5 Tips Penjagaan Lesung Batu Yang Anda Boleh Cuba

  • 2 min read
  • Jun 27, 2022
lesung batu

Pada zaman moden ini ramai yang hanya memakai blender untuk mengisar bahan-bahan kering. Namun ada juga yang masih setia menggunakan lesung batu.

Tekstur menumbuk dalam lesung batu lebih sedap jika dibandingkan dengan mengisar bahan-bahan menggunakan mesin pengisar.

Penjagaan lesung batu haruslah diutamakan selepas menggunakannya kerana ia akan menyumbang kepada pembiakan bakteria jika tidak dicuci betul-betul.

Dr Fatimah, seorang ahli kimia ada berkongsi tentang penggunaan dan penjagaan lesung batu. IKuti perkongsiannya di bawah 👇🏻

Ikuti Tips Dari Pakar Kimia Ini Berkaitan Penggunaan Dan Penjagaan Lesung Batu

penjagaa lesung batu
penjagaan lesung batu

LESUNG BATU

Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang mana digunakan untuk menumbuk ramuan memasak.

Bagi negara-negara di Asia Tenggara, lesung batu tidak asing lagi bagi mereka kerana boleh dikatakan setiap dapur rumah wajib ada.

Sejarah kewujudan dan penggunaan batu lesung bermula seawal ribuan tahun dahulu, bermula dari Zaman Logam (atau mungkin sebelumnya) dan tetap terus digunakan sehingga ke hari ini.

Lesung batu diperbuat daripada batuan granite monolith. Ada juga diperbuat dari tanah liat, marmar dan kayu.

Saya punya ini diperbuat daripada marmar. Walaupun teknologi mengisar bahan mentah telah lama wujud, namun masih ramai yang lebih suka menggunakan lesung batu untuk melumatkan bahan-bahan masakan terutamanya bahan tumisan seperti halia, cili bawang, kunyit dan sebagainya.

Ini kerana kaedah pemusnahan sel-sel bahan-bahan tumisan ini yang menggunakan hentakan lesung adalah berbeza dengan daya kisaran oleh alat pengisar.

Tambahan pula, tanpa tambahan air dalam lesung batu juga memastikan bahan yang ditumbuk lebih lumat, sebati dan memudahkan proses tindak balas Maillard komponen gula dan protein semulajadi dalam bahan tumisan.

Inilah sebabnya rasa masakan yang ditumbuk bahannya adalah sedikit berbeza daripada yang dikisar.

Tips Penggunaan Lesung Batu:

👉🏻 Bagi mengubah konsistensi bahan yang dikisar supaya lebih cair, boleh tambahkan sedikit air ke dalam bahan yang sedang dikisar.

penjagaan lesung batu
penjagaan lesung batu

👉🏻 Alaskan bawah lesung dengan kain yang tebal bagi mengelakkan bunyi yang kuat dan geseran di permukaan meja/lantai ketika menumbuk bahan. Kain berfungsi menyerap bunyi dan hentakan.

alas lesung

👉🏻 Potong bahan (seperti bawang merah, halia dan kunyit) yang perlu ditumbuk kepada bahagian yang kecil bagi mengelakannya terpelanting keluar!

potong kecil

👉🏻 Sebelum menggunakan batu lesung yang baru dibeli, tumbuk segenggam beras putih ke dalam lesung bagi membersihkan sebarang sisa debu dari bahan lesung itu sendiri dan bilas menggunakan air suam.

👉🏻 Gunakan saiz lesung batu yang bersesuaian dengan kapasitinya bagi mengelakkan bahan yang ditumbuk melimpah keluar.

beras

Tips Penjagaan Lesung Batu:

👍🏻 Pastikan lesung batu dibasuh bersih selepas digunakan bagi menghilangkan bau, warna dan rasa yang melekat.

Untuk jenis lekatan degil, lesung boleh dibasuh dengan bahan berasid seperti limau, asam jawa..

cuci lesung batu

👍🏻 Telengkupkan atau keringkan permukaan dalam lesung bagi mengelakkan air bertakung.

telangkup mangkuk
telangkup mangkuk

👍🏻 Simpan lesung batu di tempat yang bersesuaian bagi mengelakkan pertumbuhan kulat.

simpan lesung

👍🏻 Sekali-sekala tumbuk/ lenyek garam kasar dalam lesung batu untuk meratakan permukaannya.

garam

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *