlamatKampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Off Jalan Belakang Istana, Kelantan, 15000 Kota Bharu
Waktu OperasiSetiap Hari Kecuali Jumaat (9.00 am – 5.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM 1.00
Kanak-kanak: 0.50
Mencanting Batik: RM 10.00

20. Train To Dabong

Dabong merupakan tempat menarik di Kelantan yang sering menjadi bualan ramai orang sejak akhir-akhir ini kerana perjalanan ke sini dengan menggunakan perkhidmatan keretapi.

Ia merupakan fenomena baru yang sering disebut-sebut di media sosial dan mula menjadi pilihan ramai terutama mereka yang suka dengan pelbagai aktiviti lasak.

Pelbagai tempat menarik yang ada di Dabong yang boleh dilakukan bersama kawan-kawan atau keluarga bermula dari tempat menarik sehinggalah kepada makanan yang sedap-sedap.

Antara tarikan utama yang terdapat di Dabong adalah Gua Ikan, Air Terjun Jelawang dan juga Gunung Stong.

Ada juga kedai makan yang best yang anda mesti cuba di Dabong seperti Mee Udang Che Da, Adam Cafe, Ummi Pokok Ceri, Raysha Mee Celup Kopeh dan banyak lagi.

21. Gelanggang Seni

Satu tempat menarik di Kelantan yang terletak di Kota Bharu dikenali sebagai pusat kebudayaan yang penuh dengan persembahan warisan kebudayaan negeri Kelantan.

Pengunjung berpeluang untuk menyaksikan pelbagai persembahan kenegerian seperti persembahan wayang kulit, permainan gasing, batu seremban dan banyak lagi.

Pekej lawatan juga ada disediakan di sini untuk pengunjung atau pelancong yang datang seperti melawat tempat buat wau, perkampungan nelayan, tempat buat wayang kulit dan banyak lagi.

AlamatJalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu OperasiWaktu Persembahan Gelanggang Seni

Bermula 3.30 pm – 5.30 pm (setiap Sabtu & Isnin)
Bermula 3.30 pm – 5.30 pm & 9.00pm-11.00pm (Rabu)
Harga TiketPercuma bagi menyaksikan persembahan seni kebudayaan tradisional Negeri Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!