Tempat Menarik Di Sabah (TERKINI 2023)

  • 8 min read
  • Jun 27, 2022
menarik di sabah

Sabah atau gelaran terkenalnya Negeri Di Bawah Bayu ini merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Ia terdiri daripada 13 buah daerah dan 3 wilayah persekutuan.

Negeri ini mempunyai bentuk muka bumi yang menarik dengan gunung-ganang tinggi, berhutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di bahagian Timur Laut.

Di samping keindahan semulajadi yang ada di Sabah, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga dan kawan-kawan.

Tempat menarik di Sabah juga tidak kurang hebatnya kerana ia merupakan salah satu negeri yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Senarai Tempat Menarik Di Sabah

1. Gunung Kinabalu

Antara tempat menarik di Sabah adalah Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi yang ada di Malaysia.

Dengan ketinggian 13,435 kaki persegi, ia menjadi puncak ketiga tertinggi pulau yang ada di dunia.

Gunung ini sangat menjadi tumpuan untuk para kaki hiker yang ingin mencuba pengalaman berbeza.

Tapi bagi sesiapa yang ingin mendaki di sini, haruslah terlebih dahulu menyiapkan mental dan fizikal untuk sampai ke puncak teratas.

Tidak mudah untuk sampai ke puncak atas kerana ramai yang mengalami kekejangan otot, mabuk dan lain-lain oleh kerana altitudnya yang tinggi.

AlamatGunung Kinabalu, Ranau, Sabah
Waktu OperasiFeb-Apr kerana cuaca yang baik
Harga TiketDewasa: RM 53.00
Kanak-kanak: RM 31.80

2. Mari Mari Cultural Village

Ia merupakan salah satu tempat pelancongan bertaraf antarabangsa. Ramai yang datang kesini untuk melihat budaya-budaya yang ada di Sabah.

Sabah terkenal dengan pelbagai budaya dan etnik. Di sini anda akan disajikan dengan persembahan kebudayaan dan cara hidup pelbagai masyarakat di Sabah.

AlamatInanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi10:00 am – 6:00 pm
Harga TiketMari Mari Cultural Village

3. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Ia meruapakan pusat pemulihan orang utan yang paling penting dan ternama di Malaysia. Terletak di Sandakan yang agak jauh dari Kota Kinabalu.

Keluasan tempat ini dianggarkan seluas 400 hektar dan apabila anda masuk ke sini, anda akan membayangkan diri anda masuk ke hutan Borneo yang sebenar.

Aktiviti menarik yang dapat dilakukan di sini adalah memberi makan orang utan dan bergambar dengan mereka. Waktu terbaik untuk mmeberi makan adalah antara jam 10 pagi dan 3 petang.

AlamatSabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu OperasiPagi: 9.00 am – 11.00 am
Petang: 2.00 pm – 3.30 pm
Harga TiketWarganegara (Dewasa): RM 5.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 5.00
Pelancong Asing (Dewasa): RM 30.00
Pelancong Asing (Kanak-kanak): RM 30.00

4. Taman Negara Kinabalu

Taman Negara Kinabalu merupakan Taman Negara yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1964.

Pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di taman negara ini dengan anggaran sebanyak 4000 spesies kesemuanya.

Taman negara ini diurus oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah bagi memastikan taman itu terurus dan sentiasa dipelihara.

Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di sini selain dapat melihat keindahan Taman Negara Kinabalu ini.

Sebagai contoh, anda dapat melakukan aktiviti seperti berbasikal, menaiki jambatan gantung, memerhati pelbagai spesies burung dan sebagainya.

AlamatKinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari bermula 9.00 am – 4.00 pm
Harga TiketWarganegara (Dewasa): RM 3.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 1.00
Pelancong Asing (Dewasa): RM 15.00
Pelancong Asing (Kanak-kanak): RM 10.00

5. Gunung Trusmadi

Gunung Trusmadi merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysai selepas gunung Kinabalu. Ia mempunyai keluasan sebesar 8,668 meter persegi.

Gunung Trusmadi menawarkan pengalaman mendaki gunung yang sangat hebat cabarannya. Terdapat 3 laluan mendaki ke arah puncak gunung yang boleh dilalui.

Tiada caj kemasukan dikenakan tetapi bagi sesiapa yang ingin masuk secara berkumpulan, boleh lah menggunakan perkhidmatan “tour guide” untuk mendaki ke puncak ini.

6. Air Terjun Mahua

Tempat menarik di Sabah yang lain adalah Air Terjun Mahua. Ia merupakan air terjun yang mendapat perhatian penduduk setempat dan juga pelawat dari negeri lain.

Apa yang best di sini adalah air terjun unik yang bersih, sejuk dan mempunyai ciri bentuk alam semulajadi.

Untuk sesiapa yang inginkan suasana yang tenang dan melupakan sejenak tugas di tempat kerja, boleh la datang ke sini untuk release tension.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berkhemah, mandi manda, dan sebagainya. Ia juga boleh dijadikan sebagai tempat seminar, khusus, majlis pertunangan, majlis harijadi dan sebagainya.

AlamatKg. Mahua, 89650 Tambunan, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Harga TiketDewasa 18 tahun ke atas: RM 3.00
Dewasa 18 tahun ke bawah: RM 1.00
Dewasa (bukan warganegara):RM 10.00

7. Ladang Tenusu Desa

Tempat menarik di Sabah ini satu-satunya lokasi di Malaysia yang sama macam berada di New Zealand iaitu di Ladang Tenusu Desa.

Di ladang ini anda berpeluang menyaksikan sendiri proses memerah dan memproses susu. Susu segar yang baru diperah juga boleh didapati di sini.

Anda juga berpeluang untuk memberi makan lembu dan kambing yang ada di sini. Makanan seperti waffle dan ais krim segar juga ada dijual di sini.

AlamatWisma 2020, Level 3, West Wing, 18 Lorong Belia Kinabalu, 88100, Karamunsing, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM 5.00
Kanak-kanak: RM 4.00

8. Balung Lost World

Balung Lost World merupakan satu tempat yang sangat unik dimana air sungai di situ berwarna merah, tidak seperti air sungai yang kita pernah temui sebelum ini.

Bagi kaki hiker pasti suka akan tempat seperti ini tapi malangnya ia tidak dibuka kepada orang awam.

Jika anda ingin juga pergi ke sini, anda boleh menerokai tempat ini dengan Biro Pelancongan Koperasi Balung Cocos.

Ia merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk aktiviti perlancongan di Kampung Balung Cocos.

Alamat91000 Tawau, Sabah
Harga PakejRM 35.00

9. Klias River Cruise

Klias River Cruise terletak di Beaufort, Sabah dan berada di tengah-tengah hutan simpan bakau. Anda perlu mengambil masa selama 2 jam dari bandar Beufort untuk sampai ke destinasi ini.

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini terutamanya bersama anak-anak. Anda akan menaiki River Cruise yang akan menyelusuri sungai untuk melihat kekayaan flora dan fauna.

Anda juga berpeluang untuk melihat hidupan liar seperti kera, monyet proboscis, silver languor, buaya dan lain-lain.

Pada waktu malam juga anda berpeluang untuk menaiki bot dan melihat kunang-kunang di sebalik kepekatan malam.

AlamatKlias River Cruise, Kampong Kota Klias, 89800 Beaufort, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari (3.00 pm – 8.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM60.00
Kanak-kanak: RM40.00

10. Hounan Ridge Farmstay & Camping

Hounan Ridge Farmstay & Camping merupakan tempat yang popular untuk berkhemah kerana memiliki pemandangan alam semulajadi yang cantik.

Perjalanan ke destinasi ini agak mencabar pemanduan kerana ia terletak jauh dalam pedalaman kampung.

Banyak aktvit menarik yang boleh dilakukan di sini seperti camping, bbq, tidur berbumbungkan langit malam dan banyak lagi.

Apa yang membuatkan ia lebih menarik adalah kerana anda dapat melihat matahari terbit dan terbenam dengan sangat jelas.

Alamat Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Harga TiketBerbeza megikut pakej yang diambil

11. Taman Buaya Tuaran

Taman Buaya di Tuaran merupakan taman buaya terbesar yang ada di Sabah. Ia telah siap dibina pada Februari 2005.

Sebanyak 1000 buaya yang ada di sini dengan keluasan tanah seluas 7 ekar. Destinasi ini merupakan tempat tumpuan para pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

Pelbagai aktivit menarik yang boleh dicuba di sini seperti memberi makan buaya dan binatang lain seperti monyet dan arapaima.

Alamat89200 Tuaran, Sabah
Waktu OperasiIsnin – Sabtu (8.30 am – 5.30 pm)
Harga TiketTaman Buaya Tuaran

12. Pulau Mabul

Pulau Mabul merupakan pulau yang sering menjadi tumpuan para pelancong oleh keran tempatnya yang unik dan menarik seperti di Maldives.

Aktiviti utama di sini adalah snorkeling atau menyelam skuba. Pelbagai habitat laut yang jarang dijumpai ada di sini seperti kuda laut, tapak sulaiman, pipefish dan banyak lagi.

Pulau Mabul sangat sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi berbulan madu kepada pasangan yang baru sahaja berkahwin.

Pakej harga untuk menginap di Pulau Mabul ini adalah mengikut hari untuk kita menginap. Boleh ke laman web harga pakej Mabul untuk maklumat lanjut berkaitan harga.

13. Borneo Kellybays

Borneo Kellybays merupakan tempat di mana anda boleh melakukan aktiviti laut dan sungai yang menyeronokkan dalam satu tempat.

Kawasan Kellybays adalah tempat semulajadi yang sangat menarik di Sabah. Namun ia kurang terkenal dalam kalangan rakyat tempatan.

Antara sebabnya adalah kerana untuk ke Kellybays ini perlu menaiki rumah rakit terlebih dahulu dan bayarannya adalah mengikut pakej yang diambil.

AlamatKelly Bays, Jalan Kampung Laya Laya, Kampung Laya Laya, 89200 Tuaran, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari (9.30 am – 5.00 pm)
Harga TiketWarganegara (Dewasa): RM 50.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 40.00
Pelancong Asing (Dewasa): RM 50.00
Pelancong Asing (Kanak-kanak): RM 40.00

14. Pulau Bodgaya

Tempat menarik di Sabah yang sering dikunjungi oleh pelancong adalah di Pulau Bodgaya. Pulau Bodgaya merupakan pulau terbesar yang ada di Sabah.

Pulai ini mempunyai keluasan seluas 7.96km yang terletak di luar pantai timur, Sabah. Di sini anda berpeluang melihat rumah yang dibina di atas air.

Rumah yang dibina atas air ini merupakan kediaman suku kaum bajau laut atau lebih mesra dikenali sebgai Palau.

15. Bornean Sun Bear Conservation Centre

Salah satu tempat menarik di Sabah yang anda boleh kunjungi selain zoo adalah Bornean Sun Bear Conservation Centre.

Kawasan pemeliharaan dan pemuliharaan ini menempatkan lebih 40 ekor beruang matahari yang kian pupus pada masa ini.

Selepas mencapai usis matang, semua beruang ini akan ditempatkan ke kawasan habitat semulajadi untuk menjalani hidup berdikari.

AlamatBSBCC, PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 3.30 pm)
Harga TiketWarganegara (Dewasa): RM 5.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 2.00
Pelancong Asing (Dewasa): RM 30.00
Pelancong Asing (Kanak-kanak): RM 15.00

16. Spa Ikan Sungai Moroli

Satu lagi tempat menarik di Sabah adalah spa ikan di Sungai Moroli yang terletak di Ranau. Anda boleh datang ke sini untuk rasa diurut oleh ikan-ikan di sini.

