Tempat Menarik di Kuantan (TERBARU 2023)

  • 4 min read
  • Jan 20, 2023
kuantan
menarik di kuantan
Menarik di Kuantan

Destinasi Menarik di Kuantan

1.Menara Kuantan 188

Tarikan baru yang ada di Kuantan adalah Menara Kuantan 188 yang dibuka secara rasmi sejak 15 Disember 2021.

Menara Kuantan 188 bakal menarik lebih ramai pelancong apabila lebih banyak tarikan yang akan mula dibuka secara berperingkat.

Menara ini merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Ia dibina berinspirasikan daun dan bunga pokok teruntum putih yang tumbuh di sekitar persisiran Sungai Kuantan pada masa dahulu.

Antara tarikan yang ada di sini adalah anda berpeluang untuk melihat sekitar bandaraya Kuantan dengan pemandangan 360 darjah dan dalam ketinggian 104 meter.

Ciri yang menarik di menara ini adalah lif kaca dengan pemandangan Sungai Kuantan yang akan membawa anda ke anjung tinjau tertutup.

Antara aktiviti yang telah dilancarkan di menara ini adalah ‘Skywalk’ dengan kadar bayaran dikenakan sebanyak RM 88.

Pelbagai aktiviti lain juga akan dilancarkan selepasini seperti pendakian tiang pada ketinggian 160 meter dan juga terjunan berpandu dari pelantar pada ketinggian 104 meter.

2. Zoo Teruntum

Destinasi kali ini adalah destinasi yang menjadi kesukaan kanak-kanak kerana terdapat pelbagai spesies binatang yang ditempatkan di sini.

Zoo Teruntum merupakan sebuah zoo mini dimana ia telah dinaiktaraf sebagai zoo hybrid dan telah menjadi zoo hybrid pertama yang ada di Malaysia.

Bukan sahaja dapat melihat haiwan yang asli, malah di sini juga mempamerkan pameran haiwan pra sejarah yang telah lama pupus.

Adakah anda pernah menonton filem Jurassic Park? Ha! Di sini anda berpeluang untuk merasai pengalaman seperti itu, namun taman hybrid ini tidak menghidupkan dinasour yang telah lama pupus.

Tarikan yang paling menarik di sini adalah The Hobbit House! Jika anda peminat Lord of The Rings pasti anda akan menyukai tempat ini kerana ia amat mirip dengan rumah sebenar yang ada di New Zealand itu.

3. Gambang Water Park

Gambang Water Park merupakan sebuah taman tema yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

Keluasan taman tema ini adalah 16 ekar dengan pelbagai jenis permainan dan fasilitas lain disediakan di sini.

Terdapat pelbagai permainan yang seronok di sini seperti Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Permainan yang dikhaskan untuk kanak-kanak juga ada di sini tetapi mestilah di bawah pemantauan ibu bapa.

Kemudahan juga banyak disediakan di sini seperti tandas, surau, locker, kedai cenderahati, system E-value dan juga sewaan kabana.

Sistem E-value adalah sistem yang tidak menggunakan duit iaitu penyimpanan wang akan disimpan secara virtual di pergelangan tangan.

Sewaan kabana pula perlu ditempah sehari sebelum masuk ke waterpark dan tempahan boleh dilakukan menggunakan smartphone di website waterpark sendiri.

4. Petrosains Play Smart Kuantan

Sebuah lagi lokasi menarik yang perlu dikunjungi iaitu Petrosains Smart Kuantan pastinya akan memberi keceriaan kepada anak-anak semasa bercuti.

Kanak-kanak akan terhibur dengan permainan yang tersedia di Petrosains Smart seperti trek kereta, ruang main bola, pertandingan mewarna, pertandingan menampal, dan banyak lagi.

Pusat sains mini ini akan memberi peluang kepada anak-anak kecil untuk merasai sendiri pengalaman menerokai dunia sains yang hebat.

Lokasinya berdekatan dengan Taman Esplanade dan mudah untuk dicari. Yang paling menarik adalah bayaran untuk masuk ke sini adalah percuma.

5. Muzium Sungai Lembing

Muzium Sungai Lembing dibina untuk menyimpan khazanah bernilai negara berkaitan dengan industri perlombongan bijih timah.

Ungai Lembing pernah dikenali sebagai bandar terkaya yang mengeluarkan bijih timah di negeri Pahang pada suatu ketika dahulu.

Ia juga turut digelar sebagai ‘El-Dorado Timur di Tanah Melayu’ pada zaman kegemilangannya dahulu.

Sungai Lembing juga terkenal di peringkat antarabangsa oleh sebab mempunyai lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia.

6. Pantai Teluk Cempedak

teluk cempedak
Menarik di Kuantan (Teluk Cempedak)

Pantai Teluk Cempedak merupakan pantai menarik di Kuantan yang terkenal dalam kalangan pengunjung yang datang ke Kuantan untuk bercuti.

Pantai ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan pengunjung tempatan, malah ia juga terkenal dan sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negara.

Apa yang best kat pantai ini? Selain pantai yang bersih dan cantik, pelbagai kemudahan yang ada di sini seperti kedai makan, surau, tandas dan sebagainya.

Kemudahan jambatan juga direka khas untuk pengunjung menyusuri pantai ini tanpa menjejakkan kaki di atas pasir.

Sambil menyusuri menggunakan jambatan, anda juga berpeluang untuk menikmati keindahan pantai dan melihat kehijauan di sekeliling pantai.

Namun, ada yang memerhati… anda harus berhati-hati dengan monyet yang ada di sekitar jambata. Untuk mengelakkan diganggu, anda dilarang membawa makanan atau minuman bersama kerana monyet-monyet di sini akan merampas makanan tersebut.

7. Bukit Panorama Sungai Lembing

panorama
Menarik di Kuantan (Bukit Panorama)

Destinasi menarik di Kuantan yang wajib dicuba untuk sesiapa yang suka dengan aktiviti mendaki bukit adalah di Bukit Panorama Sungai Lembing.

Bukit Panorama yang terletak tidak jauh dari bandar Sungai Lembing ini akan memberi peluang kepada anda untuk melihat keindahan matahari terbit dari puncak bukit.

Pendakian haruslah dimulakan sebelum terbit matahari dengan dakian menggunakan tangga yang disediakan dan anda tidak perlu risau kerana ada juga penghadang tangga yang anda boleh berpaut.

Sebelum memulakan pendakian anda harus memeriksa cuaca terlebih dahulu kerana bimbang jika cuaca buruk berlaku, anda tidak berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan matahari terbit.

8. Taman Esplanade

Tempat menarik di Kuantan yang sering menjadi tumpuan pengunjung adalah di Taman Esplanade Kuantan.

Taman ini berkedudukan agak strategik kerana ia berdekatan dengan tempat menarik di Kuantan seperti di Menara 188 dan River Cruise.

Lokasi menarik ini sering menjadi tumpuan pemancing pada malam hari dan aktiviti di malam hari lebih seronok kerana sambil ambil angin, anda juga berpeluang menyaksikan kelagat pemancing di situ.

Kemudahan seperti kedai makan, tandas dan sebagainya sangat mudah untuk dicari di sini. Selain itu, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti beriadah dan menyewa basikal di sekitar taman.

Di samping itu, anda juga berpeluang untuk menaiki River Cruise menyusuri Sungai Kuantan dari Jeti hinggalah ke Kuala Sungai atau Tanjung Lumpur.

9. Santuari Penyu Cherating

penyu
Menarik di Kuantan (Santuari Penyu Cherating)

Lokasi seterusnya yang menarik di Kuantan adalah Santuari Penyu cherating. Destinasi ini sesuai untuk dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang tiada had umur.

Tempat ini mula dibuka pada 1 Jun 1998 dengan tujuan untuk melindungi penyu daripada sebarang bahaya yang dapat memendekkan jangka hayat mereka.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh diikuti di sini seperti melawat tapak penetasan anak penyu, melihat anak-anak penyu dilepaskan ke laut dan melihat penyu mendarat pada waktu malam.

Aktiviti yang dijalankan di sini dapat menambah pengalaman yang pastinya memberi keseronokan khususnya kepada anak-anak kecil.

10. Tanjung Lumpur

Tanjung Lumpur merupakan port cari makanan yang paling terkenal di Kuantan. Bermacam-macam jenis kedai dan restoren yang sedap-sedap ada di sini.

Jika ingin makanan laut segar anda boleh ke Tanjung Lumpur kerana ia berdekatan dengan laut, jadi tempat paling sesuai adalah di sini.

Antara restoren yang paling famous di Tanjung Lumpur ini adalah Ana Ikan Bakar Petai dengan pelbagai jenis seafood dan menu lain disediakan di sini.

Pada hujung minggu, tempat ini sentiasa sesak dengan pelanggan dari Kuantan ataupun luar dari Kuantan.

Malah, banyak juga restoren-restoren sedap ada di sini seperti Mail Ikan Bakar, Super Top, Ghalit Distro Tanjung Lumpur dan banyak lagi.

Gerai untuk anda kunjungi pada waktu petang juga banyak di sini dan anda berpeluang untuk merasai pelbagai jenis celup tepung di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *