Yogurt Expired Masih Boleh Dimakan Tapi Ada Caranya!

  • 3 min read
  • Nov 22, 2022
yogut

Yogurt expired masih boleh dimakan ke? Ya, masih boleh dimakan tapi perlu kena dengan caranya.

Yogurt ini amat terkenal dalam golongan-golongan yang sedang berdiet kerana kebanyakan mereka akan memasukkan yogurt dalam pemakanan diet mereka.

Namun, ada juga yang tidak tahu tentang yogurt yang sudah expired ini. Apabila sudah tarikh luput mereka akan membuang yogurt yang dibeli walaupun masih elok dan boleh dimakan lagi walaupun harganya agak mahal juga di pasaran.

Apakan daya, mereka cuma ingin berhati-hati dan tidak mahu keracunan makanan apabila makan yogurt yang sudah tarikh luput.

Tapi adakah anda tahu bahawa yogurt yang sudah expired itu masih boleh dimakan? Perkongsian daripada Dr Fatimah ini akan membuka mata dan menambah pengetahuan anda tentang yogurt yang sudah melepasi tarikh luput.

Di bawah ini terdapat panduan tentang cara penjagaan untuk yogurt tahan dengan lebih lama.

Bagaimana Cara Selamat Untuk Menyimpan Yogurt Expired?

Ada ahli MaMa yang bertanya ‘bolehkah yogurt dimakan selepas tarikh luput yang tertera pada bekas?’

Yogurt merupakan makanan separa pejal yang disediakan melalui fermentasi susu oleh bakteria yang baik (aka probiotik) seperti Lactobacillus delbrueckii subspecies bulgaricus dan Streptococcus thermophilus.

Dengan kata lain, susu sengaja dibasikan. Semasa proses fermentasi, bahan kimia lactose (iaitu komponen gula dalam susu) akan ditukarkan oleh bakteria kepada bahan kimia asid laktik.

Peningkatan jumlah asid laktik akan membuatkan rasa yogurt menjadi masam dan teksturnya menjadi padat.

Sekiranya anda takut untuk memakan makanan yang telah melepasi tarikh luput, ketahuilah kecuali susu formula bayi, untuk kebanyakkan produk makanan lain, tarikh luput hanya bertujuan menentukan kualiti, bukan isu keselamatan produk berkenaan.

Ini bermaksud makanan sebegini adalah SELAMAT untuk dimakan. Begitulah juga yogurt. Ya, tarikh luput pada yogurt adalah untuk pengeluar menjamin kualitinya sehingga tarikh ini sahaja.

Ini benar kerana yogut yang sudah melepasi tarikh luput, akan berubah menjadi lebih masam dan teksturnya akan menjadi lebih berair disebabkan pertambahan jumlah bakteria yang beraktiviti.

Inilah yang dinamakan kualitinya sudah berkurangan. Apabila dimakan begitu saja, sesetengah sistem penghadaman tidak tahan lalu boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut.

Namun jika dicampurkan dalam masakan, tiada masalah kerana bakteria ini akan mati dengan suhu memasak.

Namun, tidaklah bermakna yogut itu boleh disimpan selama mungkin. Umumnya yogurt kosong (plain yogurt) yang BELUM dibuka boleh dimakan setelah sebulan daripada tarikh luput.

Bagi produk yang telah dibuka terutamanya yang telah disenduk ke mulut, biasanya selamat setelah tempoh seminggu.

Ini kerana yogurt telah terdedah dengan bakteria luar daripada air liur pada senduk dan udara yang akan mempercepatkan ianya rosak.

Untuk yogurt berbuah atau berperisa pula, biasanya lebih mudah rosak disebabkan pertumbuhan yis dan kulat.

yogurt expired
Yogurt Expired

Yogurt yang sudah rosak ini sebenarnya boleh ditentukan melalui deria melalui hidung, mata dan lidah kita.

Selain daripada yogurt menjadi lebih masam dan berair, perubahan lain dari segi rupa, warna, bau dan rasa adalah indikasi ianya sudah tidak selamat dimakan.

Makanan yang telah dicemari bakteria luar, berkulat atau beryis boleh menyebabkan keracunan makanan.

Antara gejala keracunan makanan ini adalah cirit birit, sakit perut dan muntah-muntah. Sekiranya gejala berterusan, dapatkan rawatan dengan segera.

Tips untuk memanjangkan jangka hayat yogurt:

• Setelah dibeli, cepat-cepat simpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan aktiviti bakteria sedia ada dalam yogurt.

simpan yogurt
Yogurt Expired

• Tidak perlu membuka bungkusan yogurt selagi belum dimakan atau digunakan.

yogurt
Yogurt Expired

• Sekiranya anda menyenduk yogurt, pastikan senduk adalah bersih termasuklah tidak terdedah dengan air liur. Ini boleh mengelakkan kontaminasi bakteria luar daripada udara dan air liur.

cedok yogurt
Yogurt Expired

• Dan pastikan tutup rapat yogurt bagi mengelakkan cemaran silang dari peti sejuk dan udara disebabkan aktiviti kerap membuka peti sejuk.

tutup yogurt
Yogurt Expired

• Untuk simpanan yang lebih lama, bekukan yogurt dalam peti sejuk beku. Suhu beku akan merencatkan aktiviti bakteria dalam yogurt. Cuma mungkin teksturnya sedikit berubah apabila dinyahbeku kelak.

yogut beku
Yogurt Expired

Kesimpulannya, yogurt yang sudah melepasi tarikh luput masih lagi selamat dimakan. Cuma pastikan rupa, warna, bau dan rasa yogurt masih berkeadaan elok.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *