Tempat Menarik Di Shah Alam 2023

  • 6 min read
  • Feb 06, 2023
shah alam

1. I-City Shah Alam

menarik di shah alam
Menarik di Shah Alam

Bagi pelancong yang pertama kali bercuti di Shah Alam bersama keluarga, sangat disyorkan untuk anda mulakan penerokaan anda di I-City Shah Alam.

Tidak dinafikan, sejak wujudnya I-City Shah Alam, destinasi ini telah menjadi tempat menarik di Shah Alam yang paling popular untuk kunjungan pelancong tempatan.

Banyak aktiviti menarik yang boleh dilabelkan sangat menyeronokkan untuk seisi keluarga yang terdapat di sini seperti SnoWalk, City of Digital Light, The Red Carpet Museum, Trick Art Museum, & juga Water World I-City.

Antara yang disyorkan untuk anda lawati adalah SnoWalk iaitu merupakan sebuah kawasan bertutup & suasananya tidak ubah seperti di kutub bumi yang sangat sejuk di bawah paras beku.

Kalau nak tahu, SnoWalk I-City Shah Alam ini menempatkan lebih 100 tan struktur ais yang diukir oleh 30 pengukir yang dibawakan khas dari Harbin, China.

Sudah tentu pengalaman berada di tempat begini yang suhunya -5  darjah celsius, bakal membuatkan bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga turut teruja.

Almaklumlah,iklim di negara kita tidak ada musim sejuk & apatah lagi kalau hendak bermain salji. Jika anda tak tahan sejuk, jangan risau, bawa sahaja anak-anak ke Red Carpet Wax Museum yang menempatkan lebih 100 patung buatan yang diperbuat daripada lilin /wax.

Setiap patung ini dibentuk menyerupai selebriti terkenal & tokoh-tokoh dunia dari bidang politik, perfileman, sukan & sebagainya.

Waktu malam pula, bolehlah pula ke City of Digital Light untuk melihat keindahan lampu neon warna-warni yang menghiasi landskap taman di sini & pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar untuk bergambar serta berswafoto bersama.

2. Taman Botani Shah Alam

Walaupun Shah Alam merupakan kawasan yang sangat pesat membangun, namun tidak bermakna hanya tarikan pelancongan yang moden sahaja yang terdapat di sini.

Jika anda inginkan destinasi yang bakal membawa anda dari dimensi kesibukan metropolitan ke satu dimensi yang mendamaikan seperti di Taman Negara, cubalah berkunjung ke Taman Botani Shah Alam.

Usah risau, destinasi ini tidak memerlukan anda memandu kenderaan 4×4 atau memandu jauh sehingga berjam-jam lamanya.

Lokasinya hanya terletak di Seksyen 8, Shah Alam & hanya 3 km sahaja dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Taman Botani Shah Alam yang sangat luas ini mempunyai landskap taman yang sangat cantik & terjaga. Banyak tarikan yang menjadi sebahagian daripada landskap Taman Botani Shah Alam ini seperti taman bunga, tasik, taman kaktus, rumah iklim 4 musim, mini zoo & juga taman arnab. Penat berjalan kaki ?

Usah khuatir, apa kata ajak anak-anak untuk sewa basikal & menerokai keindahan destinasi ini dengan cara yang lebih santai serta menyeronokkan.

Jika anda kaki lensa kamera & inginkan tempat menarik di Shah Alam untuk photoshoot, cubalah terokai Taman Botani Shah Alam kerana banyak kawasan serta subjek menarik di sini yang boleh anda asah kemahiran landscape photography atau pun macro photography.

Destinasi ini juga mempunyai banyak kemudahan untuk pengunjung seperti laluan jalan kaki berturap, kemudahan penginapan, tempat berkhemah, kawasan rekreasi & sebagainya.

Jika anda berhasrat menganjurkan program seperti hari keluarga atau pun team building di Shah Alam, cubalah pertimbangkan Taman Botani Shah Alam ini.

Lebih menarik, ianya sangat berdekatan dengan salah satu tempat menarik di Selangor yang sangat popular di kalangan warga belia, iaitu SkyTrex Shah Alam yang menjanjikan aktiviti outdoor di hutan yang pasti memberikan ledakan adrenalin yang maksima untuk anda semua.

3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

masjid shah alam
Menarik di Shah Alam

Masjid yang sangat besar & sangat popular ini bukanlah satu destinasi yang asing di kalangan kita. Bahkan, anda semestinya sering melihat masjid ini di kaca tv terutamanya setiap kali masuk waktu solat bukan ?

Alang-alang sudah sampai di Shah Alam, cubalah bawa keluarga melawat ke destinasi menarik di Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz untuk melihat keunikannya.

Paling teruja, melihat saiz kubah & ketinggian menara di Masjid Shah Alam ini yang pasti membuatkan anda terkesima.

Tahukah anda, 4 menara masjid di sini adalah berketinggian 142.3 meter & ianya 32.3 meter lebih tinggi dari Menara Taming Sari di Melaka.

Ini meletakkan, menara Masjid Shah Alam ini sebagai menara masjid yang kedua paling tinggi di dunia selepas menara Masjid Hassan II di Negara Morocco.

Jika nak tahu, Masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam ini juga merupakan masjid yang terbesar di Malaysia dengan kapisiti yang boleh memuatkan 24,000 jemaah pada satu-satu masa & jumlah ini adalah 9000 lebih banyak berbanding Masjid Negara di KL.

Tidak hairanlah, dengan keindahan senibina & struktur bangunan masjid yang cukup mengagumkan, destinasi ini sering menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara.

Jika anda pertama kali ke destinasi menarik di Sahah Alam ini, pasti akan terasa janggal ketika berada di tempat wudhu kerana menggunakan sistem paip air yang automatik.

Dari dalamnya pula, anda boleh melihat kubah utamanya yang cukup besar & pasti membuatkan anda kagum dengan saiznya.

Tidak hairanlah, kubah masjid ini juga dinobatkan sebagai kubah masjid yang terbesar di dunia dengan diameter 51.2 meter.

Waktu malam, anda boleh lihat lampu di tengah-tengah kubah ini yang menerangi ruangan solat seluruh masjid. Satu masjid di Shah Alam yang semestinya perlu dimasukkan ke dalam agenda percutian anda di Shah Alam.

5. Skytrex Shah Alam

Tempat menarik di Shah Alam yang menjadi tumpuan bagi mereka yang suka dengan aktiviti lasak, anda boleh berkunjung ke Sytrex Shah Alam.

Satu kepuasan pasti akan terpancar dari muka anda sebaik berjaya menawan setiap laluan berhalang di sini.

Jangan dipandang enteng, cabaran laluan berhalang di sini bukannya di darat, tetapi hampir 99% adalah terletak di udara yang sangat tinggi.

Memanjat, bergayut, berjalan itik & meniti titian di kawasan yang sangat tinggi ini pasti akan membuatkan sesiapa sahaja akan berdebar-debar.

Jika anda tidak yakin dengan stamina diri, usah bimbang kerana terdapat 3 laluan yang berbeza cabarannya. Untuk laluan yang paling mudah, sesiapa sahaja boleh mencubanya termasuk kanak-kanak.

Jika anda inginkan kepuasan maksima, cubalah laluan Extreme Challenge yang pasti akan menagih kudrat & menguji daya tahan fizikal serta mental anda.

Terkekang untuk lakukan aktiviti ini kerana isteri mengandung ? Jangan jadikan alasan, sementara anda habiskan cabaran di Skytrex Shah Alam, isteri anda & anak-anak boleh menghabiskan masa di Taman Botani Shah Alam yang sangat dekat sahaja.

Memandangkan lokasinya sangat strategik di tengah bandar Shah Alam, sangat disyorkan untuk anda mencubanya bersama rakan-rakan pada hujung minggu.

Atau, mungkin boleh dijadikan aktiviti untuk memenuhi agenda hari keluarga syarikat atau pun team building syarikat di Shah Alam. Bagaimanapun, terdapat syarat untuk berat badan & ketinggian fizikal sekiranya anda ingin mencubanya.

6. Muzium Sultan Alam Shah

muzium
sumber: Menarik di Shah Alam

Penubuhan Muzium Negeri Selangor yang ketika ini dikenali dengan sebutan Muzium Sultan Alam Shah bermula apabila DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menandatangani Enakmen No.6 Tahun 1975 Negeri Selangor bertarikh 27 Disember 1975.

Selepas beberapa tahun jerih-perih ia dirancang, maka pada 2 September 1989, muzium yang menjadi lambang pembangunan kebudayaan Negeri Selangor ini pun dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Sultan Selangor di mana istiadat perasmiannya dilakukan dengan penuh acara tradisi Melayu. Pentadbiran muzium ini diletakkan di bawah tanggungjawab Lembaga Muzium Selangor.

7. Wet World Water Park

Destinasi menarik di Shah Alam ini tidak lagi asing kerana ia telah beroperasi selama lebih 21 tahun dimana ia telah mula dibuka pada tahun 1996.

Taman tema air ini sesuai dijadikan sebagai tempat perlancongan untuk hujung minggu dan menghabiskan masa bersama orang yang tersayang.

Paras air kolam di sini juga tidak tinggi, bahkan ia sangat sesuai untuk budak-budak yang bermumur 12 tahun ke bawah.

Di sini juga terdapat beberapa buah gelongsor seperti Super Hurricane dan Moonsoon Buster yang sesuai untuk golongan remaja.

Lokasinya juga sangat strategik dan dan berlatarbelakangkan pemandangan indah Taman Tasik Shah Alam.

Tempat menarik di Shah Alam yang berdekatan dengan Wet World Water Park ini juga ada seperti Masjid Sultan Salahudin, Muzium Sultan Shah Alam, Galeri Shah Alam dan lain-lain.

8. Kompleks Taman Seni Islam

Komples Taman Seni Islam sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pelancong dari luar negara atau tempatan sebagai destinasi menarik di Shah Alam.

Kompleks ini terletak di tengah bandaraya Shah Alam, bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Terdapat beberapa bahagian menarik yang ada di sini seperti Pusat penawar inspirasi kehidupan, Replika rumah Rasulullah SAW dan Bilik kebal al-Quran tulisan tangan.

Lokasi menarik di Shah Alam ini dibina pada tanah seluas 14 hektar sebagai pameran yang sarat dengan seni kaligrafi Islam, seni bina, reka bentuk dalaman, lukisan dan manuskrip al-Quran.

Ia juga berfungsi sebagai pusat pameran dan pengeluaran untuk Yayasan Restu iaitu persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1987.

Antara pameran yang terkenal di Kompleks Taman Seni Islam ini adalah manuskrip al-Quran yang asal dikatakan bernilai lebih RM20 juta.

Waktu operasi di sini adalah ermula pada hari Selasa sehingga Jumaat dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang.

9. Tugu Peringatan Negeri Selangor

tugu 1
sumber: Menarik di Shah Alam

Destinasi menarik di Shah Alam seterusnya adalah Tugu Peringatan Negeri Selangor yang terletak di taman landskap Banggunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Ia telah dibina pada tahun 1981 sempena memperingati pahlawan-pahlawan Selangor yang gugur di medan pertempuran demi mempertahankan Negeri Selangor.

Rekabentuk bercirikan islamik ini telah direkabentuk oleh arkitek Dato’ Hj Baharuddin bin Abu Kasim. Nama-nama pejuang yang telah berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air ini juga turut dipamerkan di tugu ini.

Tugu ini diperbuat daripda mosaic putih dengan ketinggian 120 kaki serta mempunyai kubah berbentuk parsi serta dikelilingi pancutan air di sekeliling.

10. Kilang Roti Gardenia

Pasti pembaca di sini ramai yang menggemarkan roti gardenia kan? Di Shah Alam ada sebuah kilang roti dimana orang awam boleh masuk untuk mengunjungi tempat tersebut.

Destinasi menarik di Shah Alam ini terletak di Seksyen 26. Berapa pula bayaran masuk? Jangan risau kerana destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik di Shah Alam yang percuma untuk dilawati.

Anda berpeluang untuk belajar tentang sejarah dan ilmu pembuatan roti yang berguna untuk pengetahuan am individu atau pelajar.

Destinasi ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lawatan sambil belajar bagi pelajar-pelajar sekolah atau kolej.

Terdapat ruangan yang mempamerkan informasi berkenaan teknologi lama dan baru yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai roti jenama gardenia di Malaysia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *