Tempat Menarik Di Sarawak (TERKINI 2022)

  • 9 min read
  • Jun 27, 2022
sarawak
tempat menarik di sarawak
tempat menarik di sarawak

Sarawak Bumi kenyalang merupakan negeri terbesar diantara 14 buah negeri yang ada di Malaysia. Kuching merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran bagi Sarawak.

Sarawak terdiri daripada 12 bahagian pentadbiran iaitu Miri, Bintulu, Kapit, Sibu, Limbang, Serian, Samarahan, Kuching, Betong, Sarikel, Mukah dan Sri Aman.

Negeri Sarawak terletak di wilayah Barat di Pulau Borneo dengan keluasan 124,449 kilometer persegi yang telah menjadikan ia sebagai negeri terbesar di Malaysia.

Selain negeri yang penuh dengan sejarah ini, terdapat juga tempat menarik di Sarawak yang boleh dikunjungi.

Mari kita ketahui lebih lanjut dimana tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika bercuti ke negeri Bumi Kenyalang ini.

Senarai Tempat Menarik Di Sarawak

Taman Negara Bako

Jika anda merupakan seorang yang suka akan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Taman Negara Bako ini.

Taman Negara Bako merupakan yang terkecil di Asia Tenggara, namun ia merupakan taman negara tertua yang ada di Sarawak.

Taman Negara Bako ini telah dibangunkan seawal tahun 50-an dan merupakan tempat ideal untuk para pengunjung bertemu dengan hidupan liar serta hutan simpan di sini.

Anda berpeluang untuk melihat binatang liar seperti luar, monyet, pelbagai burung yang unik dan banyak lagi.

Binatang yang paling menjadi tumpuan pelancong adalah monyet belanda atau nama saintifiknya probocsis monkey yang mempunyai hidung besar dan berbeza dengan monyet yang lain.

AlamatTaman Negara Bako, Kuching, Sarawak
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Harga Tiket (Pelancong Tempatan)Dewasa: RM 10.00
Warga Emas (60 tahun keatas): RM 5.00
Kanak-kanak (7-17 tahun): RM 3.00
Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah): Percuma
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa: RM 20.00
OKU: RM 10.00
Kanak-kanak (7-17 tahun): RM 7.00
Kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah): Percuma

Rumah Panjang Annah Rais

Rumah Panjang Annah Rais merupakan rumah paling panjang dalam kategori Rumah Panjang yang ada di Sarawak dan kerana itulah ia menjadi sebuah tempat menarik di Sarawak.

Rumah panjang adalah sebuah rumah tradisional yang ada di Sarawak. Apa yang seronok adalah mereka semua tinggal dalam satu rumah panjang yang sama dan hanya dipisahkan oleh sebuah pintu.

Dalam pintu tersebut terdapat sebuah tempat tinggal untuk satu keluarga yang dilengkapi bili tidur, bilik air, dapur dan semua kelengkapan rumah.

Apbila sampai di sini, anda akan diraikan oleh penduduk-penduduk di situ dengan tarian tradisional mereka. Jangan lepaskan peluang untuk sertai mereka dalam acara tari menari tersebut.

AlamatNo. 9, Kupo Saba, Kampung Annah Rais Longhouse, Jln Borneo Height, 93250, 93250 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi
Harga Tiket (Tour separuh hari)Dewasa: RM 120.00
Kanak-kanak: RM 60.00

Taman Buaya Jong

Taman Buaya Jong merupakan sebuah taman buaya terbesar di Malaysia yang menempatkan lebih dari 1000 ekor buaya di sini.

Jika anda bercuti ke Sarawak, jangan lepaskan peluag untuk ke Taman Buaya Jong ini kerana ia merupakan sala satu tempat menarik di Sarawak.

Pernah dengar tentang lagenda Bujang Senang? Ia merupakan antara buaya terbesar di dunia yang pernah ditangkap oleh manusia.

Di Taman Buaya Jong ini juga ada sebuah muzium buaya dimana di situ ada menempatkan tulang buaya terbesar di Malaysia iaitu Bujang Senang.

Anda boleh melihat saiz sebenar buaya tersebut walaupun ianya hanya sebuah rangka sahaja. Legenda mengatakan buaya tersebu telah menelan berbelas manusia di Sungai Batang Lupar, Sarawak.

Anda juga berpeluang menyaksikan buaya-buaya disini diberi makan pada setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

AlamatSiburan, 29KM Kuching-Serian Road, 93250 Kuching Sarawak, Malaysia
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
Harga Tiket (Pelancong Tempatan)Dewasa: RM20.00
Kanak-kanak: RM10.00
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa: RM25.00
Kanak-kanak: RM15.00

Muzium Kucing

Muzium Kucing merpakan salah satu tempat menarik di Sarawak. Ia merupakan muzium kucing pertama yang dibina di dunia pada tahun 1993.

Bagi peminat kucing atau penggemar kucing, ini adalah tempat yang wajib anda kunjungi kerana terdapat banyak benda berkaitan dengan kucing ada dipamerkan disini.

Terdapat lebih 2,000 lukisan, komik, patung dan memorabilia berkenaan dengan haiwan berbulu ini. Pelbagai sejarah tentang kucing dipamerkan disini dan dalam masa yang sama anda juga boleh menambah ilmu pengetahuan tentang kucing.

Apa yang paling menarik disini adalah terdapat pusara kucing dan juga mumia kucing yang dijumpai di Egypt yang dikatan berumur lebih 3000.

AlamatBangunan DBKU, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
Harga Tiket Percuma
Harga Tiket dan Kos TerlibatKamera handphone: RM3.00
Kamera biasa: RM3.00
Kamera Digital: RM4.00
Kamera Video: RM5.00

Tugu Kucing

Tugu Kucing merupakan sebuah ‘landmark’ di Kuching. Kalau di negeri lain seperti di Kedah, ada Datara Land manakala di Sarawak pula ada Tugu Kucing.

Rugi lah kalau sudah sampai ke Sarawak tetapi tidak berkunjung ke sini kerana anda boleh mengambil gambar atau berselfie di sini.

Lokasinya juga sangat mudah untuk diakses dan terletak tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong di Kuching Waterfront.

Tahukah anda sejarah tugu ini dibina atas sebab apa? Sebenarnya ia dibina kerana dahulu terdapat banyak kucing-kucing hutan yang berkeliaran di sekitar sungai berdekatan.

AlamatJalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi24 Jam
Harga TiketPercuma

Kampung Budaya Sarawak

Kampung Budaya Sarawak merupakan salah satu tempat menarik di Sarawak. Ia merupakan sebuah muzium hidup dimana pengunjung boleh merasai pengalaman hidup dalam pelbagai etnik di Sarawak.

Sepanjang berjalan dalam rumah panjang ini, terdapat pelbagai kehidupan etnik-etnik yang dipersembahkan disini untuk tontonan pengunjung.

Pengunjung juga akan diterangkan oleh petugas dari setiap etnik tentang kehidupan seharian dan aktiviti harian mereka.

Petugas-petugas di situ akan memakai pakaian tradisional mereka sendiri dan masing-masing akan melakukan aktiviti sendiri untuk tatapan pengunjung.

Setelah penat berjalan melalui rumah panjang dengan tontonan aktiviti dari etnik yang berbeza, kini anda akan dipersembahkan dengan tradisional di dalam sebuah dewan khas.

Selain dewan, terdapat juga kedai kraftangan dan restoren. Anda boleh membeli cenderahati di sini untuk dijadikan kenangan semasa berada di Sarawak.

AlamatKampung Budaya Sarawak Kuching Sarawak Malaysia
Waktu OperasiSetiap Hari
Harga TiketDewasa: RM60.00
Kanak-kanak: RM30.00

Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Tempat menarik di Sarawak yang wajib dikunjungi adalah Pusat Hidupan Liar Semenggoh dimana banyak orang utan ditempatkan di sini.

Kebanyakan dari mereka telah mula dilatih sejak kecil untuk berdikari dan ada juga daripada mereka yang sudah kehilangan ibu bapa sejak kecil.

Mereka dilatih oleh petugas-petugas di sini tentang cara hidup di hutan sebelum mula dilepaskan ke hutan belantara apabila sudah mencapai usia matang.

Waktu terbaik untuk melawat tempat ini adalah pada jam 9-10 pagi dan 3-4 petang kerana pada waktu ini adalah waktu makan untuk orang utan di situ.

Pembinaan tempat ini sebenarnya bukanlah semata-mata untuk orang utan, ia juga merupakan tempat untuk merawat lebih 1000 ekor spesis haiwan liar.

Namun, apabila usaha merawat dan pembiakan orang utan dilihat berjaya, maka ia mula dijadikan sebagai pusat merawat dan memelihara orang utan sepenuhnya.

AlamatJalan Puncak Borneo, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu OperasiIsnin – Jumaat (8.00 am – 4.45 pm)
Hujung Minggu/Cuti Awam: Tutup
Harga Tiket (Pelancong Tempatan)Dewasa: RM5.00
Warga Emas: RM3.00
OKU: RM3.00
Kanak-kanak (6-7 tahun): RM2.00
Kanak-kanak (bawah 6 tahun): Percuma
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa: RM10.00
Warga Emas: RM10.00
OKU: RM5.00
Kanak-kanak (6-7 tahun): RM5.00
Kanak-kanak (bawah 6 tahun): Percuma

Muzium Sarawak

Setiap negeri akan mempunyai muzium sendiri, namun tidak lengkap percutian jika tidak mengunjungi muzium jika pergi bercuti.

Lebih-lebih lagi Muzium Sarawak ini merupakan salah satu tempat menarik di Sarawak yang harus anda kunjungi.

Muzium Sarawak merupakan muzium tertua di Borneo yang penuh dengan artifak bersejarah. Muzium ini telah dibuka sejak tahun 1891.

Muzium Sarawak ada menempatkan pelbagai barangan bersejarah negeri Sarawak dan Borneo, barangan artifak serta ada menyimpan pelbagai senjata masyarakat asal Sarawak.

Muzium Sarawak dikatakan muzium terbaik yang ada di Asia Tenggara, jadi amatlah rugi jika anda tidak datang berkunjung ke sini.

AlamatJalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu OperasiIsnin – Jumaat (9.00 am – 4.45 pm)
Sabtu & Ahad (10.00 am – 4.00 pm)
Harga TiketPercuma

Muzium Petroleum

Jika anda berminat dengan syarikat pelantar minyak dan anda juga sedang bercuti ke Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Muzium Petroleum.

Muzium Petroleum merupakan tempat menarik di Sarawak. Muzium Petroleum ini dahulu merupakan tempat pertama untuk proses galian minyak yang bertempat di Miri.

Di sini juga anda berpeluang untuk melihat pemandangan yang luas sekitar bandaraya Miri di Bukit Kanada.

Bukan itu sahaja, telaga minyak pertama di Malaysia iaitu yang dinamakan sebagai The Grand Old Lady juga ada ditempatkan di sini.

Apa yang menarik di muzium ini adalah anda boleh melihat replika pelantar minyak yang menjadi tarikan ramai orang apabila berada di sini.

Pelbagai informasi secara bertulis dan juga visual yang menarik berkaitan penggalian minyak mentah dipamerkan di sini.

Tempat ini sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak supaya mereka boleh melihat dengan jelas tentang penggalian minyak mentah sambil menambah pengetahuan mereka.

AlamatMuzium Petroleum Miri, Canada Hill, Miri Sarawak
Waktu OperasiSetiap Selasa – Ahad (9.00 am – 4.30 pm)
Tutup pada hari Isnin
Harga TiketPercuma

Taman Negara Gunung Gading

Anda pernah menyaksikan bunga terbesar di dunia depan mata sendiri? Jika tidak, inilah peluang keemasan untuk melihat bunga raflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang berada di Sarawak.

Sarawak terkenal dengan kewujudan bunga Rafflesia dan tempat yang anda boleh lihat bunga ini adalah di Taman Negara Gunung Gading.

Taman Negara ini telah menjadi tempat menarik di Sarawak yang ramai dikunjungi lebih-lebih lagi pelancong dari luar negara.

Taman ini terletak di Lundu iaitu sebuah bandar kecil di barat daya Sarawak. Pada awalnya tempat ini tidak dibuka kepada orang awam, namun ia telah dibuka kepada ramai orang pada tahun 1994.

Bagi pencinta alam sekitar dan mereka yang suka memasuki hutan, tempat ini sangat bersesuaian untuk anda menghabiskan masa sambil melihat bunga terbesar di dunia ini.

Alamat94500 Lundu, Sarawak.
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Tutup pada cuti umum
Harga Tiket (Pelancong Tempatan)Dewasa: RM10.00
Warga Emas (60 ke atas): RM 5.00
OKU: RM5.00
Kanak-kanak (6-7 tahun): RM3.00
Kanak-kanak (bawah 6 tahun): Percuma
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa: RM20.00
Warga Emas (60 ke atas): RM20.00
OKU: RM10.00
Kanak-kanak (6-7 tahun): RM7.00
Kanak-kanak (bawah 6 tahun): Percuma

Pantai Hawaii

Pantai Hawaii yang bertempat di Miri ini adalah salah satu tempat menarik di Sarawak yang harus dikunjungi kerana pemandangannya yang luas biasa dan cantik.

Kenapa dinamakan Pantai Hawaii? Kerana keadaan pantai semulajadinya yang indah seperti di Hawaii dan ia juga mungkin mampu menandingi pantai di Hawaii.

Kawasan riadah ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri selain daripada bersantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi laut China Selatan.

Pantai ini terletak dalam kawasan kampung di Bakam. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah seperti BBQ, berkelah dan bersiar-siar di tebingan pantai yang indah.

AlamatKampung Bakam, 98000 Miri, Sarawak
Waktu Operasi24 Jam (tempat awam)
Harga TiketPercuma

Pusat Kraftangan

Tempat menarik di Sarawak yang mesti dikunjungi adalah Pusat Kraftangan yang bertempat di Miri. Tempat ini terletak di Jalan Brooke yang berdekatan dengan pusat beli belah di Bintang Megamall.

Terdapat lebih 20 buah kedai kraftangan yang menjual bermacam-macam cenderamata seperti bakul, tikar dan bermacam lagi jenis kraftangan yang dibuat menggunakan ukiran kayu.

Anda juga berpeluang untuk menyaksikan peniaga-peniaga disini menghasilkan kraftangan sendiri secara cara tradisional.

Bukan sahaja kraftangan, tetapi ada juga makanan tradisional Sarawak yang dijual disini seperti biskut sagu, gula apong dan bermacam-macam lagi.

AlamatJalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri, Sarawak
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
Harga TiketPercuma (tempat membeli-belah)

Gua Rusa

Gua Rusa yang terletak di Taman Negara Mulu merupakan salah satu tempat menarik di Sarawak. Ia merupakan sebahagian khazanah yang terbesar di dunia.

Gua Rusa telah dinobatkan sebagai gua kedua terbesar yang ada di dunia selepas Gua Hang Son Doong yang bertempat di Vietnam.

Nama Gua Rusa mula dipanggil apabila ia menjadi tempat rusa berteduh dan menjilat garam yang ada di permukaan batu gua kapur ini.

Gua Rusa memiliki keluasan sepanjang 2km dengan ketinggian 90 meter. Terdapat trek laluan yang diterangi lampu sepanjang jalan bagi memudahkan pengunjung untuk berjalan di situ.

Beberapa tarikan menarik di sini adalah sebuah bongkah batu yang menyerupai Abraham Lincoln apabila matahari memantulkan cahayanya.

Selain dari itu, tarikan lain adalah terdapat air terjun juga di dalam gua tersebut di mana ia lebih dikenali sebagai air terjun Adam dan Hawa.

AlamatTaman Negara Niah, 98200 Miri, Sarawak
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Harga Tiket (Pelancong Tempatan)Dewasa (18-59 tahun): RM 10.00
Kanak-kanak (6-17 tahun): RM 3.00
Warga Emas (60 tahun dan keatas): RM5.00
OKU: RM 5.00
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa (18 tahun keatas): RM 20.00
Kanak-kanak: RM 7.00
OKU: RM 6.00

Pasar Sentral Sibu

Tempat menarik di Sarawak yang harus anda kunjungi adalah Pasar Sentral Sibu kerana ia merupakan salah satu tempat tumpuan para pelancong asing apabila sampai di sini.

Pasar ini telah siap dibina pada tahun 1996 dengan kos sebanyak 12 juta ringgit. Pasar besar ini memuatkan lebih 1000 buah lot kedai untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Pelbagai barangan dan makanan yang dijual di sini, malah ada juga barangan-barangan yang anda tidak pernah lihat ada dijual di sini seperti hasil hutan yang dicari peniaga-peniaga di sini.

Sarawak terkenal dengan kek lapis dan juga gula kabong Sarawak. Anda boleh mendapatkan semua itu di pasar ini dan mungkin akan ditawarkan dengan harga lebih rendah berbanding beli di negeri sendiri.

AlamatJln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak
Waktu OperasiSetiap Hari (6.00 am – 12.00 pm)
Harga TiketPercuma (pusat membeli-belah)

Kampung Medong

Kampung Medong terkenal dengan cara pembuatan sagu. Destinasi ini telah menarik ramai pelancong lebih-lebih dari luar negara yang datang berkunjung ke sini.

Sarawak merupakan pengeksport tepung sagu terbesar di dunia ke Semenanjung Malaysia, Jepun, Singapura, Taiwan dan banyak lagi negara.

Dahulu sagu hanyalah makanan tradisional orang Sarawak, namun kini mereka berjaya untuk menjadikan makanan tersebut sebagai sumber pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Di Kampung Medong anda boleh menyaksikan bagaimana cara dan proses sagu dibuat. Menurut Puan Masinah Paris iaitu pengusaha di sini, sagu yang diproses dibuat menggunakan pokok rumbia.

Apa yang lebih menarik adalah Sagu Menong yang diusahakan oleh Puan Masinah Paris ini telah mendapat pengiktirafan daripada Sarawak Best.

Taman Negara Kubah

Tempat menarik di Sarawak yang pernah dijadika sebagai lokasi penggambaran pelakon Hollywood adalah di Taman Negara Kubah.

Destinasi ini sesuai untuk sesiapa yang suka dengan aktivit jungle trekking dan mendaki gunung. Taman negara ini juga terdapat air terjun yang boleh anda singgah untuk bermandi-manda.

Untuk aktiviti jungle trekking, terdapat lima laluan yang disediakan bagi memudahkan anda untuk melakukan aktiviti ini.

Antara laluannya adalah Waterfall Trail, Palmetum Trail, Rayu Trail, Belian Trail dan Selang Trail. Di sini juga ada tapak perkhemahan bagi sesiapa suka dengan aktiviti seperti itu.

Taman Negara Kubah dikatakan sebagai The Great Forest Of Borneo kerana spesies pokok palmayang tumbuh di sini adalah antara yang terbaik di dunia.

Jika anda berasa penat untuk pulang terus, anda boleh menginap di Chalet atau Homestay yang ada disediakan di sini untuk para pengunjung.

Kampung Melayu

Kampung Melayu merupakan tiga buah kampung tertua di Sarawak. Antara kampung yang ada di sini adalah Kampung Boyan, Kampung Gersik dan Kampung Sourabaya.

Kalau datang ke Sarawak tidak lengkap rasanya jika tidak mendapatkan kek lapis. Kampung Melayu terkenal dengan perusahaan kek lapis.

Antara kek lapis yang terkenal dalam kalangan pelancong adalah Kek Lapis Dayang Salhah, Mira Cake House dan Kek Lapis Zaharah.

Terdapat lebih dari 30 jenis kek batik yang dijual di sini. Selain kek lapis, terubuk ikan masin juga merupakan makanan wajib yang diblei oleh pelancong yang datang ke sini.

Taman Negara Niah

Tempat menarik di Sarawak yang terkenal adalah Taman Negara Niah. Gua Niah dapat dilihat jelas dari pekan Batu Niah dan merupakan tempat yang harus dikunjungi jika ke Sarawak.

Taman Negara Niah merupakan gua yang termasyur di dunia kerana didapati wujudnya penemuan penting dalam sejarah dunia.

Pakar arkeologi menemui banyak bukti tentang kewujudan awal kehidpuan manusia di Asia Tenggara pada 40,000 tahun dahulu.

Kejadian yang membuktikan tentang kewujudan awal manusia ini adalah dengan penemuan seperti lukisan batu, fosil manusia dan kayak kecil.

Aktiviti yang dapat dilakukan di sini adalah seperti menerokai hutan, melihat burung-burung, melawat rumah panjang dan menerokai Gua Niah.

AlamatTaman Negara Niah, 98200 Miri, Sarawak
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Harga Tiket (Pelancong Tempatan)Dewasa (18-59 tahun): RM10.00
Kanak-kanak (6-17 tahun): RM3.00
Warga Emas (60 tahun keatas): RM5.00
OKU (6 tahun keatas): RM5.00
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa (18 tahun keatas): RM20.00
Kanak-kanak (6-17 tahun): RM7.00
OKU (6 tahun keatas): RM10.00

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published.