Pelbagai saiz ikan yang ditempatkan dari kecil sehingga lah saiz yang besar, namun jangan risau sebab ikan-ikan di sini tidak akan mencederakan pengunjung.

Pengunjung juga boleh membeli makanan ikan untuk diberi makan kepada ikan. Setelah memberi makan, pasti ikan akan datang kepada anda secara banyak sekali.

Setelah habis memberi ikan makan, pengunjung digalakkan untuk membuang plastik sampah makanan ikan tersebut untuk mengelakkan pencemaran sampah di serata tempat.

AlamatRanau Tagal Sg. Moroni, Kampung Luanti Baru, 89300 Ranau, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari Kecuali Sabtu (8.30 am – 5.00 pm)
Harga TiketDewasa & Pakej Rendam Kaki: RM 5.00 (30 minit)
Kanak-Kanak & Pakej Rendam: Kaki RM 2.00 (30 minit)
Pakej Mandi bersama Ikan: RM 10.00

17. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Kalau anda mencari tempat menarik di Sabah yang jarang dijumpai di Semenanjung Sarawak, boleh lah datang ke sini untuk melihat haiwan yang sukar ditemui ini.

Destinasi ini menempatkan spesies monyet yang jarang kita tengok di negara ini iaitu monyet belanda atau nama saintifiknya Proboscis Monkey.

Pengunjung-pengunjung berpeluang untuk melihat lebih jelas monyet belanda ini apabila staf-staf di situ memberi makan monyet tersebut.

Jika bernasib baik, anda juga berpeluang untuk melihat haiwan eksotik lain yang ada di sini seperti orang utan.

AlamatMile 19, Jalan Labuk (Junction SPS 3), Sandakan, Sabah
Waktu OperasiTerdapat 2 platform yang berlainan waktu untuk memberi monyet belanda makan

Platform A: 9.30 am & 2.30 pm ( setiap hari)
Platform B: 11.30 am & 4.30 pm ( setiap hari)
Harga TiketWarganegara (Dewasa): RM 15.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 5.00
Pelancong Asing (Dewasa): RM 60.00
Pelancong Asing (Kanak-kanak): RM 30.00

18. Pulau Layang-Layang

Pulau layang-layang merupakan pulau menarik di Sabah selain dari Pulau Mabul, namun pulau ini terletak agak jauh dari pesisir Sabah.

Walaupun berada agak jauh dari tempat lain, anda akan berasa sangat berpuas hati setelah sampai ke destinasi ini.

Kawasan ini terlindung dari segala pembangunan dan gangguan pencemaran air sehingga menjadikan air pantainya yang jernih kebiruan dan memukau sesiapa yang melihatnya.

Pulau layang-layang terkenal dengan aktiviti menyelam skuba kerana terdapat scuba site yang kaya dengan terumbu kerang yang cantik dan pelbagai kehidupan marin di sini.

AlamatPulau Layang-Layang, Sabah
Waktu OperasiSepanjang tahun. Aktiviti bergantung pada cuaca & musim monsun
Harga TiketSila layari website Pulau Layang-layang

19. Tamu Mingguan Beaufort

Tamu Mingguan Beaufort merupakan sebuah pasar yang menjual barangan kering dan basah di Pekan Beaufort.

Pelbagai jenis barangan yang boleh didapati di sini, malahan anda juga boleh mendapatkan makanan tradisional orang Sabah di sini.

Tamu Mingguan Beaufort ini merupakan tempat kunjungan orang ramai tidak kira dari dalam atau luar negara untuk melihat adat jual beli dan kebudayaan orang di Sabah.

AlamatPekan Beaufort, 89807 Beaufort, Sabah
Waktu OperasiJumaat (6.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (6.00 am – 12.00 pm)
Harga TiketKawasan membeli-belah dan pasar

20. Kokol Hill Elf

Tempat menarik di Sabah yang harus kunjungi adalah Kokol Hill Elf. Pemandangan yang menarik seolah-olah di Bali memberi tarikan kepada sesiapa yang datang ke sini.

Ada juga buaian yang seakan-akan Bali Swing, Indonesia yang disediakan disini. Tempat ini menjadi destinasi kegemaran kepada yang suka mengambil gambar.

Pemandangan latar belakang bandar kota kinabalu yang sangat cantik lebih-lebih lagi pada waktu senja yang menjadikan ia kelihatan lebih mempersonakan.

Anda juga boleh mencuba beberapa tarikan menarik di sini seperti Mega Swing yang terletak di puncak bukit, The Circle City iaitu sebuah tempat duduk rotan yang bercirikan estetik, Big Bird Nest dan banyak lagi.

Fasiliti lain juga ada disediakan disini seperti restoren dan tempat penginapan yang terdiri dari homestay, resort serta villa.

AlamatKokol Hill Elf, Kota Kinabalu, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 7.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM40
Kanak-kanak (4 – 12 tahun): RM20

21. Kiulu Farmstay

Kiulu Farmstay merupakan tempat yang unik dan menarik di Sabah kerana ia menyediakan beberapa penginapan rumah buluh dengan suasana yang tenang dan damai.

Jika anda ingin merasai pengalaman hidup dalam suasana kampung yang tenang dan damai, di sini lah tempat yang paling sesuai.

Bukan sahaja itu, anda juga boleh menikmati petang hari anda di rumah buluh tersebut dengan deruan air sungai yang mengalir dan bunyi unggas-unggas di situ.

Tempat seperti ini sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan yang jauh dari kebisikan kota dan kesibukan kerja.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti camping dan jungle trekking sambil melihat keindahan alam di kawasan tersebut.

AlamatJalan Kiulu Pukak Mantob, Kampung Mantob, 89250 Tamparuli, Sabah
Harga TiketHarga penginapan boleh lawat website Kiulu Farmstay

22. Borneo Ant House

Di Borneo Ant House ini bukan sahaja pameran semut semata-mata, malah ada juga binatang lain yang ada di sini.

Pameran lain seperti yang disebut tadi adalah galeri tentang kepelbagaian komuniti di Sabah seperti pameran budaya masyarakat Bidayuh, Dusun, Iban dan Dusun Lotud.

Di Borneo Ant House ini anda akan dipertemukan dengan pelbagai spesies semut yang ada di dunia. Anda juga berpeluang untuk melihat rumah mereka yang ditempatkan dalam bekas kaca.

Bornea Ant House terletak di Tuaran, Sabah dimana ia mengambil masa perjalanan sebanyak 50 minit dari Kota Kinabalu.

Selain Borneo Ant House, anda juga boleh mengunjungi tempat menarik lain yang berdekatan seperti Rumah Terbalik Sabah dan Cowboy Town Sabandar.

AlamatHighway Tuaran- Tenghilan, 89207 Kg Kindu, Tuaran, SABAH Kg.Kindu , Tuaran, 89207 Tuaran, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari Kecuali Jumaat (8.30 am – 5.30 pm)
Harga TiketWarganegara (Dewasa): RM 18.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 9.00
Pelancong Asing (Dewasa): RM 28.00
Pelancong Asing (Kanak-kanak): RM 14.00

23. Kipandi Butterfly Park

Tempat menarik di Sabah yang anda boleh kunjungi bersama anak-anak adalah Kapandi Butterfly Park.

Kipandi Butterfly Park ada menempatkan lebih daripada 1500 ekor rama-rama yang terdiri daripada 100 spesies.

Bukan sahaja rama-rama yang ada di sini, tetapi anda juga boleh melihat beratusan spesies bunga orkid, tumbuhan herba, pokok-pokok periuk kera dan banyak lagi.

Datang lah kesini bersama-sama keluarga kerana anak-anak pasti menjadi orang yang paling pertama paling seronok melihat banyak rama-rama yang cantik di sini.

AlamatKampung Kipandi, Moyog, Kota Kinabalu, Sabah
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 4.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!