Apa Yang MENARIK di Zoo Melaka Dan Night Safari (2023)

  • 3 min read
  • Oct 12, 2022
menarik di zoo melaka
zoo

Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar selepas zoo negara dengan keluasan sebesar 22 hektar dan terdapat lebih 214 spesies haiwan dari Asia Tenggara dan Afrika yang boleh ditemui secara bertentang mata.

Zoo Melaka ini siap dibina pada tahun 1960 dengan persekitaran yang sangat hijau dan tumbuh-tumbuhan yang matang namun ia telah diswastakan pada awal tahun 2013 di bawah nama baru iaitu Zoo Melaka Dan Safari Malam.

Kepada sesiapa yang ingin merasai suasana kelainan, boleh juga datang pada sebelah malam untuk melihat dinasour-dinasour dan taman yang berkonsepkan “avatar”.

Pada awalnya zoo ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi telah diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan standard dengan mewujudkan night safari pada belah malamnya.

Setelah dinaiktaraf bermakna caj kemasukan untuk ke sini telah dinaikkan. Untuk mengetahui harga masuk ke Zoo Melaka, anda boleh melayari harga tiket zoo melaka

Aktiviti Menarik Di Zoo Melaka Dan Kemudahan Yang Ada

Zoo Melaka di Waktu Siang

harimau

Zoo Melaka bukan sekadar tempat untuk melihat pelbagai jenis binatang, namun ia juga ada menempatkan haiwan liar khususnya untuk pembiakan dan perlindungan haiwan-haiwan yang terancam.

Zoo Melaka menyediakan persekitaran yang real seperti tumbuh-tumbuhan, kolam air, dan lain-lain sebagaimana habitat asal haiwan tersebut. Ia boleh diibaratkan seperti haiwan tersebut berada di dalam hutan dengan tumbuhan semulajadi disekililing mereka.

Zoo Melaka juga ada menyediakan program untuk pelajar sekolah dan pelajar Universiti. Antaranya:

  1. Kinder Zoo (prasekolah) – Kanak-kanak prasekolah akan ditempatkan dalam satu bilik darjah untuk mempelajari tentang kehidupan haiwan di zoo.
  2. Fresh Zoo (sekolah rendah) – Pelajar sekolah rendah akan didedahkan dengan pembelajaran berkisarkan haiwan sebenar di sekitar zoo.
  3. Peer Zoo (sekolah menengah) – Program untuk pelajar sekolah menengah adalah sesi kelas haiwan di selruh zoo. Mereka akan terlibat dengan pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti “Sehari sebagai Zookeeper”
  4. Uni Zoo (pelajar universiti) – Program untuk pelajar universiti dan kolej adalah mereka akan disediakan dengan pelbagai penemuan tentang habitat dan tingkah laku haiwan. Hal ini dapat menggalakkan mereka untuk menjalankan program penyelidikan dan haiwan.

Night Safari

night-safari

Berbeza dengan zoo di tempat lain, Zoo Melaka membawa kelainan dengan membuka safari malam pada waktu malam.

Pengunjung boleh melihat aktiviti yang dilakukan haiwan di dalam zoo pada waktu malam. Mereka juga boleh melihat tingkah laku haiwan dan apa yang dilakukan mereka diwaktu malam.

Berbagai perkara menarik dan penemuan baru yang dapat ditonton seperti mengesan kedudukan haiwan, melihat cara haiwan tidur, mengetahui haiwan yang aktif pada waktu malam dan banyak lagi.

Aktiviti seperti ini akan membuka mata dan mengembangkan lagi otak kanak-kanak kerana mereka dapat lihat dengan mata mereka sendiri tingkah laku haiwan pada waktu malam.

Aktiviti seperti ini sangat sesuai untuk dilihat oleh kanak-kanak kerana ia akan memberi satu pengalaman baru yang menyeronokkan kepada mereka.

Antara aktiviti yang menarik untuk safari malam ini adalah ‘Jungle Trail’ (Rythm of the Night). Aktiviti ini dilakukan pada waktu malam dan diikuti dengan menjejakkan kaki ke Taman Burung Melaka.

Pengunjung berpeluang untuk melihat gelagat dan tingkah laku haiwan pada waktu malam dan pada siang esoknya mereka akan dihiasa dengan bunyi kicauan burung-burung dan suara binatang liar yang ada di zoo.

penunjuk-arah

Kemudahan di Zoo Melaka dan Night Safari

  1. Tandas awam
  2. Surau
  3. Tempat rehat
  4. First Aid Station
  5. Lost & Found
  6. Locker
kafe

Kafetaria juga ada disediakan di sekitar zoo tersebut. Pengunjung boleh membeli makanan dan minuman jika keletihan dan tempat duduk juga ada disediakan di kafe tersebut.

kedai-cenderahati

Tak lengkap kalau ke Zoo Melaka tapi tidak membeli cenderamata. Terdapat banyak dan pelbagai cenderamata yang boleh didapati di zoo melaka.

Sebelum masuk ke zoo, anda boleh bergambar terlebih dahulu di pintu masuk zoo sebagai kenangan. Gambar yang telah ditangkap akan diletakkan dalam frame dan anda boleh dapatkan gambar tersebut di kaunter tiket dengan sedikit pembayaran.

Kesimpulannya, berkunjung ke zoo melaka adalah sesuatu pengalaman yang menakjubkan dan dapat memberi kita banyak pengetahuan baru tentang kehidupan yang ada di sini.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *