Tempat Menarik Di Terengganu – (51 LOKASI TERKINI 2023)

  • 25 min read
  • Apr 25, 2022
tempat menarik di terengganu lelaki.my 2

Tempat menarik di Terengganu? Banyak tidak terkira! Cukup terkenal dengan keindahan pulau dan kehalusan pasir pantainya menarik pelancong untuk berkunjung di sini.

Malahan, Terengganu ini terkenal dengan kekayaan hasil lautnya. Merupakan destinasi percutian yang ideal untuk pasangan berbulan madu, sambutan hari keluarga dan group trip kerana pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama.

Senarai Tempat Menarik Di Terengganu

Bagi anda yang tercari- cari di mana tempat menarik di Terengganu, berikut kami kongsikan lokasi percutian wajib pergi di negeri Terengganu Darul Iman. Jom!

1. Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu)

Pasti tiada siapa yang tidak mengetahui tentang satu- satunya jambatan angkat atau ‘Drawbridge’ pertama di Asia Tenggara ini. Ianya menjadi tarikan utama di Terengganu pada masa kini setelah tular begitu hebat di media sosial.

Drawbridge Jambatan Angkat Terengganu tempat menarik di terengganu lelaki.my
Bergambar di depan DrawBridge

Jambatan sepanjang 638 meter ini menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Mesti anda tidak mahu melepaskan peluang bergambar berlatarbelakangkan jambatan yang gah ini.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk naik ke Menara Jambatan ini untuk melihat pameran seni lukis serta berdiri di atas lantai kaca. Disana anda boleh melihat terus ke platform dan yang paling seronok dapat bergambar di atas ini.

Di menara ini juga anda dapat melihat keseluruhan keindahan Terengganu terutamanya pada waktu malam.

Rasa bertuah sebab berkesempatan untuk melihat Drawbridge diangkat baru- baru ini. Anda dapat lihat suasana dan keindahan jambatan ini ketika kapal Cruise melalui di bawah Drawbridge tersebut. Memang antara tempat menarik di Terengganu yang wajib anda kunjungi.

Tempat menarik di Terengganu: Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu)
Alamat:Berhampiran Kampung Surau Pasir, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 10:00 pagi -10:00 malam
Jumaat: 12:30 tengah hari – 2:30 petang (Tutup)
Harga Tiket:Dewasa:  RM5.00
Kanak-kanak:  RM5.00

2. Miami Beach (Pantai Seberang Takir)

Tarikan dan tempat menarik di Terengganu yang terbaru juga!! Siapa cakap Malaysia tidak ada tepian pantai sehebat Miami Beach. Yang pasti sememangnya ada di Seberang Takir, Terengganu.

Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan.

Miami Beach Pantai Seberang Takir tempat menarik di terengganu lelaki.my
Gambar: Bergambar di tepi Miami Beach Seberang takir, Terengganu

Untuk anda yang suka bergambar, di sini adalah tempat yang tepat di mana latar belakangnya terselit jambatan angkat yang menjadi mercu ikonik baharu di negeri ini.

Jalan yang baru dinaiktaraf memudahkan pelancong untuk berhenti di tepi jalan bagi merakamkan saat indah di sini. Jangan lepaskan peluang bergambar salah satu tempat menarik di Terengganu ini.

Miami Beach Pantai Seberang Takir tempat menarik di terengganu lelaki.my 2
Gambar: Suasana senja di tepi Miami Beach
Tempat menarik di Terengganu: Miami Beach (Pantai Seberang takir)
Alamat:Kampung Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

3. Pasar Payang 2 Kuala Terengganu

Kalau datang ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak datang ke Pasar Payang. Kat sini bermacam- macam anda boleh beli termasuklah kain pasang, sutera Terengganu, batik Terengganu, kraftangan, keropok lekor dan bermacam- macam lagi.

Pasar Payang 2 Kuala Terengganu tempat menarik di terengganu lelaki.my 1
Kredit Gambar: tourism.gov.my

Yang seronoknya di sini, kita boleh tawar menawar dengan penjual dan semestinya kita akan dapat harga lebih murah daripada harga pasaran.

Lebih-lebih lagi, Pasar Payang ini sekarang telah berpindah ke tempat yang baru bagi memudahkan pelanggan untuk membeli-belah.

Di hujung pasar ini juga ada medan selera untuk anda nikmati makanan tempatan dan beristirehat selepas membeli- belah. Happy Shopping ;). Ohh lupa nak bagitahu, biasanya sejam tak cukup berada di sini. hehehe… Salah satu tempat menarik di Terengganu bagi mereka yang suka membeli-belah.

Tempat menarik di Terengganu: Pasar Payang Kuala Terengganu
Alamat:77, Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 7:00 pagi – 6:00 petang
Harga Tiket:Percuma (kecuali jika anda membeli-belah)

4. Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang merupakan salah satu tempat lepak santai di waktu petang. Lokasinya yang strategik kerana berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

Pantai Teluk Ketapang tempat menarik di terengganu lelaki.my
Kredit Gambar: Grand Puteri Hotel

Pada hujung minggu tempat ini menjadi tumpuan kerana terdapat banyak gerai yang beroperasi sepanjang jalan di sini. Pesisir pantai di sini lagi luas dan lapang jika nak dibandingkan dengan Pantai Batu Buruk.

Cuma di sini tak dibenarkan untuk mandi-manda ekoran ombak yang besar dan dasar pantai yang dalam. Jalan-jalan di tepi sambil menghirup angin pantai boleh lah.

Tempat menarik di Terengganu: Pantai Teluk Ketapang
Alamat:Pantai Teluk Ketapang, 21300, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

5. Pulau Warisan

Untuk anda yang tercari- cari port lepak waktu malam, saya cadangkan anda pergi ke Pulau Warisan ini.

Pulau Warisan tempat menarik di terengganu lelaki.my
Kredit Gambar: sumaihotel.com

Suasana disana seperti I-City Shah Alam kerana lampu- lampu pokoknya yang berwarna- warni menghidupkan lagi kawasan ini.

Terdapat banyak food truck yang menjual pelbagai jenis makanan di mana anda boleh makan sambil bersantai sambil menikmati angin laut.

Di sini juga anda boleh naik river cruise yang melalui Pulau Wan Man. Jangan lepaskan peluang melakukan aktiviti ini bersama keluarga.

Tempat menarik di Terengganu: Pulau Warisan
Alamat:Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

6. Pulau Redang

Merupakan destinasi pilihan untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota raya dan pencemaran.

Pulau Redang tempat menarik di terengganu lelaki.my
Kredit Gambar: tourism.gov.my

Di pulau ini anda boleh menikmati pelbagai keindahan dan pemandangan matahari terbenam, kebiruan dan kejernihan air laut serta menikmati udara segar angin pantai.

Lagi menarik sekiranya dapat menginap terus disini kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkayak, bermain bola tampar pantai, scuba diving dan snorkeling.

Anda juga berpeluang berenang bersama- sama dengan penyu Terengganu! Bestnyaaa.

Tempat menarik di Terengganu:Pulau Redang
Alamat:Pulau Redang, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari (kecuali musim tengkujuh)
Harga Tiket:Bot
Dewasa:  RM110.00 (pergi balik)
Kanak-kanak: RM60.00 (pergi balik)

7. Pulau Perhentian Kecil & Besar

Pulau Perhentian merupakan salah satu pulau popular di Terengganu. Pulau ini terletak di pinggir Taman Laut Pulau Redang, perairan karang .

Pulau Perhentian Kecil Besar tempat menarik di terengganu lelaki.my
Kredit Gambar: tourism.gov.my

Pulau ini terdiri daripada Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Yang mana pulai ini diliputi dengan hutan yang belum tercemar, pasir pantainya yang putih dan dikelilingi dengan air laut yang biru.

Pemandangan yang sangat indah dan mendamaikan. Kebanyakan pengunjung lebih tertumpu di Pulau Perhentian Kecil terutamanya kepada para backpackers.

Di sini, anda akan dapati pelbagai pilihan bajet bagi makanan dan penginapan. Pulau Perhentian Besar lebih dimajukan, sebab itu ianya menawarkan kemudahan yang lebih baik berbandingPulau Perhentian Kecil.

Walau bagaimanapun, terdapat chalet, asrama dan tapak perkhemahan di kedua-dua pulau. Pulau Perhentian mempunyai laut yang sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti menyelam, snorkeling dan scuba diving. Antara pulau yang tercantik dalam senarai tempat menarik di Terengganu.

Tempat menarik di Terengganu:Pulau Perhentian Kecil & Besar
Alamat:Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu
Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari (kecuali musim tengkujuh)
Harga Tiket:Bot
Dewasa:  RM70.00(pergi balik)
Kanak-kanak: RM35.00 (pergi balik)

8. Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan salah satu tasik buatan manusia terbesar di seluruh Asia Tenggara.

Tasik Kenyir tempat menarik di terengganu lelaki.my
Kredit Gambar: tourism.gov.my

Tempat ini agak sejuk kerana ianya masih kaya dengan hutan tebal. Hutan Tasik Kenyir ini dianggarkan mempunyai 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 1,000 spesies burung dan 800 spesies kupu-kupu.

Tempat yang sejuk dan nyaman ini sesuai bagi anda untuk beristirehat, lari dari kesibukan kehidupan bandar. Nikmatilah apa yang ditawarkan oleh alam semula jadi ini!

Tempat menarik di Terengganu:Tasik Kenyir
Alamat:Tasik Kenyir, Terengganu
Waktu Operasi:Permit di Jabatan Hidupan Liar di Pusat Maklumat Pelancong di Jeti Pengkalan Gawi.
Sabtu – Rabu: 9.00 pagi – 5.00 petang
Khamis – Jumaat: 9.00 pagi – 1.00 petang
Harga Tiket: Permit Masuk ke Tasik Kenyir
• Masuk : RM 1.00
• Kamera : RM 5.00
• Memancing : RM 10.00
• Camping : RM 1.00

Baca juga:

  • Tempat Menarik Di Tasik Kenyir (TERKINI 2020)

9. Bukit Besar

Apabila anda sampai di Terengganu, sudah pasti anda akan perasan tulisan ‘ALLAH PELIHARA TERENGGANU‘ terutama pengunjung yang datang dari arah Jambatan Sultan Mahmud ke pusat bandar. Di situlah terletaknya Bukit Besar.

bukit-besar-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: Bukit Besar Hikers Group

Bagi penggemar aktiviti hiking, disinilah antara tempat yang paling menarik bagi aktiviti tersebut. Kebiasaannya Bukit Besar juga menjadi lokasi bagi pelajar sekolah dan unit beruniform untuk melakukan aktiviti jungle trekking, hiking dan lain-lain aktiviti lasak lain.

Terdapat juga laluan yang bertar memberi jaminan keselamatan kepada pengunjung yang membawa anak kecil. Masa untuk sampai ke puncak mengambil masa setengah jam dan untuk turun juga mengambil masa setengah jam.

Daripada puncak anda akan terus nampak panorama keindahan Sungai Terengganu, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan lain-lain. Pemandangan yang menakjubkan. Jumlah pengunjung akan lebih ramai ketika hujung minggu berbanding hari biasa.

Tempat menarik di Terengganu:Bukit Besar
Alamat:21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

10. Kelip- Kelip Sungai Yak Yah

Jika anda berada di Kemaman jangan lupa untuk singgah di Santuari Kelip- kelip Sungai Yak Yah pada waktu malam.

Kelip- Kelip Sungai Yak Yah tempat menarik di terengganu malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: www.zookemaman.my

Kawasan ini merupakan habitat semulajadi spesies serangga yang dikenali sebagai kelip- kelip atau kunang-kunang. Kebiasaannya aktiviti ini bermula sekitar jam 8 malam antara bulan Julai hingga Oktober.

Sepanjang anda menyusuri sungai, anda akan melihat pokok- pokok belukar yang gelap seperti dipasang dengan ribuan lampu kelip- kelip. Cantik sangat !!

Tempat menarik di Terengganu:Kelip-Kelip Sungai Yah Yah
Alamat:Kampung Yak Yah, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: Bermula 8:00 malam
Harga Tiket:Bot (12 orang)
Dewasa: RM15.00
Kanak-kanak: RM10.00

11. River Cruise Sungai Yak Yah

Dengan menaiki river cruise Sungai Yak Yah anda akan melihat keindahan kawasan hutan paya bakau dan binatang liar di Kemaman .

River Cruise Sungai Yak Yah-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: www.zookemaman.my

Aktiviti ini diselenggara oleh Zoo Kemaman. Perjalanan akan mengambil masa selama 90 minit pergi dan balik yang mana bermula daripada Jeti hingga ke Jambatan Bukit Kuang.

Bot yang disediakan sangat besar bagi menjamin keselesaan pengunjung.

Tempat menarik di Terengganu:River Cruise Sungai Yak Yah
Alamat:Kampung Yak Yah, 24000 Chukai, Terengganu
(Lokasi sama dengan Zoo)
Waktu Operasi:Sabtu – Khamis: 11:00 pagi – 12:30 tengah hari
3:00 petang- 4:30 petang
Harga Tiket:Dewasa: RM 30.00
Kanak- kanak: RM 20.00
(Bayaran termasuk dengan akses masuk ke Zoo Kemaman dan Water park

12. Zoo Kemaman

Zoo ini terletak 14 kilometer daripada Bandar Chukai. Menariknya di zoo ini, ia menggabung elemen taman buah- buahan, taman herba, taman tumbuhan tropika, taman orkid, bonsai dan waterpark.

zoo kemaman-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: www.zookemaman.my

Anda boleh mengelilingi zoo menaiki tren yang disediakan. Landskap di zoo bertemakan “zoo in the garden“. Ini akan menarik minat pengunjung untuk menghabiskan masa bersama keluarga disini.

Terdapat juga mini waterpark yang mana gelongsornya yang berliku- liku. Sudah tentu kanak- kanak amat suka untuk datang kesini.

Tempat menarik di Terengganu:Zoo Kemaman
Alamat:Kampung Yak Yah, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 9:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket:Dewasa: RM 10.00
Kanak-kanak (5-12 Tahun): RM 5.00
Berkumpulan (20 orang): RM 5.00
Kanak- kanak (4 tahun & kebawah): Percuma

13. Taman Tamadun Islam

Jika anda meminati seni rekabentuk serta kebudayaan Islam, ini adalah tempat menarik di Terengganu yang tepat untuk anda. Merangkumi dua kawasan iaitu Zon A Taman Monumen dan Zon B kawasan awam seperti Masjid Kristal dan Tasik Pahlawan.

taman tamadun islam-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: tti.com.my

Di Zon B Terdapat 21 monumen yang dibina hasil air tangan anak tempatan. Untuk ke Zon A pengunjung perlu membayar tiket masuk manakala ke Zon B pula adalah percuma.

Taman Monumen di Zon A memaparkan replika rekabentuk binaan yang memiliki keunikan yang tersendiri contohnya Istana Alhambra dan Kota Lama Aleppo. Ianya sangat mengagumkan.

Tempat menarik di Terengganu:Taman Tamadun Islam
Alamat:Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Isnin – Khamis: 10:00 pagi – 7:00 malam
Jumaat, Sabtu, Ahad & cuti am: 9:00 pagi – 7:00 malam
Harga Tiket:Dewasa: RM22.90
Kanak-kanak: RM16.90

14. Masjid Kristal

Masjid Kristal terletak di Zon B iaitu di kawasan awam. Masjid ini dibina di atas air dipinggir Sungai Terengganu yang menggunakan kristal, kaca dan keluli dalam seni pembuatannya.

masjid kristal-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: tti.com.my

Mempunyai 51 kubah yang lengkap dengan empat menara, cukup menggambarkan kehebatan seni bina Islam Moorish yang cuba diterapkan. Masjid yang sederhana besar ini boleh memuatkan 700 orang jemaah pada satu-satu masa.

Melihat dari pandangan dekat kelihatan seperti kristal. Pada waktu siang, warna masjid menjadi kekuningan dan berkilau apabila terkena pancaran matahari manakala pada waktu malam pula pancaran lampu yang berwarna-warni menerangi masjid ini.

Kedudukan masjid ini seolah-olah terapung di permukaan air.

Tempat menarik di Terengganu:Masjid Kristal
Alamat:Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

15. TTI River Cruise

TTI River Cruise menyajikan pengalaman unik dan berbeza untuk anda. Pelayaran berpandu, yang membolehkan anda menikmati keindahan dan ketenangan Sungai Terengganu.

TTI River Cruise-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: TTI River Cruise

Nikmatilah suasana di atas kapal pelayaran yang mengambil masa 45 minit perjalanan. Anda akan dibawa bersiar-siar di sekitar muara Sungai Terengganu dengan rasa selesa bagi menikmati pemandangan yang menakjubkan di sekeliling pulau kecil.

Malah, anda juga boleh boleh menikmati ‘hi- tea’ di atas kapal sambil melihat keindahan dan merasai angin sepoi- sepoi bahasa di atas Cruise yang bergerak secara perlahan.

Jadualnya berlepas dari jeti Ku Paloh ke kawasan Pulau Duyung kemudian pulang kembali. Set hidangan termasuklah minuman. Jika anda perlukan menu alternatif, mereka turut sediakan.

Tempat menarik di Terengganu:TTI River Cruise
Alamat:Pulau Wan Man, Kampung Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Isnin – Khamis: 10:00 pagi – 7:00 petang
Jumaat, Sabtu & Ahad: 9:00 pagi – 7:00 petang
Selasa: Tutup (kecuali cuti sekolah dan cuti umum)
Harga Tiket:Dewasa: RM 24.10
Kanak- kanak: Rm 17.80
(Minima 12 orang) Lihat Pakej

16. Bukit Panorama Terengganu

Bila sebut tentang Bukit Panorama Terengganu, ramai yang akan mengaitkan dengan kafe yang terletak di puncak bukit ini. Kafe ini menyediakan pelbagai hidangan untuk anda nikmati sambil melihat suasana di bawah bukit.

bukit-panorama-terengganu-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: Restoran Puncak Panorama

Tiada yang lebih mengasyikkan apabila berpeluang menjamu selera sambil menikmati pemandangan Kuala Terengganu yang indah. Dengan konsep yang dipadankan di kafe ini menjadikan tempat ini tempat untuk bergambar bagi pengunjung yang datang .

Di sini ada disediakan makanan tempatan dan makanan barat. Jangan lepaskan peluang melihat panorama indah dari puncak bukit ini pada waktu malam. Untuk sampai di puncak ini ada jalan tar yang boleh dilalui dengan kenderaan.

Tempat menarik di Terengganu:Bukit Panorama Terengganu
Alamat:Jalan Cerong Lanjut, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma (kecuali jika anda makan dan minum di kafe)

17. ChinaTown Kuala Terengganu

Semestinya sebelum sampai ke Pasar Payang, anda akan melalui satu perkampungan Cina yang kemeriahannya tidak dapat disangkal lagi. Rumah kedai yang klasik persis di Melaka menarik minat pengunjung untuk singgah disini.

chinatown-kuala-terengganu-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: wikimedia.org

Terdapat deretan kedai yang menjual sutera yang harganya sangat murah disepanjang rumah kedai di sini. Malah, di setiap celahan bangunan ini terdapat street art pada dinding–dinding bangunan, yang menambahkan lagi keceriaan di perkampungan ini.

Apabila anda berjalan di sekitar kawasan bandar ini, anda pasti akan menyedari bahawa terdapatnya bangunan-bangunan pra-perang disini. Beberapa daripadanya sudah pun berumur lebih seratus tahun.

Majlis Bandaraya juga telah menaiktaraf seluruh kawasan, menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk tujuan pelancongan. Dana khas juga telah diperuntukkan bagi pemuliharaan bangunan warisan disini.

Waktu terbaik untuk anda lihat bangunan-bangunan indah disini yang dibina daripada kayu, batu bata dan mortar adalah dengan datang pada jam 8:00 pagi hingga 3:00 petang.

Tempat menarik di Terengganu:China Town Kuala Terengganu
Alamat:Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

18. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang

Rantau Abang memang terkenal dengan pantainya, antara pantai yang tercantik dan dalam senarai menarik menarik di Terengganu. Disinilah tempat tumpuan penyu bertelur. Anggaran musim penyu bertelur adalah antara bulan Mac hingga Ogos .

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: www.perpaduan.gov.my

Spesies penyu yang selalu mendarat disini ialah Penyu Belimbing, Penyu Agar, Penyu Karah dan Penyu Lipas. Anda berpeluang untuk melihat penetasan telur penyu dan merasai sendiri pengalaman melepaskan anak- anak penyu ke pantai.

Pengalaman yang tidak ada di tempat lain, hanya ada di sini. Pusat ini ditubuhkan untuk menjaga populasi penyu di perairan pantai Terengganu. Kebiasaannya pada musim cuti sekolah, tempat ini menjadi tumpuan para pelajar membuat lawatan sambil belajar.

Tempat menarik di Terengganu:Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang
Alamat:Rantau Abang, Terengganu, 23050 Kuala Dungun
Waktu Operasi:Ahad – Rabu: 8:00 pagi – 5.00 petang
Khamis: 8:00 pagi – 3:30 petang
Waktu Rehat: 1:00 petang – 2:00 petang
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: Tutup
Harga Tiket:Percuma

19. Muzium Negeri Terengganu

Merupakan muzium yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Menampilkan senibina yang indah dan unik, dimana elemen istana lama Terengganu seperti peleleh dan bumbung bertingkat diterapkan.

muzium-negeri-terengganu-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: museum.terengganu.gov.my

Muzium ini juga menempatkan artifak dan hasil seni seperti tekstil, kraftangan dan seni islamik. Batu Bersurat juga dipamerkan di sini. Banyak peninggalan sejarah yang anda dapat lihat di sini. Info info tambahan juga diletakkan di ruang pameran.

Di dalam muzium ini, terdapat 5 bahagian ruang pameran iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, Taman Botani dan rumah tradisional .

Anda sangat digalakkan untuk bawa anak-anak kesini pada musim cuti sekolah untuk memperkenalkan sejarah masa lalu.

Tempat menarik di Terengganu:Muzium Negeri Terengganu
Alamat:20566 Bukit Losong, Terengganu
Waktu Operasi:Sabtu – Khamis: 9:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket:Dewasa: RM 5.00
Kanak-kanak (7-15 tahun): RM2.00
Bawah 7 tahun: Percuma

20. Pantai Tok Jembal

Pantai yang terletak di Kuala Nerus ini menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah pada hujung minggu. Di sini terdapatnya bot nelayan yang diikat di tepi pantai, menampakkan suasana sebenar tepi pantai yang indah dan mendamaikan.

pantai-tok-jembal-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: www.bharian.com.my

Seronok mandi-manda di sini kerana pantainya telah ditambak dengan batu besar sekeliling pantai. Kuda berhias juga terdapat di sini untuk dibawa mengelilingi kawasan pantai.

Banyak juga gerai yang menjual makanan ringan di sini untuk anda nikmati sambil berjalan-jalan di tepi pantai.

Tarikan terbaru yang terdapat di sini ialah Dapo Pata @ Uptown Kontena. Anda boleh nikmati makanan di atas kontena sambil melihat pemandangan indah di tepi pantai.

Tempat menarik di Terengganu:Pantai Tok Jembal
Alamat:21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

21. Taman Rekreasi Tasik Puteri Bukit Besi

Bukit Besi terletak kira- kira 30 minit daripada bandar Dungun. Lokasi Tasik Puteri ini sebenarnya di dalam kawasan Tasik Puteri Golf Resort.

Taman Rekreasi Tasik Puteri Bukit Besi-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: mpd.terengganu.gov.my

Dahulunya kawasan ini merupakan tempat perlombongan bijih besi. Setelah dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), kawasan ini dibuka sebagai tempat menarik di Terengganu untuk orang ramai beriadah di sekitar tasik ini.

Keindahan yang dapat disaksikan disini ialah kewujudan tasik buatan manusia yang mana airnya kebiruan ditambah pula rimbunan pepohon hijau yang mendamaikan.

Malah, dengan adanya air terjun di sini, persekitaran sejuk dan nyaman dapat dirasai. Pengunjung juga boleh mandi-manda dan berenang di air terjun ini.

Air terjun ini telah dijadikan tapak perkelahan bagi pengunjung berkeluarga kerana kawasan air terjun ini cetek, sesuai untuk kanak- kanak.

Tempat menarik di Terengganu:Taman Rekreasi Tasik Puteri Bukit Besi
Alamat:23200 Bukit Besi, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

22. Bukit Besi Rainforest Endurance Park (BBREP)

Kawasan Bukit Besi Rainforest Endurance Park ini dahulunya terkenal dengan kawasan perlombongan biji timah, kini menjadi tempat menarik di Terengganu yang terbaru di negeri Terengganu.

Bukit-Besi-Rainforest-Endurance-Park-BBREP-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: www.teganukita.net

Untuk peminat aktiviti lasak seperti sukan kuda lasak, ATV, motocross dan basikal mountain bike, anda wajib untuk datang ke sini bagi merasai sendiri cabarannya.

Trek sepanjang 31 km disediakan, disertai laluan yang mencabar, bukit bukau dan laluan berlumpur menjadi kegemaran peminat aktiviti lasak di sini.

Tempat menarik di Terengganu:Bukit Besi Rainforest Endurance Park (BBREP)
Alamat:23200 Bukit Besi, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 10:00 pagi – 12:00 malam
Harga Tiket:Percuma (kecuali jika anda menggunakan servis berbayar)

23. Air Terjun Sekayu

Merupakan destinasi perkelahan yang popular di Kuala Berang. Kawasan air terjun Sekayu ini mempunyai kemudahan yang lengkap. Air terjun Sekayu ini terkenal dengan air terjun yang bertingkat dan sangat tinggi.

air-terjun-sekayu-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: terengganu.gov.my

Deruan air terjun dapat didengari terutamanya selepas hujan turun. Kawasan yang lapang memudahkan aktiviti perkelahan dan BBQ. Sekiranya anda inginkan pengalaman bermalam di sini, terdapat chalet yang disediakan untuk pengunjung bermalam.

Landskap yang cantik membolehkan pengunjung merakam detik detik indah di sini. Terdapat juga kolam buatan yang mana ianya sesuai untuk kanak–kanak bermandi-manda.

Pada musim tengkujuh, air terjun ini akan ditutup demi keselamatan pengunjung.

Tempat menarik di Terengganu:Air Terjun Sekayu
Alamat:Hutan Lipur Sekayu, 21700 Kuala Berang, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 8:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket:Dewasa: RM2.00
Kanak-kanak: RM1.00

24. Pantai Batu Buruk

Tidak sah anda datang ke Kuala Terengganu kalau tidak singgah di Pantai Batu Buruk. Pantai ini amat terkenal dari zaman dahulu. Kini ianya adalah tempat lepak yang paling santai.

Pantai Batu Buruk-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: commons.wikimedia.org

Lebih-lebih lagi apabila cuaca yang cantik dan angin sepoi-sepoi bahasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Pada waktu petang biasanya ramai pengunjung datang untuk berkelah dan bermain layang- layang.

Layang- layang di sini direka khas dalam pelbagai bentuk. Di sini juga terdapat kuda berhias untuk anda bersiar-siar di sekitar pantai.

Hanya RM 5.00 sahaja satu kepala. Murah kan? Anda juga boleh memandu ATV di pesisir pantai. Pihak berkuasa tidak menggalakkan pengunjung untuk mandi manda di pantai ini kerana ombaknya yang kuat disebabkan oleh kelajuan angin yang meniup.

Di kawasan berhampiran ini terdapat penjual menaiki motor bertayar tiga yang menjual pelbagai jenis makanan antaranya ‘lokcing’ dan rojak buah-buahan. Terdapat juga gerai kuih Keria Gula Melaka seakan sama seperti yang dijual di Melaka. Sangat Sedap!

Untuk mereka yang ingin merasa aneka jenis juadah celup tepung, boleh la terus ke kedai yang ada berhampiran kawasan ini. Pilih sahaja mengikut selera anda dan nikmatinya. Memang tak rugi untuk mereka yang baru datang kali pertama.

Tempat menarik di Terengganu:Pantai Batu Buruk
Alamat:Pantai Batu Buruk, 20400, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket: Percuma (kecuali jika anda menggunakan servis berbayar)

25. Desa Murni Batik

Untuk anda yang tercari-cari tempat untuk membeli-belah berhawa dingin, anda bolehlah datang ke sini .Desa Murni Batik seolah-olah syurga pakaian dan barangan pengantin, yang menawarkan harga yang murah dan berbaloi-baloi.

desa-murni-batik-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: www.mstar.com.my

Dari baju pasang hinggalah kain pasang ada dijual di sini. Di bahagian atas terdapat aksesori rumah seperti bunga, karpet, hantaran, langsir dan pelbagai lagi.

Memang rambang mata bila anda berkunjung ke sini. Lokasinya yang strategik dan dekat dengan pusat bandar memudahkan tempat ini dicari. Saya sudah shopping . ANDA BILA LAGI?

Tempat menarik di Terengganu:Desa Murni Batik
Alamat:Jalan Sultan Mohamad, Kampung Bukit Kecil, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Sabtu – Khamis: 10.00 pagi – 7.00 petang
Harga Tiket: Percuma (kecuali jika anda membeli barangan)

26. Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)

Dibina di atas pelantar terapung yang menyajikan sebuah pemandangan unik dari segenap sudut.

Masjid putih berkilau ini senibinanya datang daripada idea seorang putera raja. Senibinanya menggabungkan ciri-ciri tempatan seperti marmar, mozek, seramik dan batu turap bomanit.

Masjid Terapung Masjid Tengku Tengah Zaharah-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: www.teganukita.net

Keindahan masjid ini betul-betul terserlah kerana ianya dikelilingi tasik seperti istana dalam kisah 1001 malam.

Masjid ini terletak di Teluk Ibai, hanya 4 kilometer daripada pusat bandar. Kerana keunikan dan keindahannya, ramai pengunjung berhenti untuk solat di sini.

Rugi sekiranya anda datang ke Terengganu tapi tidak datang ke sini. Feel dia lain macam bila menunaikan solat di tempat yang indah ini. Di samping itu, pelbagai kemudahan disediakan di sini.

Tempat menarik di Terengganu:Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)
Alamat:Masjid Tengku Tengah Zaharah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

27. Kompleks Kraf Noor Arfa (Noor Arfa Craft Complex)

Noor Arfa Craft Complex NACC kini terkenal sebagai Batik Pavilion terbesar di Malaysia! Terletak di kawasan perindustrian Chendering, ia merupakan pusat pengumpulan dan pemasaran produk usahawan tempatan.

Kompleks-Kraf-Noor-Arfa-Noor-Arfa-Craft-Complex-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: www.noorarfa.com

Kualiti pembuatan batiknya yang sangat tinggi telah diakui ramai. Selain membeli barangan batik, anda juga berpeluang melihat cara pembuatan batik secara tradisional. Anda boleh merasai pengalaman mencanting sendiri batik di ruang domestik yang disediakan.

Kraftangan lain seperti tenunan, anyaman, pembuatan blok dan kraf kaca juga terdapat di sini. Menarik kan?

Tempat menarik di Terengganu:Kompleks Kraf Noor Arfa (Noor Arfa Craft Complex)
Alamat:NACC Batik Pavilion Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 9.00 pagi-6.00 petang
Harga Tiket:Percuma (kecuali jika anda membeli barangan)

28. Pusat Sains & Kreativiti Terengganu

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) terletak di Taman Chendering Utama, Kuala Terengganu. Mendapat pengiktirafan The Malaysian Book OF Records sebagai bangunan yang memiliki lukisan mural yang terbanyak di Malaysia.

Tarikan utama tentulah planetarium yang mana pengunjung dapat menyaksikan sendiri simulasi dan dokumentari mengenai angkasa dalam 3D yang dipancarkan pada ‘Dome’ (Kubah).

Seakan-akan berada di alam realiti dimana anda akan nampak dengan lebih dekat bintang-bintang dan planet di sistem cakerawala. Selain itu, terdapat 4 galeri yang menempatkan alat-alat dan produk berkaitan dunia sains.

Bawalah anak-anak untuk lihat sendiri perkembangan sains & teknologi yang kian pesat pada masa kini. Terdapat banyak pakej yang ditawarkan terutamanya kepada para pelajar. Cepat-cepat rancang cuti anda!

Tempat menarik di Terengganu:Pusat Sains Kreativiti Terengganu
Alamat:Kampung Laut Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Sabtu – Khamis: 9.00 pagi- 5.00 petang
Harga Tiket:Dewasa: RM12.00
Kanak kanak 5-17 tahun: RM10.00
Kanak-kanak 3-4 tahun: RM3.00
Semak Harga Tiket

29. Taman Rekreasi Pulau Kekabu

Pulau Kekabu sudah sinonim kepada orang Marang. Pantai dan suasananya yang cantik sangat menenangkan hati.

Orang cakap “village view” yang mana terdapatnya jambatan kecil yang perlu dilalui sebelum sampai ke pantai. Ditepinya penuh hutan paya bakau serta banyak bot-bot nelayan yang tersadai.

Taman-Rekreasi-pantai-Pulau-Kekabu-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: drsamsuri.com

Pesisir pantai yang diletakkan batu-batu sebagai tembok, menambahkan lagi seri pemandangan di sini. Tempat bergambar yang selalu direbuti pengunjung adalah di buaian berhampiran pantai.

Kemudahan yang lengkap memudahkan pengunjung luar untuk beristirehat. Berdekatan kawasan ini juga terdapat homestay untuk didiami. Malah terdapat juga taman rekreasi untuk kanak- kanak. Highly Recommended!

Tempat menarik di Terengganu:Taman Rekreasi Pulau Kekabu
Alamat:Taman Rekreasi Pulau kekabu, 21600 Marang, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

30. Pantai Tanjung Jara

Pantai yang terkenal dengan adanya batu-batu dipinggirnya. Terletak di Kuala Dungun, Dungun. Pesisir pantai yang luas membolehkan pengunjung yang datang melakukan aktiviti seperti wind surfing, berkayak dan lain-lain aktiviti pantai.

Pantai Tanjung Jara-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: mpd.terengganu.gov.my

Pasir yang halus keemasan menarik ramai pengunjung untuk bertandang ke sini. Apabila musim penyu bertelur, anda akan melihat banyak penyu- penyu di kawasan pantai ini. Kebiasaannya musim penyu bertelur ialah antara bulan Mei hingga September.

Untuk anda yang merancang untuk bermalam disini, boleh menginap di resort Tanjung Jara. Resort ini mengekalkan suasana tradisi dan konsep seperti di Bali, Indonesia. Tidak perlu lagi melancong jauh, anda boleh rasai suasananya di sini, hanya di Terengganu.

Tempat menarik di Terengganu:Pantai Tanjung Jara
Alamat:Pantai Tanjung Jara, Jalan Kuala Terengganu, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

31. Pantai Pandak Chendering

Dikenali sebagai Pantai Chendering hanya beberapa kilometer dari Kuala Terengganu. Terdapat banyak batu-batu tinggi di tepi pantai yang membolehkan anda melepak dan bergambar bersama pemandangan indah.

Pantai Pandak Chendering tempat menarik di terengganu malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: terengganu.gov.my

Waktu yang cantik bergambar ialah ketika matahari terbenam. Pada waktu petang, ramai pengunjung datang untuk berkelah di tepi pantai. Terdapat gerai-gerai jualan makanan di sekitar kawasan pantai.

Pantainya sangat cantik dan dasarnya cetek. Ramai ibu bapa memberi peluang kepada anak-anak untuk bermandi-manda. Seperti yang kita tahu, tidak semua pantai di Terengganu sesuai untuk mandi-manda. Di sini sangat sesuai untuk bermandi-manda bersama keluarga tersayang.

Tempat menarik di Terengganu:Pantai Pandak Chendering
Alamat:Pantai Pandak Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

32. Pulau Kapas

Pantai yang kecil dan cantik semestinya Pulau Kapas. Sesuai untuk backpackers dan mereka yang perlukan pakej percutian bajet untuk keluarga pada hujung minggu.

pulau-kapas-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: terengganu.gov.my

Hanya 10 minit dari jeti Marang jika menaiki bot laju. Dekat kan? Seperti yang kita tahu, untuk pergi ke pulau-pulau yang terdapat di Terengganu mengambil masa yang agak lama. Tetapi untuk ke Pulau Kapas, tidak perlu menunggu terlalu lama.

Air laut biru kehijauan jernih setanding dengan pulau-pulau lain, amat mengamitkan rasa keseronokan. Siapa sangka pulau yang berdekatan dengan daratan mempunyai perairan yang sangat cantik.

Untuk anda yang inginkan percutian bajet, saya cadangkan anda pergi ke Pulau Kapas kerana di sana terdapat chalet bajet dan juga campsite berharga hanya RM20.00 untuk satu malam.

Aktiviti snorkelling wajib anda cuba di sini kerana pasti anda akan terpukau melihat corals dan ikan-ikan yang berwarna-warni berenang-renang keriangan. CANTIK SANGAT!

Anda juga boleh luangkan sedikit masa ke Bukit Singa dan Batu Berakit untuk aktiviti lebih mencabar iaitu jungle trekking dan cliff jumping. Wow berbaloi-baloi!

Tempat menarik di Terengganu:Pulau Kapas
Alamat: Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu
Waktu Operasi:Jadual bot dari jeti Marang:
9:30 pagi, 11:30 pagi, 1:30 petang, 4:30 petang
Harga Tiket:Bot
RM30.00 – RM40.00 (bergantung kepada musim)

33. La Hot Spring (Kolam Air Panas La)

La Hot Spring terletak di kawasan pedalaman Kampung La. Jarak dari Jerteh ke persimpangan La Hot Spring lebih kurang 25 kilometer.

Suhu air kolam ini antara 45 hingga 49 darjah Ceicius (ada masa mencecah setinggi 60 darjah). Airnya juga mengandungi sulfur semulajadi, dikatakan mempunyai sifat penyembuhan untuk penyakit kulit, sakit otot dan rematik.

La-Hot-Spring-Kolam-Air-Panas-La-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: terengganu.gov.my

Di samping mandi di kolam La Hot Spring, pengunjung boleh bersiar-siar di sekeliling landskap semulajadi atau mandi di sungai yang bersebelahan. Terdapat juga banyak kawasan yang sesuai untuk berkelah.

Untuk kemudahan pengunjung, tempat berkelah dilengkapi dengan tandas, tempat perlindungan, bangku, meja dan tempat BBQ. Terdapat juga gerai menjual makanan dan pelbagai peralatan di pintu masuk taman.

Tempat menarik di Terengganu:La Hot Spring (Kolam Air Panas La)
Alamat:La Hot Spring (Kolam Air Panas La), 22010 Jerteh, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Dewasa: RM2.00
Kanak-kanak: RM1.00

34. Lata Tembakah

Lata Tembakah (Hutan Lipur Lata Tembakah) terletak di Rizab Hutan Pelagat, hanya 24 kilometer daripada bandar Jerteh.

Air terjun Lata Tembakah merupakan salah satu air terjun Terengganu yang paling mengagumkan kerana ianya mempunyai 7 tingkat air terjun .

Lata-Tembakah-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: terengganu.gov.my

Flora dan fauna yang terdapat di sana, sungai-sungai dengan air yang jernih, air terjun dan kolam semula jadi memukau sesiapa yang berkunjung ke sana. Semua ini menjadikan Lata Tembakah lokasi yang ideal untuk perkelahan bersama keluarga.

Camping adalah aktiviti yang paling popular di sini pada hujung minggu dan cuti umum. Semasa cuti sekolah, tempat ini sentiasa hidup dengan kem motivasi untuk pelajar, perkhemahan pengakap, kadet polis dan sebagainya.

Kemudahan yang disediakan di sini termasuk chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok maklumat dan laluan pejalan kaki.

Terdapat juga jambatan yang digantung bagi mereka yang ingin menikmati alam semula jadi dari tempat yang tinggi. Pemandangan air terjunnya juga sangat menakjubkan.

Tempat menarik di Terengganu:Lata Tembakah
Alamat:Lata Tembakah, Jalan Air Terjun, 22010, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 8:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket:Dewasa: RM2.00
Kanak-kanak: RM1.00

35. Air Terjun Lata Belatan

Terletak di Kampung Jabi, Besut. Lokasinya yang mudah untuk pergi dan tidak memerlukan jalan yang jauh untuk sampai ke sini. Untuk yang keluarga yang membawa anak kecil, di sini adalah tempat yang sangat ideal.

Air-Terjun-Lata-Belatan-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: www.hmetro.com.my

Terdapat banyak gerai yang menjual barang permainan, barangan mandi-manda seperti pelampung untuk kanak-kanak. Papan gelunsur untuk kanak-kanak juga ada disediakan.

Untuk pergi ke air terjun Lata Belatan, anda perlu mendaki sedikit anak tangga untuk sampai ke atas. Air sungai yang jernih dengan pemandangan yang mempesona membuatkan tempat ini menjadi pilihan.

Pada hujung minggu tempat ini menjadi pilihan warga tempatan dan pelancong daripada luar.

Tempat menarik di Terengganu:Air Terjun Lata Belatan
Alamat:Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 8:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket:Dewasa: RM2.00
Kanak-kanak: RM1.00

36. Air Terjun Chemerong

Jom berkunjung ke pusat tarikan pelancong di Hulu Dungun ini yang menjanjikan pengalaman menarik serta keindahan flora dan fauna yang belum diterokai.

Kepada mereka yang berminat dengan aktiviti pendakian dan juga pencinta alam semulajadi, di sini merupakan tempat yang tepat untuk anda.

Air-Terjun-Chemerong-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: terengganu.gov.my

Sepanjang pendakian, pendaki akan melihat keindahan air terjun Chemerong yang merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kemudahan tapak pekhemahan juga disediakan untuk memberi kemudahan kepada pendaki beristirehat. Kemudahan untuk parkir kereta juga disediakan kepada pengunjung.

Pendakian memakan masa selama 1 jam untuk sampai ke Air Terjun Chemerong. Sepanjang pendakian anda akan berjumpa dengan Taman Bonzai, pokok Seraya Besar, pokok Orkid liar dan banyak lagi. Tonton video kembara di Hutan Lipur Chemerong.

Tempat menarik di Terengganu:Air Terjun Chemerong
Alamat:Hutan Simpan Pasir Raja, 23000, Dungun, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 8:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket:Dewasa: RM2.00
Kanak-kanak: RM1.00

37. Gunung Berembun Hulu Dungun

Gunung Berembun (1038m) berkongsi trek perjalanan dengan Air Terjun Chemerong. Perjalanan anda akan melalui Bukit Taubat, Kem B, Pokok Meraga Berlubang, Taman Bonzai. Selepas 6 jam anda akan sampai di Gunung Berembun ini.

Gunung-Berembun-Hulu-Dungun-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: www.ketengah.gov.my

Permit pendakian perlu dimohon terlebih dahulu, sebulan sebelum aktiviti pendakian bermula. Harganya hanya RM 5.00 sahaja. Sekiranya anda memerlukan penunjuk arah, bayaran berharga RM500.00 akan dikenakan. Anda akan bermalam di sana sebaik sahaja sampai di puncak gunung.

Merasai keseronokan sepanjang perjalanan itu, anda tidak akan menyesal setelah menyaksikan keindahan dan panorama yang dapat dilihat dari atas gunung.

Tempat menarik di Terengganu:Gunung Berembun Hulu Dungun
Alamat:Hutan Simpan Pasir Raja, 23000, Dungun, Terengganu
(Lokasi Hutan Lipur Chemerong)
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:RM5.00 (Perlu mohon permit)
RM500.00 (Penunjuk Arah)

38. Air Terjun Langsir

Apabila sampai di puncak, anda akan melihat pemandangan yang sangat cantik dan menawan. Yang paling menarik di puncak sana ialah terdapatnya air terjun yang dikenali sebagai Air Terjun Langsir. Kenapa ya? Bentuk langsir ke? Haaa. Tepat sekali. Bentuk alur batu disana seakan-akan bentuk langsir.

Air-Terjun-Langsir-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: www.ketengah.gov.my

Airnya yang jernih kehijauan mengalir dengan tenang menampakkan suasana nyaman di sana. Ada batu-batu yang membolehkan anda mandi-manda dan bermain sliding.

Lihat gambar yang saya kongsikan, anda akan rasa teruja untuk sampai ke sini. Memang sangat cantik ciptaan Tuhan.

Tempat menarik di Terengganu:Air Terjun Langsir
Alamat:Hutan Simpan Pasir Raja, 23000, Dungun, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:RM5.00 (Perlu mohon permit)
RM500.00 (Penunjuk Arah)

39. Bukit Keluang

Dari atas Bukit Keluang, anda dapat saksikan pantai yang indah, laluan kayu di sepanjang tebing-tebing, gua-gua laut dan pandangan yang luar biasa Laut China Selatan luas terbentang.

bukit-keluang-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: www.mstar.com.my

Ia terletak di Terengganu kira-kira 6 kilometer daripada bandar Kuala Besut. Di Kuala Besut ini lah, pelancong menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian.

Terdapat jalan kayu yang dibina di atas batu-batu sebagai laluan di lereng bukit. Laluan tersebut mengarah ke beberapa gua laut yang banyak dihuni oleh kelawar.

Ketika air surut, anda boleh berjalan menuju ke gua tetapi apabila air pasang, jangan sesekali menuju ke sana, bahaya. Semasa lawatan saya, laluan pejalan kaki adalah cara paling selamat untuk memasuki ke dalam gua.

Untuk lihat pemandangan yang indah dan cantik, anda tidak perlu bayar mahal-mahal. Anda boleh datang ke sini pagi waktu pagi saat matahari terbit dan pada waktu petang saat matahari terbenam. Sangat indah!

Tempat menarik di Terengganu:Bukit Keluang
Alamat:Bukit Keluang, 22200 Kampung Raja, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

40. Pantai Bukit Keluang

Selain Pantai Pandak, Pantai Bukit Keluang juga merupakan salah satu pantai yang anda boleh bermandi- manda. Struktur pantai yang landau dan berteluk menyebabkan pantai ini sesuai dan selamat untuk mandi-manda.

Pantai-bukit-keluang-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com 1
Kredit Gambar: terengganu.gov.my

Suasana yang nyaman dan persekitaran yang bersih menarik ramai pengunjung datang ke sini. Terdapat deretan kedai di tepi jalan menghala ke pantai. Airnya yang sangat cantik dan pasir yang memutih menambahkan lagi tarikan di sini.

Untuk pengetahuan anda, pantai ini berdekatan dengan Pulau Redang . Jadi memang sangat cantik lah permandangan melihat ke arah pulau tersebut! Di sini juga terdapat gua yang membolehkan anda berkelah didalamnya.

Terdapat jambatan yang di bina khas untuk anda lihat kawasan sekeliling dan bergambar. Jika anda ke sini, anda akan dapat lihat orang memancing di satu kawasan lagun air. Kawasan itu juga terdapat pondok untuk beristirehat. Rugi kalau anda tidak datang ke sini.

Tempat menarik di Terengganu:Pantai Bukit Keluang
Alamat:Pantai Bukit Keluang, 22200 Kampung Raja, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

41. Kota Putera Paragliding & Extreme Park

Jom meluncur di langit sambil menikmati pemandangan menakjubkan di Bukit Bubus, dan pantai Terengganu yang indah. Terletak di Terengganu, Bukit Bubus adalah tempat yang popular untuk menjalakan aktiviti paragliding di negeri ini.

Oleh kerana ianya berhampiran dengan laut, lompatan dari puncak ini akan membawa anda terbang melintasi salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Sesi paragliding bersama jurulatih ini akan berlangsung sekitar 5 hingga 8 minit.

Tiada pengalaman diperlukan. Sukan luncur udara paragliding yang awesome! Kenapa mesti datang dan cuba paragliding di sini? Sebab saat inilah anda boleh terbang bebas di ruang udara seakan-akan burung yang berterbangan melewati pantai yang indah.

Kota Putera Paragliding Park adalah satu-satunya tapak paragliding yang berada di pesisir pantai. Anda boleh menikmati panorama yang indah di sekitar Bukit Bubus dan Bukit Keluang.

Setakat ini, saya belum pernah lagi dapat maklumbalas yang negatif, semua peserta paragliding teruja dengan permandangannya! MURAH ! Ya, anda hanya dikenakan bayaran RM100.00 sahaja.

Bagi anda yang sukakan cabaran boleh datang ke sini dan rasai keseronokan paragliding. Permandangan laut dan bukit yang sangat cantik.

Tempat menarik di Terengganu:Kota Putra Paragliding & Extreme Park
Alamat:Bubus Hill, Dendong Beach, UnisZa Road, Kampung Raja, Terengganu, 22020, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket: RM100.00 (Paragliding)

42. Gunung Tebu

Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Terengganu, Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian 1,039 meter dan Gunung Tebu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

gunung-tebu-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: D’pinggiran Gunung Tebu

Dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau Perhentian dapat dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus tebal. Hutan Lipur Lata Belatan, adalah titik permulaan untuk mendaki Gunung Tebu.

Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM5 sebagai permit mendaki.

Disini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah dan bersiar-siar. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah gerai-gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.

Tempat menarik di Terengganu:Gunung Tebu
Alamat:Gunung Tebu, Jerteh, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket: RM5.00 (Perlu mohon permit)

43. Pulau Tenggol

Pulau Tenggol adalah salah satu daripada pulau-pulau yang paling indah di pantai timur Malaysia. Perairan yang sempurna dihangatkan oleh selatan china laut.

pulau-tenggol-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: terengganu.gov.my

Pulau menyelam Tenggol mempunyai beberapa keadaan air yang sangat bersih dan kehidupan laut yang menakjubkan, menjadikannya salah satu lokasi menyelam yang paling indah di Malaysia.

Pulau yang kecil dan padat di mana air yang biru melihatkan berbagai hidupan laut dan coral lembut termasuk nudibranch and clownfish.

Menariknya, selain snorkelling dan diving anda juga boleh bersiar-siar di tepi pantai dan menginap di resort berhampiran untukmenikmati keindahan pulau ini.

Pulau ini lebih kepada keindahan dasar lautnya yang mengagumkan.Peminat snorkelling dan diving lokasi wajib untuk anda.

Tempat menarik di Terengganu:Pulau Tenggol
Alamat:Pulau Tenggul, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:RM450.00 – RM1,860 (harga mengikut pakej ejen pelancongan)

44. Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah terkenal dengan pantai berpasir putih, air laut yang jernih dan kepelbagaian kehidupan marin bawah air.

Sama ada anda sedang mencari berjemur di tepi pantai atau menjelajah banyak spesies laut di bawah air, Lang Tengah pasti akan mempesonakan anda dengan memberikan percutian pulau yang tidak dapat dilupakan.

pulau-lang-tengah-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: terengganu.gov.my

Bukan sahaja bagi mereka yang menikmati aktiviti pantai atau air, Lang Tengah juga merupakan tempat yang baik untuk berbulan madu. Anda boleh naik dari Jeti Marang yang mengambilmasa 30 ke 40 minit.

Jauh tapi sangat berbaloi apabila anda sampai di sini.

Anda akan disajikan dengan panorama indah dengan air pantai yang hijau kebiruan melihat matahari terbit dan terbenam serta melihat burung helang berkeliaran menangkap ikan di permukaan laut.

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. “Lang Tengah” diambil nama sempena nama burung helang dan lokasinya yang berada di tengah-tengah Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Anda boleh bayang dah kan keindahan nya. Cepat rancang cuti anda.

Tempat menarik di Terengganu:Pulau Lang Tengah
Alamat:Pulau Lang Tengah, 21300, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Bot (Dari Jeti Merang)
Dewasa: RM120.00 pergi balik
Kanak-kanak: RM60.00 pergi balik

45. Pusat Budaya Kraf Terengganu

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu (PKKM) terletak di Chendering, lebih kurang 6 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu.

Pusat Budaya Kraf Terengganu-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: Kraftangan Terengganu

Pusat kraftangan ini memberi pelbagai pilihan barangan kraftangan serta mereka menunjukkan cara penghasilan dan pembuatan.

Produk kraftangan yang dihasilkan diperbuat dari tekstil, logam, hasil rimba dan seramik. Anda juga berpeluang membuat tempahan khas produk kraftangan mengikut citarasa anda sendiri

Tempat menarik di Terengganu:Pusat Budaya Kraf Terengganu
Alamat:Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering, Terengganu, 20700 Kuala Terengganu
Waktu Operasi:Ahad – Khamis: 8:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket:Percuma

46. Taman Awam Lagun Kuala Ibai

Jika nak dibandingkan dengan pantai yang lain di Terengganu, Taman awam lagun ini tidak dikenali sangat. Sebenarnya tempat ini berdekatan dengan masjid terapung.

Taman Awam Lagun Kuala Ibai-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: mbkt.terengganu.gov.my

Gerai-gerai makanan di sini meriah dan banyak makanan yang boleh dinikmati sambil melihat keindahan lagun yang cantik. Pada bulan puasa kawasan ini dijadikan tapak bazar Ramadan . Senang kan, lepas berbuka anda boleh terus pergi solat di Masjid Terapung.

Lagunnya yang cantik terbentuk bersama hamparan pasir memutih tatkala air surut memberi peluang pengunjung merasai kesejukan airnya. Keluarga yang bawa anak-anak boleh biarkan mereka bermain di taman pemainan yang disediakan.

Tempat menarik di Terengganu:Taman Awam Lagun Kuala Ibai
Alamat:Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

47. Bukit Keledang

Bukit Keledang, Terengganu merupakan sebuah bukit kecil yang terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Kini ianya menjadi ikon pelancongan baru selepas Jabatan Warisan Negara mewartakan kawasan itu sebagai salah satu tapak warisan bersejarah di Malaysia.

bukit-keledang-terengganu-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: Terengganu State Museum

Ia terletak berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia. Ini memudahkan pelawat yang datang kesini untuk bermalam sekiranya perlu.

Bukit Keledang pernah menjadi pangkalan bagi pedagang memunggah hasil dari Hulu Sungai Terengganu pada abad ke-18, kini di bawah penyeliaan dan jagaan Jabatan Warisan Negara dan juga Muzium Negeri Terengganu.

Di atas Bukit Keledang, terdapat beberapa pusara lama yang dipercayai adalah Makam DiRaja pemerintah awal Terengganu. Anda yang ingin melihat dengan lebih dekat pusara dahulu kala boleh datang di sini .

Tempat menarik di Terengganu:Bukit Keledang
Alamat: 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

48. Kuala Terengganu Waterfront

Kuala Terengganu Waterfront merupakan taman rekreasi yang menempatkan banyak gerai makan yang pelbagai.

Anda boleh nikmati makanan sambil melihat pemandangan sekitar perairan Sungai Terengganu yang mengalir tenang. Dibuka pada waktu petang hingga ke malam.

Di sini dijadikan tempat memancing dan beriadah kerana kawasan ini yang lapang dan suasana yang tenang.

Berdekatan tempat ini ialah Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Anda boleh berjalan kaki ke situ untuk melihat pelbagai hasil laut yang diniagakan sendiri oleh para nelayan. Segar tau!

Tempat menarik di Terengganu:Kuala Terengganu Waterfront
Alamat:Jalan Balik Bukit, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

49. Pulau Duyong

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau yang terletak di muara Sungai Terengganu.

Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya.

Pulau Duyong-terengganu-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: blog.tourism.gov.my

Ia terletak tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu dan dihubungkan melalui Jambatan Sultan Mahmud. Pulau Duyung merupakan pusat perusahaan membuat bot dan kapal layar tradisional di Malaysia. Justeru ia mempunyai nilai warisan yang tinggi.

Keunikan rekabentuk berasaskan nilai warisan dan tradisional tempatan menjadi faktor utama perahu dan bot yang dihasilkan terus mendapat perhatian penggemarnya.

Pelawat atau pelancong yang ingin ke Pulau Duyong boleh memilih untuk menggunakan jalan darat atau pun bot penambang.

Tempat menarik di Terengganu:Pulau Duyong
Alamat:Pulau Duyung Besar, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Percuma

50. Kota Lama Duyong

Bangunan penting sejarah ini terletak di Pulau Duyong Kecil. Ia merupakan satu keajaiban senibina yang dibina pada tahun 1920. Pulau Duyung boleh diakses sama ada dengan teksi air, kereta atau bas Heritage City.

Kota Lama Duyong-tempat-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: blog.tourism.gov.my

Teksi air berlepas dari jeti Shahbandar dengan persimpangan mengambil kurang dari 10 minit. Apabila anda tiba di jeti Pulau Duyung, berjalan ke kiri di antara rumah-rumah Kampung untuk mencari Duyong Old Fort.

Kota lama ini mempunyai sembilan bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang bersambungan dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda dan titian.

Rekabentuknya mirip istana kecil raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan unsur pembinaan seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu.

Bahan binaan utama yang digunakan adalah batu bata, manakala madu, putih dan serbuk kulit kerang yang dibakar diadun untuk dijadikan simen atau pelekat.

Tempat menarik di Terengganu:Kota Lama Duyong
Alamat:Pulau Duyong Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 9:00 pagi – 5:00 petang
Jumaat: 12:00 tengah hari – 3:00 petang (tutup)
Harga Tiket:Percuma

51. Pulau Gemia

Pulau ini terletak 800 Meter dari Pulau Kapas dan jaraknya hanya 5 kilometer daripada tanah semenanjung.

Pulau Gemia tidaklah sebegitu popular seperti Pulau Perhentian atau Redang, tetapi pulau ini mampu menarik pelancong untuk datang ke sini dengan adanya pulau yang berbatu diliputi dengan kehijauan pokok dan kerjenihan air.

pulau-gemia-menarik-di-terengganu-malaysiaindah.com-1
Kredit Gambar: Destinasi Bajet

Pelancong asing lebih ramai di sini kerana pulau ini pulau yang terpencil dan sunyi. Perjalanan ke sana akan mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki bot laju di jeti Marang, Kuala Terengganu.

Di sana hanya terdapat satu penginapan sahaja iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort. Kebanyakkan yang datang kesini menghabiskan masa dengan beristirehat berbanding snorkelling kerana kedamaiannya.

Jika anda ingin memilih percutian yang sunyi dan tenang damai, anda boleh pergi ke pulau ini.

Tempat menarik di Terengganu:Pulau Gemia
Alamat:Pulau Gemia, 21600 Marang, Terengganu
Waktu Operasi:Setiap Hari: 24 jam sehari
Harga Tiket:Harga bermula daripada RM1170.00 untuk 3 hari 2 malam (harga mengikut pakej ejen pelancongan)

Baca juga:

  • MalaysiaIndah
  • Tempat Menarik Di Selangor (TERKINI 2020)
  • Tempat Menarik Di Penang (TERKINI 2020)
  • Tempat Menarik Di Melaka (TERKINI 2020)
  • Tempat Menarik Di Perak (TERKINI 2020)

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *