Travel Backpack: Tips Untuk Travel Yang Ringan

  • 3 min read
  • May 15, 2019
travel backpack 1 Small

Travel Backpack yang sangat ringan akan membuatkan anda merasa sangat bebas dan dapat memberikan keselesaan di mana jua anda berada.

Kebanyakan syarikat kapal terbang akan mengenakan cas jika membawa lebih bagasi dan perkara ini anda perlu hindari supaya dapat berjimat semasa ingin bercuti atau mengembara ke mana sahaja.

Di sini terdapat beberapa tips serta perkongsian bagaimana ingin mengurangkan bagasi yang anda ingin bawa serta hanya membawa satu beg sahaja untuk mengembara dan bercuti.

Mengembara dengan hanya satu Travel Backpack

travel backpack 2

Sebenarnya pada hari ini, anda hanya perlu bawa barang yang sedikit sahaja daripada apa yang dijangkakan. Sudah tentu anda perlukan barang selain dompet, kunci dan telefon mudah alih.

Barang lain yang perlu dibawa mestilah apa yang anda betul-betul perlukan. Terdapat tiga cara untuk memberikan keselesaan iaitu dengan membawa hanya satu beg:

1. Bawa Barang Yang Kurang

Anda perlu tinggalkan barang-barang yang tidak diperlukan supaya dapat menikmati perjalanan dengan lebih selesa dan aman. Dengan membawa barang yang sedikit, anda tidak perlu risau tentang apa yang sedang dibawa dan dapat memberi fokus kepada perjalanan anda.

Anda hanya memikirkan orang, tempat dan makanan di tempat yang sedang dikunjungi dengan travel backpack yang ringkas.

2. Kurangkan Berat, Bukan Kegunaan

Barang yang bukan untuk kegunaan tidak perlu untuk dibawa. Apabila anda diberi pilihan, bawalah barang yang ringan atau mempunyai corak penggunaan ruang yang bagus.

Bawa barang yang mempunyai pelbagai kegunaan adalah menjadi kutamaan serta mengurangkan berat dan kepayahan semasa berada di negara orang. Pakaian yang fleksibel juga amat berguna bagi mengurangkan barang yang ingin dibawa.

3. Mengembara Dengan Daya Tahan Yang Selesa

Anda tidak perlu memakai seluar yang mempunyai 10 zip atau baju panas yang ada 15 poket. Anda tidak perlukan semua ini kerana anda akan sedar bahawa tidak perlukan banyak barang untuk kegunaan harian sebenarnya.

Anda perlu berasa selesa seperti berada di rumah ketika dalam perjalanan dan yakin dengan persekitaran yang tidak dikenali.

Penggunaan Jenis Fabrik Semasa Travel

travel backpack 3 Small

Ianya sangat penting untuk menjadi lebih cekap dengan apa yang anda ingin bawa. Kita ingin bawa beberapa jenis barang dan sangat penting untuk membuat pilihan yang tepat.

Oleh itu kita akan menggunakan bulu kambing sebagai fabrik. Kebanyakan kesilapan orang ramai buat adalah pilihan fabrik mereka.

Mereka akan menggunakan kapas atau kain sintetik dan walaupun ianya mudah untuk dikeringkan serta hilangkan peluh dengan cepat, tetapi bau yang ditinggalkan sangat teruk. Fabrik jenis ini juga tidak boleh mengawal suhu badan secara berkesan. Kenapa bulu kambing?

  • Tidak busuk. Bulu kambing secara semula jadi adalah anti-mikrob dan tahan bau serta dengan cepat menyejat peluh ke udara. Ini bermakna anda akan jarang mencuci pakaian anda. Anda boleh menggunakan pakaian ini selama seminggu tanpa perlu basuh.
  • Mengawal suhu badan dengan sempurna. Bulu kambing merupakan penebat semulajadi. Ini bermakna membuatkan badan anda panas pada waktu sejuk dan sejuk pada musim panas. Sekali lagi ianya juga akan menyejat peluh dengan cepat.
  • Kering dengan cepat. Anda boleh bayangkan jika terperangkan dalam monsun tropika dengan angin yang sangat kuat. Anda tidak akan perasan bahawa baju telah kering dengan cepat akibat daripada tiupan angin yang kuat.
  • Tidak berkedut. Bulu kambing secara semula jadi sangat tahan daripada kedut kerana struktur fibernya. Ini bermakna anda tidak perlu membazir masa untuk menggosok baju jika terlewat ingin ke mana-mana.

Telefon Pintar Untuk Mudah Travel

travel backpack 4 Small

Dengan dunia sekarang yang sudah mempunyai pelbagai jenis teknologi yang memudahkan manusia, telefon pintar adalah salah satu alat yang sangat berguna. Anda boleh menempah tiket penerbangan dan tiket kereta api serta baca buku hanya dengan telefon pintar anda.

Anda boleh menggunakannya sebagai jam, muzik serta membuat panggilan video. Anda juga boleh memantau perniagaan anda dari jarak jauh semasa dalam perjalanan. Anda tidak perlu membawa beg laptop hanya untuk melihat movie atau membuka Facebook.

Jika kamera telefon pintar anda sangat bagus, anda akan menyelamatkan diri anda dari membawa kamera yang berasingan dan mengurangkan ruang travel backpack anda. Telefon pintar juga akan membantu anda mendapatkan kenalan baru sewaktu perjalan serta menolong anda sewaktu kecemasan.

Walaubagaimanapun, keburukan penggunaan telefon pintar ini adalah anda akan sentiasa ingin membuka email serta Facebook dan ini akan merosakkan perjalanan anda. Kecuali anda merupakan seorang yang hidup secara berpindah randah dan mengembara ke mana sahaja 365 hari setahun.

Cadangan yang baik adalah meletakkan telefon pintar anda dalam mode kapal terbang setiap masa dan tidak menggunakan SIM antarabangsa. Anda perlu mendisiplinkan diri supaya anda dapat menikmati perjalanan anda tanpa gangguan dari sekeliling.

Dompet Terbaik Untuk Travel

travel backpack 5

Dompet sangat penting kerana ia boleh menyimpan pelbagai jenis barang yang penting seperti duit, passport dan kunci. Dompet yang mempunyai bentuk yang slim, rekaan yang menarik dan mempunyai pelbagai fungsi adalah pilihan yang tepat.

Ia mempunyai bahagian depan di mana anda boleh meletakkan kad kredit yang paling banyak anda guna dan bahagian dalam yang boleh menyimpan pelbagai jenis kad yang jarang digunakan seperti lesen memandu, kad insurans kesihatan dan sebagainya.

Kelemahan kepada dompet jenis ini adalah ia datang dengan harga yang terlalu tinggi. Sebenarnya jika di fikirkan, ianya amat menguntungkan walaupun mempunyai dompet mahal ini untuk travel backpack yang ringan. Anda tidak perlu lagi untuk membeli dompet tambahan untuk meletakkan pelbagai jenis resit atau bil.

Itu sahaja! Kini anda sudah tahu bagaimana ingin menguruskan perjalanan anda dengan betul serta memilih barang yang ingin anda bawa sahaja supaya anda boleh menikmati pemandangan dan menghirup udara yang segar di negara orang. Selamat mengembara dan sentiasa berada dalam perjalanan yang selamat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!