Tempat Menarik di Negeri Sembilan (TERKINI 2022)

  • 9 min read
  • Jul 26, 2022
menarik di negeri sembilan
tempat menarik di negeri sembilan
tempat menarik di negeri sembilan

Negeri Sembilan atau dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan salah satu negeri yang ada di Malaysia.

Negeri Sembilan merupakan negeri beradat yang kaya dengan makanan dan destinasi menarik yang boleh dikunjungi.

Terdapat pelbagai tempat pelancongan menarik di Negeri Sembilan bahkan banyak juga tempat makan yang sedap di sini.

Kalau sebut tentang Negeri Sembilan, pasti anda sudah terbayang tentang masakan gulai lemak orang nogori dengan tahap pedas yang boleh mengeluarkan air mata pemakan nya.

Namun, Negeri Sembilan bukan sahaja terkenal dengan makanan yang sedap-sedap tetapi negeri itu juga terkenal dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati jika ke sini.

Jadi, mari kenali tempat-tempat menarik yang sudah disenarai di bawah ini ketika berkunjung ke Negeri Sembilan.

Senarai Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Darul Khusus

1. Batu Maloi Cave

Tempat menarik di Negeri Sembilan yang boleh dikunjungi adalah di Batu Maloi Cave yang bertempat di Tampin.

Aktiviti yang ditawarkan di sini adalah dengan meneroka gua di sini, tetapi gua Malaoi ini agak mencabar untuk diterokai.

Ketika anda masuk ke dalam gua, dikatakan hampir 90% badan anda akan ditenggelami air kerana gua di sini merupakan gua bersungai.

Anda memerlukan kelengkapan khas seperti lampu kepala kalis air, sarung tangan, kasut, stoking dan keperluan lain.

AlamatBatu Maloi Cave, Tampin,Negeri Sembilan

2. Jeram Gading

Jeram Gading merupakan satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan juga orang luar.

Jika anda bercuti ke Negri Sembilan, boleh masukkan senarai untuk beraktiviti di sini kerana pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk semua jenis had umur.

Ia dinamakan Jeram Gading oleh sebab dahulunya ia menjad tempat penemuan gajah-gajah, tetapi jangan khawatir kerana itu berlaku pada zaman dahulu sahaja dan kini selamat untuk digunakan.

Aktiviti berkelah merupakan aktiviti utama di sini dan jika anda ingin menikmati keindahan Jeram Gading dengan lebih lama, anda boleh menginap di resort yang ada disediakan di sini.

AlamatJeram Gading, Jalan Kampung Chennah, Negeri Sembilan, 71150
Waktu OperasiSetiap Hari (7.00 am – 6.00 pm)
Harga TiketKemasukan adalah secara percuma

3. Pusat Borong Nilai 3

Pusat Borong Nilai 3 ini merupakan destinasi membeli belah yang wajib anda singgah jika ke Negeri Sembilan kerana terdapat pelbaga keperluan rumah yang dijual di sini.

Ia diibaratkan sebagai syurga buat para wanita lebih-lebih lagi untuk golongan ibu kerana pelbagai karpet, langsir, alas kaki serta banyak lagi yang dijual di sini.

Anda yang datang membeli belah di sini juga boleh membuat tawaran harga yang lebih rendah jika memborong barang-barang dengan kauntiti yang banyak.

Destinasi menarik di Negeri Sembilan ini menjadi tempat pilihan bakal pengantin untuk membeli segala kelengkapan perkahwinan keran terdapat banyak barang berkaitan perkahwinan yang dijual di sini.

AlamatNilai 3, Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, 71800
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
Harga TiketDestinasi membeli belah

4. Jelita Ostrich Farm

Jelita Ostrich Farm merupakan sebuah ladang burung unta di Jalan Sungai Serip, Seremban dan ia dimiliki sepenuhnya oleh Jelita Impian Sdn.Bhd.

Destinasi menarik di Negeri Sembilan ini sesuai dikunjungi bersama anak-anak kecil. Bukan sahaj burung unta yang ditempatkan di sini, malah pelbagai jenis haiwan yang ada di sini seperti kuda padi, arnab, kambing dan banyak lagi.

Bukan sahaja dapat beramah mesra dengan mengambil gambar, memberi makan dan juga menunggang burung unta, namun di sini juga terdapat restoren yang menghidangkan makanan berasaskan haiwan ini.

Untuk anda yang belum pernah merasai daging burung unta, boleh lah singgah sebentar di restoren berdekatan untuk merasai kenikmatan daging burung unta yang fresh dari ladang.

AlamatLot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban
Waktu OperasiSetiap Hari (9.30 am – 6.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM8.00
Kanak-Kanak (bawah 4 tahun): Percuma

5. Pulau Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang merupakan sebuah pantai yang paling terkenal di Port Dickson kerana mempunyai persisiran pantai yang lapang.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti berkelah, bermain banana boat, buggy ride, parassailing, menaiki speed boat dan banyak lagi.

Kemudahan dan fasiliti di sini juga lebih baik dan terjaga berbanding pantai lain. Kemudahan yang ada adalah seperti tandas awam, laluan pejalan kaki, gazebo dan gerai-gerai makanan.

Destinasi menarik di Negeri Sembilan yang terkenal ini sangat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga atau kawan-kawan anda.

AlamatPantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
Waktu OperasiPantai peranginan awam ( 24 jam)
Harga TiketPercuma

6. Pusat Ikan Hiasan

Pusat Ikan Hiasan yang ada di Port Dickson ini merupakan salah satu tarikan baru dimana jaraknya tidak jauh dengan Pantai Teluk Kemang yang terkenal di Port Dickson.

Destinasi menarik di Negeri Sembilan ini dapat menambah pengetahuan am anda lebih-lebih lagi jika berkunjung ke sini bersama anak-anak kerana mereka juga dapat ilmu yang baru.

Menurut pekerja di sini, terdapat kira-kira 2000 spesis hidupan marin yang ada di sini dan kesemua hidupan yang ada di sini adalah daripada hasil tangkapan nelayan di perairan Port Dickson.

AlamatJalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 4.30 pm)
Jumaat (Tutup Sememntara 12.15 – 2.45 pm)
Harga TiketPercuma

7. Pusat Penetasan Penyu

Kalau sebut tentang penyu, pasti semua orang akan tertumpu kepada negeri Terengganu tetapi sebenarnya di Negeri Sembilan juga mempunyai tempat penetasan penyu.

Jenis penyu yang ada di sini adalah penyu karah dan ia boleh menghasilkan telur secara kebiasaan sebanyak 130 biji.

Bulan April ke September biasanya penyu-penyu ini akan bertelur dan kebiasaan pada jal 11 malam hari Sabtu dan Ahad anak-anak penyu di sini akan dilepaskan ke pantai untuk memulakan hidup.

Anda juga berpeluang untuk melihat proses penetasan telur penyu di sini. Jangan lepaskan peluang untuk berswafoto dan mengambil video tanda kenangan di sini.

AlamatGlory Beach Resort, Batu 2, Jalan Seremban Tanjung Gemok 71000 Port Dickson

8. Pantai Cahaya Negeri

Pantai Cahaya Negeri merupakan pantai yang terkenal di Port Dickson selain Pantai Teluk Kemang. Pemandangan dan landskap yang menarik di sini sering menjadi tumpuan pengantin untuk bergambar.

Selepas aktiviti kerja pembangunan dilakukan di sini, kini pantai ini sudah ada kemudahan seperti dataran, pondok rehat dan parking kereta yang lebih luas.

Pada waktu malam juga pantai ini meriah dengan kunjungan orang luar untuk melihat keindahan pantai dan juga bersuka ria bersama keluarga.

Apa yang lebih menarik di Pantai Cahaya Negeri ini adalah dengan adanya platform kayu yang menghubungkan pantai ke Pulau Burung.

AlamatPantai Cahaya Negeri (Beach), Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu OperasiDestinasi pantai ( 24 jam)
Harga TiketPercuma

9. Teratak Za’ba

Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenal sebagai Za’ba merupakan seorang sasterawan serta ahli pemikir Melayu yang terkenal pada tahun 1940.

Teratak ini dibina sebagai galeri untuk menyimpan dan menonjolkan tentang kehidupan tokoh ini kepada umum supaya mereka mengenali sasterawan ini.

Teratak menarik di Negeri Sembilan ini diperbuat daripada kayu cengal. Walapun ianya baru dirasmikan pada tahun 2001, namun senibina teratak ini nampak klasik tambahan dengan hasil pertukangan Melayu.

Dalam teratak ini anda berpeluang untuk melihat pameran Bibliografi, Peribadi, dan pakaian beliau. Terdapat juga sudut yang menempatkan barangan klasik yang wujud sewaktu kehidupan belian dahulu.

AlamatTeratak Za’ba, Kampung Bukit Kerdas, Daerah Jempul, 72200, Batu Kikir, Negeri Sembilan
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
Harga TiketKemasukan adalah secara percuma

10. Muzium Adat

Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang banyak ceritanya tentang adat. Tidak kurang hebatnya dengan negeri lain juga kerana di Malaysia terdapat pelbagai adat yang dapat dipelajari.

Oleh itu, diwujudkan sebuah muzium adat yang merupakan muzium adat pertama yang ada di negara kita di bawah Jabatan Muzium Malaysia.

Muzium ini terletak di Kuala Klawang dan ia merupakan salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang wajib dilawati ketika berkunjung ke negeri adat perpatih ini.

AlamatMuzium Adat, Jalan Dato’ Umbi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
Harga TiketKemasukan adalah secara percuma

11. Muzium Tentera

Muzium Tentera terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat dan ia merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.

Destinasi menarik di Negeri Sembilan ini merupakan muzium yang setanding dengan muzium-muzium di luar negara kerana kelengkapan infrastruktur dalam muzium ini.

Apa yang menarik di muzium ini adalah kerana pamerannya realistik dan meluas tentang ketenteraan. Pelbagai kenderaan tentera seperti kereta kebal, jet,meriam, jeep tentera dan banyak lagi yang ada di sini.

AlamatMuzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu OperasiRabu – Ahad (10.00am – 5.00pm)
Harga TiketKemasukan adalah secara percuma

12. Kompleks Muzium Negeri Sembilan

Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 dan ia terletak di Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong, Seremban.

Banggunan utama kompleks ini dikenali sebagai Teratak Perpatih yang dibina berdasarkan kediaman kediaman tradisional Minangkabau.

Terdapat banyak artifak tentang Negeri Sembilan yang ada di sini. Jika anda ingin mengetahu lebih lagi tentang sejarah negeri ini, sila lah ke destinasi menarik di Negeri Sembilan ini.

AlamatMuzium Negeri, Jln Sungai Ujong, Seremban
Waktu OperasiSelasa, Rabu, Sabtu & Ahad (10.00am – 6.00pm)
Khamis (8.15am – 1.00pm)
Jumaat (10.00am – 12.15pm & 2.45pm – 6.00pm)
Harga TiketKemasukan adalah secara percuma

13. Pulau Burung

Pulau Burung merupakan destinasi menarik di Negeri Sembilan yang boleh dimasukkan dalam senarai tempat lawatan anda jika berkunjung ke negeri beradat ini.

Pulau Burung terletak berdekatan dengan Pantai Cahaya Negeri. Jika anda bercadang untuk berkelah di pantai berdekatan, jangan lupa untuk singgah ke Pulau Burung ini.

Pulau Burung mempunyai keluasan 2.5 hektar dan dipenuhi dengan pokok-pokok paya besar yang tumbuh di sekitar pulau kecil ini.

Terdapat laluan pejalan kaki sepanjang 181.7 meter yang menghubungkan pulau ini dengan Pantai Cahaya Negeri.

Jadi, anda tidak perlu bersusah-payah untuk menaiki bot atau kenderaan lain sampai ke pulau kecil yang cantik ini.

AlamatPulau Burong, 71000, Negeri Sembilan
Waktu OperasiDestinasi terbuka ( tidak dikhususkan)
Harga TiketPercuma

14. Wet World Resort Air Panas

Taman Tema yang ada di Negeri Sembilan berbeza dengan taman tema yang ada di negeri lain kerana ia menawarkan taman tema yang berasaskan air panas.

Destinasi menarik di Negeri Sembilan ini menjadi tarikan pelancong kerana kelainan yang ditawarkan serta fasiliti yang mesra pengguna.

Taman tema ini bukan sahaja menyediakan beberapa buah kolam air panas, tetapi ia juga turut lengkap dengan gelongsor air.

AlamatLot 603, Jalan Tampin, Mukim Pedas, 71400, Pedas, Negeri Sembilan
Waktu OperasiSetiap Hari Kecuali Rabu (10.00 am – 6.00 pm)
Rabu Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum (Tutup)
Harga TiketDewasa (130cm & keatas) : RM15.00
Kanak-Kanak (130cm & kebawah : RM 12.00
Kanak-Kanak (Bawah 90 cm) : Percuma

15. Galeri Alive 3D Art

Galeri Seni 3D merupakan sebuah lokasi yang menempatkan pelbagai jenis lukisan yang menggunakan kaedah lukisan hidup 3D.

Lokasi menarik di Negeri Sembilan ini tidak asing bagi pengunjung kerana di negeri lain juga terdapat Galeri Seni 3D ini.

Destinasi menarik yang dibuka pada setiap hari ini terbahagi kepada 5 zon iaitu Zon Cabaran, Zon Akuarium, Zon Animasi, Zon Eksotik dan Zon Gelap.

Anda boleh bergambar dengan mengikut arahan gaya posing yang disediakan pada setiap karya untuk mendapatkan efek foto yang gempak.

AlamatNo 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu OperasiIsnin – Jumaat (11.00 am – 11.00 pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah (10.00 am – 11.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM15.00

16. Taman Negeri Kenaboi

Destnasi menarik di Negeri Sembilan kali ini membawa anda kepada alam semulajadi yang nyaman dan penuh dengan khazanah hutan.

Kepada sesiapa yang sukakan dengan aktiviti lasak seperti meredah hutan, melakukan aktiviti dalam air sungai, mendaki gunung, berkhemah dan sebagainya boleh la datang berkunjung ke sini.

Taman negeri ini menyediakan pelbagai kemudahan penting seperti tapak perkhemahan, khemah, tandas dan juga dewan.

Berdekatan dengan tapak perkhemahan ini juga terdapat sebatang sungai iaitu Sungai Kenaboi yang agak cetek dan berarus yang sesuai untuk aktiviti berkayak.

AlamatJln Kampong Ulu Kenaboi, Negeri Sembilan
Waktu OperasiTidak dikhususkan
Harga Tiket– Tidak dikhususkan
-Perlu ada permit & jurupandu
-Maklumat lanjut sila berhubung dengan Pejabat Hutan Negeri Sembilan

17. Muzium Diraja Seri Menanti

Istana Seri Menanti merupakan sebuah istana unik yang diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan paku untuk menghubungkan kayu-kayu tersebut.

Istana yang mempunyai 4 tingkat ini telah siap dibina pada tahun 1902 dan cara pembinaan istana hanyalah menggunakan teknik pasak sebagai pengganti paku.

Kini ia menjadi salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang bersejarah dan menarik untuk pelancong lawati.

Senibina tradisional yang unik serta memberi nilai klasik kepada istana ini pasti membuatkan sesiapa yang datang berasa terpegun sekaligus dapat menambah pengalaman mereka.

AlamatMuzium Diraja Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00am – 5.00pm)
Harga TiketKemasukan adalah secara percuma

18. Masjid Negeri

Masjid Negeri Sembilan merupakan salah satu masjid terawal yang dibina di negeri ini. Ia telah mula dibina pada tahun 1967 di atas tanah yang berkeluasan 2 hektar.

Destinasi menarik di Negeri Sembilan ini mempunyai senireka yang unik iaitu ia mempunyai sembilan tiang, sembilan ruang dan sembilan anjung yang membawa maksud kepada 9 daerah di Negeri Sembilan.

Berbeza sekali dengan senibina masjid-masjid di negeri lain kerana ia menggabungkan senibina moden dan senibina Minangkabau yang terkenal di negeri ini.

AlamatJalan Dato Hamzah, Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu OperasiSetiap hari (5.00 pagi-10.00 malam)
Harga TiketDerma ikhlas masuk tabung masjid

19. Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan merupakan masjid yang baru siap dibina pada tahun 2015 dan ia mula beroperasi pada 20 September 2019.

Penduduk di sini menggelarkan Masjid Sedayan ini sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah kerana senibinanya kelihatan seakan sama seperti masjid-masjid tersebut.

Masjid yang menarik di Negeri Sembilan ini mampu memuatkan sehingga 5000 jemaah dalam satu masa dan masjid besar ini dibina di atas tanah seluas sekitar 4.5 hektar.

Masjid Sendayan merupakan masjid yang tercantik ada di Malaysia dan untuk pengetahuan awam kos untuk membina masjid ini adalah sebanyak RM100 juta.

AlamatMasjid Sri Sendayan, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Waktu OperasiSetiap hari (5.00 pagi-10.00 malam)
Harga TiketDerma ikhlas masuk tabung masjid

20. Kelip Kelip Sungai Timun

Habitat kelip-kelip yang ada di Sungai Timun di Rembau antara lokasi menarik di Negeri Sembilan yang perlu anda kunjungi.

Kelip-kelip Sugai Timun dikatakan antara tempat untuk melihat kelip-kelip terbesar di Malaysia yang ada setakat ini.

Bukan setakat dapat melihat kelip-kelip, malah anda juga boleh mencuba nasib dengan memancing udang galah di sungai ini dengan diterangi oleh kelip-kelip malam.

Jika sudah puas melihat ciptaan indah Yang Maha Esa itu, anda boleh berkunjung ke beberapa buah gerai makan sekitar sungai untuk menikmati hidangan makan malam.

AlamatPangkalan Nelayan Kg Sg Timun, Kampung Sungai Timun, 71150 Linggi, Negeri Sembilan
Waktu OperasiAktiviti bebas & bergantung kepada temujanji dengan pengusaha bot
Harga TiketPakej lihat kelip-kelip sekitar RM20 seorang untuk bot 8 orang

21. Lorong Seni

Selain destinasi pelancongan yang terkenal di Port Dickson, pengunjung kini boleh menikmati satu lagi tarikan terbaru di Negeri Sembilan iaitu Lorong Seni Seremban.

Destinasi menarik di Negeri Sembilan ini berkonsepkan ‘Returning The Street To The Public’ dan Lorong Seni Seremban ini adalah sepanjang kira-kira 250 meter.

Lorong ini dihiasi lebih dari 30 lukisan mural yang menarik dan kreatif yang pasti akan mengujakan setiap orang yang melihatnya.

Lorong yang dahulunya sunyi sepi kini menjadi tarikan ramai dengan contengan mural yang melambangkan budaya kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Alamat Lorong Seni Seremban, 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu OperasiSetiap Hari (10.00 am – 9.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM15.00

22. Rumah Terbalik Port Dickson

Selain dari Galeri Seni 3D, terdapat juga lokasi menarik di Negeri Sembilan yang merupakan tempat sesuai untuk anda beraksi bagi mendapatkan pelbagai jenis gambar.

Rumah terbalik ini mempunyai banggunan 2 tingkat dimana setiap aras banggunan ini memliki daya tarikannya yang tersendiri.

Rumah Terbalik Port Dickson ini dahulunya adalah sebuah rumah yang kini sudah diubah suai menjadi tempat tarikan pelancong.

Tetapi destinasi ini akan mengalami kesesakan untuk masuk apabila tiba cuti persekolahan, cuti umum dan cuti hujung minggu kerana ramai yang berkunjung ke sini.

Jadi jika anda ke sini pada waktu cuti, anda harus bersabar sedikit untuk menunggu giliran kemasukan ke tempat yang menjadi tarikan pelancong ini.

AlamatNo 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang batu 9 , Port Dickson Negeri Sembilan
Waktu OperasiSetiap Hari (10.00 am – 8.00 pm)
Harga TiketDewasa (13 tahun dan keatas): RM20.00
Kanak-kanak (12 tahun dan kebawah): RM15.00

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *