Tempat Menarik di Pahang Terbaru 2022

  • 6 min read
  • Apr 06, 2022
menarik di pahang

Pahang adalah negeri terbesar dalam Semenanjung Malaysia dan banyak tempat menarik di Pahang yang boleh diterokai oleh pelancong asing dari negara luar atau dari negara Malaysia sendiri.

Terdapat 11 daerah di Pahang di mana setiap daerah mempunyai keunikannya tersendiri untuk menarik minat pelancong datang berkunjung ke tempat mereka.

Negeri Pahang mempunyai kawasan seluas 35,965 kilometer persegi yang mempunyai 11 daerah iaitu Pekan, Kuantan, Bera, Jerantut, Temerloh, Rompin, Maran, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands.

Jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini kira-kira 1,572,700 juta orang dengan kepadatan penduduk seramai 43 orang bagi setiap km2.

Sebagai negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi, Pahang memiliki daya tarikan yang tersendiri sekaligus merancakkan industri pelancongannya.

Berikut adalah beberapa tempat menarik di Pahang yang wajib anda pergi jika datang berkunjung ke negeri Pahang.

Senarai Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Pahang

1. Cameron Highlands

Tempat menarik di Pahang yang pertama adalah Cameron Highlands. Cameron Highlands adalah antara tempat yang paling popular di Pahang.

Cuacanya yang sejuk dan nyaman membuatkan pelancong tidak kira dari luar negeri/negara datang untuk menikmati keindahan dan pemandagan di tempat tersebut.

Beberapa tempat menarik yang ada di Cameron Highlands adalah seperti Taman Teh BOH, Mossy Forest, Gunung Jasar, Cameron Flora Park, Taman Lavender, Kea Farm Market, The Ship Sanctuary, Ladang Strawberi, Cactus Valley, Jim Thompson Tea Room, Cameron Highlands Resort, The Lakehouse, Pasar Malam Golden Hill, Taman Rama-rama dan The Time Tunnel Museum.

2. Genting Highlands

Tempat menarik di Pahang yang kedua adalah Genting Highlands. Genting Highlands adalah salah satu tempat yang paling popular untuk pelancong dari dalam atau luar negara.

Genting Hinghlands adalah salah satu tempat peranginan yang paling ramai dikunjungi selain Cameron Highlands.

Setelah beberapa tahun berada dalam pembinaan, kini Genting Hinglands menaik taraf banyak benda baharu contohnya seperti Taman Teman Skyworld.

Reka cipta yang unik menarik minat ramai pelancong ke situ oleh kerana kepelbagain jenis permainan yang diwujudkan.

Antara tempat yang boleh dikunjungi ketika berada di Genting Highlands adalah Genting Highlands Premium Outlets.

Kepada sesiapa yang suka dengan barangan “branded” boleh membeli belah di sini kerana terdapat pelbagai outlet berjenama contohnya seperti Michael Kors, Coach, Hugo Boss, Kate Spade dan banyak lagi dengan potongan harga sebanyak 70%.

3. Taman Negara

Tempat menarik di Pahang yang seterusnya adalah Taman Negara Pahang. Taman Negara Pahang adalah taman negara yang terbesar di Malaysia selain taman negara di Kelantan dan terengganu.

Bagi sesiapa yang suka dengan aktiviti “adventure”, mereka boleh pergi ke sini kerana terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti ekstrem yang berkaitan dengan hutan dan alam semulajadi.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah titian kanopi, eksplorasi hutan, kembara gua, memancing, berkhemah, mendaki gunung tahan dan bermalam di bumbun.

Kaum lelaki pasti sangat suka dengan aktiviti lasak yang terdapat dalam taman negara Pahang ini seperti mendaki gunung, berkhemah, memancing dan banyak lagi.

Aktiviti seperti ini perlu menggunakan tenaga mental dan fizikal yang kuat. Mereka boleh kekal cergas dan bertenaga semasa pergi travel dengan membawa alatan bersenama sendiri.

Kepada mereka yang gemar dengan aktiviti-aktivi lasak di sini, mereka boleh mengajak kawan-kawan atau pergi bersama keluarga.

4. Air Terjun Pelangi

Tempat menarik di Pahang yang seterusnya adalah Air Terjun Pelangi yang berlokasi di Sungai Lembing Kuantan.

Biasanya kita dapat melihat pelangi selepas hujan tetapi berbeza pula dengan pelangi di air terjun ini kerana ianya dihaslkan oleh percikan dari air terjun tersebut.

Pelangi ini akan muncul bermula waktu pagi sehingga tengahari di mana sesiapa yang nak menikmati keindahan alam ini, mereka perlu bergerak dengan lebih awal untuk sampai ke destinasi.

Bagi sesiapa yang hendak ke air terjun pelangi ini, mereka perlu menyiapkan diri dengan mental dan fizikal yang kuat kerana untuk sampai ke sini mereka perlu melalui jalan-jalan yang agak mencabar.

Pengunjung perlu menaiki 4×4 dan seterusnya meredah beberapa buah sungai sebelum sampai ke destinasi dengan jarak 18 kilometer dari pintu masuk.

5. Pulau Tioman

Tempat menarik di Pahang yang seterusnya adalah Pulau Tioman yang berlokasi di Rompin. Pulau ini menjadi tarikan pelancong kerana kebiruan lautnya yang jernih serta bersih dari segala sampah.

Pulau Tioman mempunyai iklim yang panas dan lembab dimana cerah pada waktu tengahari, hangat pada waktu petang dan sejuk pada waktu malam. Pulau Tioman juga adalah salah satu zon bebas cukai dan telah diwartakan pada tahun 2002.

Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di pulau tioman contohnya seperti penerokaan hutan, mengunjungi air terjun Asah, mendaki Gunung Kajang dan boleh melihat hidpuan liar seperti pelanduk, kongkang, musang binturung, beruk ekor panjang, tupai gergasi, landal, reptilia dan amfibia.

Kepada mereka yang suka akan laut boleh melakukan aktiviti selaman skuba dan snorkel untuk melihat keindahan taman marin di dalam laut.

6. Mini Zoo Taman Teruntum

Tempat menarik di Pahang yang terbaru adalah Mini Zoo Taman Teruntum di mana ia terletak di Kuantan. Tempat ini adalah salah satu tempat yang paling ramai dikunjungi warga Kuantan terutamanya untuk pengunjung yang berkeluarga.

Zoo ini telah ditransformasikan menjadi zoo hidbrid pertama di Malaysia dan ianya telah dibuka semula pada tahun 2021 setelah berbulan ditutup sementara untuk pembinaan.

Konsep hidbrid adalah gabungan dari haiwan hidup dan juga haiwan animatronik khususnya dinasour yang akan menarik minat pengunjung terutamanya bagi kanak-kanak.

Tarikan terbaru yang ada di sini adalah rumah Hobbit. Rumah Hobbit dinamakan sempena satu movie inggeris yang bertajuk “The Hobbit”. Hobbit digambarkan bertubuh pendek dan tingginya hanya separuh dari tubuh manusia biasa.

Hobbit ini tinggal di perbukitan dengan membuat rumah di dalam pohon dengan lorong-lorong yang indah dan tertata rapi, mereka memiliki perabot sama seperti manusia.

Jika kalian ingin merasai suasana berada di dalam rumah Hobbit, boleh lah berkunjung ke Mini Zoo Taman Teruntum di Kuantan.

7. Pantai Teluk Cempedak Kuantan

Tempat menarik di Pahang yang lain adalah Pantai Teluk Cempedak. Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC sering menjadi tumpuan pengunjung dari luar daerah atau negeri.

Apa yang menarik di Teluk Cempedak ini adalah jambatan yang direka khas untuk menyusuri persisiran pantai sambil menikmati keindahan pantai.

Pantai Teluk Cempedak adalah salah satu pantai tercantik di Malaysia dengan longgokan batu semulajadi dan air yang bersih dan jernih.

Selain dapat menikmati keindahan pantai, pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan tetapi pengunjung harus sedikit berhati-hati ketika menaiki jambatan kerana sepanjang laluan untuk ke penamat akan disajikan dengan gelagat atau telatah haiwan yang suka mencuri makanan atau minuman pengunjung.

Salah satu tarikan menarik yang terdapat di Pantai Teluk Cempedak ini adalah Starbucks. Starbucks di sini adalah salah satu Starbucks paling unik reka ciptanya di negara Malaysia kerana direka dengan dua tingkat banggunan.

Pengunjung berpeluang untuk minum di Starbucks sambil melihat pemandangan pantai dan gelagat orang ramai.

8. Santuari Gajah Kuala Gandah

Tempat menarik di Pahang yang sering menjadi tumpuan pelancong asing adalah Sanctuari Gajah Kuala Gandah.

Tempat ini terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur kerana ia hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja untuk sampai ke destinasi. Banyak aktivit-aktiviti menarik yang dapat dilakukan di sini bersama anak-anak.

Antara aktiviti yang ada adalah pertunjukan gajah termasuk dengan penerangan tentang gajah dan juga aktiviti membri makanan kepada gajah.

Pertunjukkan gajah ini akan berlangsung pada jam 2 petang. Di sini juga terdapat aktivit mandi bersama gajah di sungai sampai dikawal oleh penjaga-penjaga gajah.

Di sini tidak boleh menunggang gajah kerana di pusat ini adalah pusat menjaga dan melindungi gajah dan bukannya untuk “mendera gajah”.

9. Temerloh

Tempat yang wajib anda pergi apabila sampai ke Pahang ini adalah Temerloh. Kalau sebut tentang Pahang, semestinya banyak yang berfikir tentang ikan patin tempoyak.

Kalau nak rasa ikan patin masak tempoyak yang pior boleh la datang ke Temerloh. Kedai famous yang biasa dikunjungi adalah Kancil Raja Patin di Bukit Desa Semantan, Temerloh.

Kalau anda nak feel makan kat kampung, boleh lah singgah ke Restoren Saiful Patin Gulai Masam. Tempat ini juga menarik ramai pelanggan kerana pelanggan akan makan sambil menghadap sungai Temerloh.

Restoren ini akan sentiasa dipenuhi orang awam terutamanya pada hujung minggu. Restoren ini terletak di Dataran Patin Tg Keramat, Kampung Bangau.

Anda jugak berpeluang untuk makan di Go’Bang Patin Tempoyak. Restoren ini mewujudkan konsep di mana pelanggan yang datang boleh memilih sendiri makanan yang telah disediakan mengikut harga yang telah di”tag”.

Kelebihan di sini adalah anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan kerana semuanya telah tersedia. Restoren ini mempunyai beberapa cawangan di Temerloh.

10. Japanese Village

Perkampungan Jepun atau lebih mesra dipanggil Japanese Village terletak di Bukit Tinggi. Perkampungan Jepun ini merupakan satu-satunya yang ada di Malaysia, jadi sangat rugi kalau anda pergi ke Pahang tapi tidak berkunjung ke sini.

Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Japanese Village ini tetapi hanya dikenakan bayaran bagi yang ingin mencuba pakaian tradisional Jepun iaitu Kimono.

Jika anda datang melancong ke sini, anda boleh berkunjung ke Japanese Tea House, Tatami Spa,Botanical Garden, Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant.

Japanese Village terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur tetapi jalan untuk sampai ke sini agak mencabar, jadi bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke sini harus berhati-hati semasa memandu.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *