
Perlis merupakan negeri terkecil yang ada di Malaysia dengan keluasan sebesar 821 kilometer persegi. Pada tahun 2020, penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang.
Walaupun negeri Perlis tidaklah popular seperti negeri lain, namun banyak tempat menarik di Perlis dengan keindahan semulajadi yang anda boleh kunjungi.
Perlis terkenal dengan batu kapur dan juga kesegaran makanan laut yang segar. Di samping itu, ia juga terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap dan boleh didapati dengan harga yang murah.
Senarai Aktiviti-Aktiviti Dan Tempat Menarik Di Perlis Indera Kayangan
1. Masjid Terapung Al-Hussain
Masjid Al-Hussain merupakan tarikan baru di negeri Perlis kerana ia telah dibuka pada Ogos 2011. Destinasi ini harus diletakkan dalam list tempat menarik di Perlis jika anda berkunjung ke sini.
Apa yang menarik di sini adalah dari segi penampilan dan senibina Islam yang bercirikan moden resort tropika.
Masjid Terapung Al-Hussain ini mampu memuatkan seramai 1500 jemaah dalam satu masa. Ia dibina dengan keluasan tapak 1.21 hektar tanah.
Yang lebih menarik di sini apabila tiba waktu senja anda berpeluang untuk menyakisakan matahari terbenam di sini.
Alamat | Masjid Terapung Al Hussin, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis |
Waktu Operasi | Subuh – Isyak |
Harga Tiket | Percuma (derma ikhlas ke dalam tabung masjid) |
2. Padang Besar
Padang Besar merupakan satu tempat menarik di Perlis yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan serta dari luar negeri atau negara.
Pelbagai tarikan menarik yang boleh dilawati di sini seperti membeli belah dan mengunjungi kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan
Tempat yang paling ramai dikunjungi di Padang Besar ini adalah Arked Niaga. Destinasi ini hanya memakan masa selama 30-40 minit dari bandar Kangar.
Arked Niaga merupakan tempat membeli belah yang biasa dikunjungi oleh pelancong-pelancong untuk membeli buah tangan atau ole-ole untuk dibawa balik.
Antara yang dijual disini adalah seperti pakaian, kraftangan, periuk belanga, pelbagai bunga ang diimport Thailand, buah-buahan dan banyak lagi.
Di luar Arked Niaga ini juga terdapat pelbagai gerai-gerai yang menjual makanan seperti tomyam kelapa, cendol, somtam dan banyak lagi.
Alamat | Arked Niaga Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis |
Waktu Operasi | Setiap Hari (8.00 am – 10.30 pm) |
Harga Tiket | Percuma (pusat membeli belah) |
3. Gua Kelam
Gua Kelam adalah sebuah gua batu kapur yang terletak di pinggir pekan Kaki Bukit dan merupakan satu tempat menarik di Perlis yang selalu dikunjungi.
Terdapat sebuah terowong sepanjang 370 meter di dalam gua ini dan ia merupakan sebuah terowong semula jadi di sini.
Apa yang menarik di sini adalah jambatan gantung yang akan membawa anda untuk menikmati pemandangan di dalam gua tersebut.
Air yang mengalir di bawah jambatan ini akan menuju ke Sungai Perlis. Air dari stalaktit akan menemani anda sepanjang mengikuti laluan ini.
Alamat | Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm) Sabtu, Ahad & Cuti Umum (8.00 am – 6.00 pm) |
Harga Tiket | Dewasa: RM1.00 Kanak-kanak (4-12 tahun): RM 0.50 |
4. Muzium Kota Kayang
Tempat menarik di Perlis yang mesti dikunjungi adalah Muzium Kota Kayang. Muzium ini terletak kira-kira 7km dari bandar Kangar.
Muzium Kota Kayangan menempatkan pelbagai koleksi artifak dan berangan bersejarah tentang Perlis Indera Kayangan.
5 buah galeri utama di sini mempamerkan koleksi pakaian Diraja lama, pakaian golongan bangsawan, peralatan senjata peperangan, kebudayaan dan sebagainya.
Pengunjung juga boleh melawat laman muzium dimana terdapat tapak Kota Indera Kayangan, istana dan dewan istiadat silam.
Alamat | Kota Kayang Museum, 02000 Kuala Perlis, Perlis |
Waktu Operasi | Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm) |
Harga Tiket | Masuk adalah percuma |
5. Jambatan Tuanku Syed Putra
Jambatan Tuanku Syed Putra ini merupakan tarikan baru untuk para pengunjung. Jambatan ini kelihatan lebih menarik perhatian semua orang kerana ia dicat dengan menggunakan warna pelangi.
Sekumpulan anak muda dari Perlis Climbers menggunakan bakat dan kemahiran mereka untuk mengecat sepenuhnya jambatan di Kampung Seberang Perai, Perlis ini.
Aktivit mengecat ini hanya memakan masa selama 12 hari sahaja untuk disiapkan. Mereka mulakan aktiviti mengecat ini bermula 17 Januari tahun lalu.
Selain dapat melihat pemandangan di sekitar kampung, anda juga berpeluang untuk “berootd” di sini dengan menggunakan latar belakang jambatan pelangi ini.
6. Taman Ular & Reptilia
Jika anda adalah seorang yang sukakan binatang eksotik seperti ular, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.
Terdapat 150 ekor ular dengan 34 spesies berbeza yang ditempatkan di sini. Tiket masuk ke sini juga sangat murah dan berbaloi untuk anda lawati bersama-sama keluarga.
Ular yang dipelihara semua adalah jinak-jinak belaka, jadi tidak perlu bimbang jika anda ingin membelai atau mendekati haiwan tersebut.
Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman dibelit ular jinak seluruh badan seperti ular sawa dan ular albino dengan pengawasan penjaga di situ.
Bukan sahaja ular yang ada di sini tetapi haiwan seperti arnab, kura-kura, kala jengking dan pelbagai lagi haiwan yang ditempatkan dalam taman ini.
Alamat | Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perlis, Unit Taman Ular & Reptilia, Sungai Batu Pahat, 01000, Kangar, Perlis |
Waktu Operasi | Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm) |
Harga Tiket | Dewasa: RM 6.00 Kanak-kanak ( 5-12 tahun): RM 3.00 Kanak-kanak ( bawah 4 tahun): Percuma Kamera: RM 1.00 Kamera Video: RM 2.00 |
7. Taman Eko Rimba Bukit Ayer
Tempat menarik di Perlis yang menjadi tarikan ramai adalah di Taman Eko Rimba Bukit Ayer yang terletak di Kangar.
Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang dengan keluasan 3.72 hektar. Tempat ini juga dikatakan berusia 487 juta tahun yang tinggi nilainya kerana sukar ditemui di Malaysia.
Destinasi menarik di Perlis ini sesuai untuk aktiviti riadah dan bermandi manda bersama ahli keluarga. Air sungai yang dingin dan jernih disini yang membuatkan ia lebih menarik dan menjadi tarikan pelancong atau warga setempat.
Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini seperti chalet, tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak dan tempat meletak kereta.
Alamat | Taman Rekreasi Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, Perlis |
Waktu Operasi | Setiap Hari (24 jam) |
Harga Tiket | Kemasukan adalah percuma |
8. Galeri Diraja Arau Perlis
Lokasinya hanya terletak kira-kira 20 minit sahaja dari bandar Kangar dan galeri ini berada bersebelahan dengan Istana Raja Perlis.
Banggunan ini merupakan kediaman rasmi Raja-raja Perlis pada suatu masa ketika dahulu. Ianya dibina pada tahun 1905 semasa pemerintahan Tuanku Raja Syed Alwi Jamalullai.
Terdapat pelbagai koleksi Diraja yang dipamerkan di sini seperti alat kebesaran Diraja, bunga emas, pedang, basikal antik dan banyak lagi.
Anda juga berpeluang untuk menyaksikan bagaimana keluraga Diraja ini menjalani kehidupan seharian mereka di tempat menarik di Perlis ini.
Alamat | Galeri Diraja Arau Perlis, 02600 Arau, Perlis |
Waktu Operasi | Setiap Hari (8.00 am – 9.00 pm) |
Harga Tiket | Kemasukan adalah percuma |
9. Taman Herba
Taman Herba ini terletak bersebelahan dengan Taman Eko Rimba Bukit Ayer dan Taman Ular & Reptilia. Taman ini telah dibuka pada orang ramai pada tahun 1998 dengan keluasan sebesar 12 hektar.
Taman herba ini berperanan sebagai “muzium etnobotani” dan bank genetik untuk sekitar 1200 jenis tumbuhan herba.
Destinasi menarik di Perlis ini memperkenalkan tumbuhan tempatan yang mempunyai nilai perubatan kepada masyarakat setempat.
Terdapat tumbuhan liar yang sedia ada di sini (in-situ), tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuhan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan dalam negara ini.
Pelbagai tumbuhan ubatan yang ada di sini seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Mengkudu dan banyak lagi.
Untuk para ibu-ibu memang sukakan tanaman seperti ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat menarik di Perlis ini bersama orang tersayang.
Alamat | Taman Herba Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, 01000, Kangar, Perlis |
Waktu Operasi | Selasa – Khamis (8.00 am – 5.00 pm) Jumaat (8.00 am – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.00 pm) Tutup pada hari Isnin |
Harga Tiket | Dewasa: RM1.00 Kanak-Kanak: RM 0.50 |
10. Gua Wang Burma
Gua Wang Burma merupakan salah satu tempat menarik di Perlis yang popular dalam kalangan individu yang sukakan dengan aktiviti lasak.
Destinasi ini terletak di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian iaitu kira-kira 42 kilometer sahaja dari bandar Kangar.
Gua Wang Burma ini terbahagi kepada dua iaitu Wang Burma Satu dan Wang Burma Dua di mana kedua-duanya mempunyai tahap kecabaran yang berbeza.
Gua Wang Burma Satu adalah gua kering yang tidak begitu mencabar dengan latar belakang yang indah manakala Gua Wang Burma Dua merupakan gua basah yang mempunyai lorong sempit dan terowong berlumpur.
Apa yang mengujakan untuk destinasi menarik di Perlis ini mengadungi batu kapur stalagtit dan stalagmit yang berusia sekitar 500 juta tahun.
Alamat | Taman Negeri Perlis, Kaki Bukit, Perlis, Malaysia |
Waktu Operasi | Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm) |
Harga Tiket | Bergantung kepada harga lawatan berpandu |
11. Masjid Alwi
Masjid Alwi merupakan tempat menarik di Perlis yang tertua dan telah dibina pada tahun 1933 dengan sumbangan penduduk tempatan.
Kos untuk membina masjid tertua di sini adalah dalam anggaran sebanyak RM 64,484. Konsep untuk Masjid Alwi ini adalah Mughal Klasik terutamanya pada kubahnya.
Masjid ini dibina selama 3 tahun bermula tahun 1930 dan apa yang menariknya adalah ia dibina dengan menggunakan putih telur dan pasir sahaja kerana pada masa itu simen masih belum ada.
Nama Masjid Alwi ini diambil bersempena dengan nama Raja Negeri Perlis iaitu Almarhum Tuanku Syed Alwi Jamalullai.
Alamat | Pesiaran Jubli Emas, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis |
Waktu Operasi | Subuh – Isyak |
Harga Tiket | Percuma (Derma ikhlas ke dalam tabung masjid) |
12. Canopy Walk SPF Ayer Keroh
Sekiranya percutian anda ke negeri Perlis dan anda inginkan suasana dan pengalaman seperti di Taman Negara, datang lah ke Canopy Walk SPF Ayer Keroh kerana ia merupakan tempat menarik di Perlis.
Canopy Walk SPF Ayer Keroh ini mempunyai kepanjangan 100 meter dengan ketinggian dari tanah boleh mencapai sehingga 17 meter.
Apabila berjalan di Canopy Walk ini, anda berpeluang untuk melihat sebatang pokok jati besar yang dikatakan paling tua di Semenanjung Malaysia.
Alamat | Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (SPF) Mata Ayer, Perlis |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat (9.00 am – 4.00 pm) |
Harga Tiket | Dewasa: RM5.00 Kanak-Kanak: RM3.00 |
13. Ladang Nipah Kipli
Destinasi wajib yang harus dikunjungi adalah di Ladang Nipah Kipli kerana ia anda akan merasai pengalaman berbeza apabila menikmati makanan di bawah pokok nipah.
Pelbagai jenis makanan yang ada dijual di sini seperti abc, cendol, laksa, mee sup dan kuih-muih. Destinasi ini tidak dibuka sehingga lewat malam jadi anda harus cepat ke sini jka ingin merasai makanan yang sedap dan murah di Ladang Nipah Kipli ini.
Sambil anda bersantai dan dikelilingi pokok-pokok nipah ini, boleh lah anda merasa air nipah yang ori di sini sambil menikmati pemandangan indah sekitar ladang.
Alamat | 02700 Kuala Sanglang, Perlis |
Waktu Operasi | Sabtu – Khamis (12.30 pm – 7.30 pm) Jumaat (2.30 pm – 7.30 pm) Tutup pada setiap hari Isnin |
Harga Tiket | Destinasi makan |
14. Tasik Rekreasi Tasik Melati
Taman rekreasi ini merupakan lokasi yang patut dilawati kerana anda boleh meluaskan pemandangan anda di sini dengan melihat keindahan alam semula jadi serta burung-burung yang berkicau.
Tasik Melati adalah sebuah tasik kecil yang memiliki lebih 150 buah pulau beting pasir dan merupakan salah satu tempat menarik di Perlis.
Jika anda datang bersama anak-anak, boleh la bawa mereka ke taman permainan kanak-kanak yang telah disediakan di sini.
Dan yang paling menarik di sini adalah jangan lepaskan peluang anda untuk melihat matahari terbenam di sini.
Alamat | Taman Rekreasi Tasik Melati, Taman Melati, 02400 Kangar, Perlis |
Waktu Operasi | Destinasi rekreasi awam (24 jam) |
Harga Tiket | Destinasi rekreasi awam (Percuma) |
15. Ladang Burung Unta
Jika anda ingin ke Padang Besar atau baru pulang dari Padang Besar, boleh lah singgah sebentar di Ladang Burung Unta yang terletak beberapa sahaja dari pusat beli belah tersebut.
Destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik di Perlis yang ada dalam daerah Padang Besar. Walaupun ia tidaklah sebesar zoo, namun ia cukup memadai untuk anak-anak merasai pengalaman bertemu burung unta secara depan.
Terdapat 5 ekor sahaja burung unta dengan beberapa ekor ayam api-api yang ada di sini. Anak-anak juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan eksotik ini.
Bayaran masuk ke sini adalah secara percuma dan ianya sangat mudah diakses dengan kereta. Jangan lepaskan peluang juga unuk mengambil gambar sebagai memori di sini.
Alamat | 02100 Padang Besar, Perlis |
Waktu Operasi | Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm) |
Harga Tiket | Kemasukan secara percuma |
16. Bukit Lagi / Gua Cenderawasih / Gua Sami
Bukit Lagi merupakan salah satu bukit batu kapur yang terhasil dari formasi batuan batu kapur Chuping. Bukit Lagi juga identiti bagi bandar kecil Kangar, Perlis ini.
Bukit Lagi turut dikenali sebagai Gua Cenderawasih atau Gua Sami oleh penduduk setempat oleh kerana dahulu bukit ini merupakan habitat bagi burung cenderawasih.
Bukit ini juga dahulunya adalah gua-gua dimana menjadi tempat tinggal golongan bagi sami Buddha untuk mereka beribadat.
Ia merupakan tempat hiking untuk sesiapa yang gemar dengan aktiviti ini. Disebkan oleh tangga di situ agak curam, maka tidak dinasihatkan untuk membawa anak-anak kecil ke sini.
Apabila sampai ke puncak, anda berpeluang untuk menyaksikan keindahan bandar Perlis dan sekitarnya. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar dan ber’selfie’ sebagai memori di sini.
Alamat | Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis |
Waktu Operasi | Destinasi rekreasi awam (Tiada masa dikhususkan) |
Harga Tiket | Destinasi rekreasi awam (Percuma) |
17. Bukit Chabang
Bukit Chabang merupakan tempat menarik di Perlis bahkan ia juga boleh dikatakan sebagai ikon untuk negeri ini.
Bukit yang terbelah dua ini boleh diibaratkan seperti lukisan seperti kita lukis pada waktu kecil dahulu. Bukit ini terkenal dengan aktiviti pendakian oleh pengunjung dari negeri ini ataupun dari luar.
Bukit Chabang ini juga dikenali sebagai Lembah Lauterbrunnen Malaysia dengan pemandangan seakan-akan kita berada di Switzerland.
Walaupun ia tidaklah sehebat Lembah Lauterbrunnen di Switzerland, namun ia juga merupakan lokasi menarik di Perlis yang boleh dikunjungi bersama-sama orang tersayang.
Alamat | Bukit Chabang, Kangar, Perlis |
Waktu Operasi | Waktu terbaik adalah mendaki dengan cuaca yang baik dan elakkan dari mendaki pada waktu hujan. |
Harga Tiket | Tiada caj dikenakan |
18. Ladang Tebu Chuping
Ladang Tebu Chuping merupakan satu lagi tempat menarik di Perlis yang mesti dikunjungi jika bercuti ke sini.
Ladang Tebu Chuping di perlis ini adalah ladang tebu yang terbesar di Malaysia. Oleh sebab itulah penduduk di Perlis ini tidak pernah kekurangan gula.
Anda juga berpeluang untuk menyaksikan pemprosesan gula di ladang ini. Di samping itu, keindahan pemandangan di ladang ini juga menjadi tarikan pelancong sekiranya datang ke sini.
Alamat | KM 23, Jalan Kilang Gula Chuping, 02400, Beseri, Perlis, 02400 |
Waktu Operasi | Setiap hari kecuali Jumaat (11.00 am – 6.30 pm) |
Harga Tiket | Tiada caj dikenakan |
19. Wang Gunung
Wang Gunung terletak di sempadan Malaysia – Thailand dan merupakan tempat yang terkenal di kalangan Rock Climbers untuk aktiviti mendaki.
Gunung ini mempunyai ketinggian 499.1 meter dan bagi sesiapa yang ingin mendaki di sini haruslah bersedia kerana keadaan trek di sini agak curam dan berbatu berbanding di tempat lain.
Masa yang dianggarkan untuk menakluki gunung menarik di Perlis ini adalah lebih kurang 2-3 jam.
Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan lengkap sebelum memulakan aktiviti mencabar ini. Kasut yang digunakan juga haruslah kasut yang sesuai untuk hiking dan bukan jenis kasut tapak licin.
Sebelum memulakan aktiviti mendaki di gunung ini anda haruslah mendapatkan permit dari Jabatan Perhutanan terlebih dahulu untuk mengelak didakwa atas kesalahan menceroboh.
Alamat | Wang Gunung, Sungai Batu Pahat, Perlis |
Waktu Operasi | 24 Jam |
Harga Tiket | RM5.00 (Permit mendaki) |
20. Taman Negeri Perlis
Taman Negeri Perlis merupakan salah satu tempat menarik di Perlis yang sesuai untuk aktiviti lasak berkumpulan.
Taman seluas 5,000 hektar ini terletak di Banjaran Nakawan iaitu kawasan bukit batu kapur terpanjang di Malaysia. Ia merupakan sebuah bukit yang terletak berdekatan dengan Tasik Timah Tasoh.
Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking sambil meneroka batu kapur yang ada di sini.
Sepanjang perjalanan anda akan dihidangkan dengan pemandangan menarik seperti kekayan flora dan fauna yang ada di hutan ini.
Tapi sebelum memasuki hutan untuk aktiviti lasak seperti jungle trekking, anda perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan Taman Negeri Perlis.
Destinasi menarik di Perlis ini juga sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan family day, team building dan sebagainya kerana fasiliti lengkap seperti chalet, dewan, asrama ada disediakan di sini.
Alamat | Taman Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, 01000, Kangar, Perlis |
Waktu Operasi | Setiap Hari (8.00 am – 5.00 pm) |
Harga Tiket | Harga tertakluk pada lawatan berpandu |
21. Tasik Timah Tasok
Tasik Timah Tasok merupakan sebuah tasik buatan manusia yang berkeluasan 1300 hektar dimana ia boleh menampung sebanyak 35.3 juta liter air.
Ia sebuah tempat menarik di Perlis yang kini dijadikan destinasi pelancongan yang paling banyak dikunjungi oleh sesiapa yang datang ke Perlis.
Tempat menarik di Perlis ini juga bukanlah sekadar tasik biasa, namun ia juga sering menjadi tempat untuk lokasi penggambaran muzik video dan drama.
Tasik menarik di Perlis ini dibina bagi membekalkan air kepada penduduk di Perlis dan juga sebagai pencegahan banjir. Tasik ini mendapat nama dari 2 buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh.
Bukan sahaja dapat menikmati pemandangan indah, anda juga berpeluang untuk ke dusun buah-buahan di sini seperti dusun durian, rambutan, mangga dan durian belanda.
Apa yang paling menarik di sini adalah anda boleh mendapatkan mangga harum manis yang sukar untuk didapati di negeri lain.
Alamat | Tasik Timah Tasoh, 01000 Kangar, Perlis |
Waktu Operasi | Setiap Hari (24 jam) |
Harga Tiket | Kemasukan adalah secara percuma |
22. Bukit Keteri
Bukit Keteri merupakan bukit batu kapur yang menjadi tempat menarik di Perlis. Bukit Keteri merupakan tempat Rock Climbing yang paling terkenal di Asia.
Terdapat banyak laluan yang boleh dipilih untuk sampai ke puncak, namun ia bukanlah satu bukit yang mudah untuk ditawan.
Bukit Kateri ini merupakan salah satu lauan pendakian yang paling mencabar di Asia. Ada juga pendaki luar negara yang ingin mencabar diri mereka dengan menawan bukit ini.
Jika berjaya sambai ke puncak, anda akan disajikan dengan panaroma yang indah terutama sekali sewaktu matahari terbenam.
Walau bagaimanapun, aktiviti rock climbing ini tidak sesuai untuk semua orang kerana hanya mereka yang mahir dan yang berpengalaman sahaja dicadangkan unutk melakukan aktiviti climbing di sini.
Alamat | Bukit Keteri, 02450 Kangar, Perlis |
Waktu Operasi | Tiada masa dikhususkan |
Harga Tiket | Sila berhubung dengan Perlis Climbers |